Wednesday, December 30, 2009

Happy New Year :)


Happy New Year guys!
ok sorry, kali ni macam kejam sikit coz tetiba wish happy new year. Before ni macam tak ingat dunia. Blog sudah lama kosong. HAHA. Anyway, sempena tahun baru ni aku and family macam biasalah, jadi penonton setia bunga api di RUMAH sahaja. Never sambut diluar. Sebabnya, mak tak suka drive malam and waktu tu memang AKAN SESAT MACAM NAK MATI. Ini sememangnya menakutkan. HAHA.


Ini antara azam tahun baru 2010. Hopefully tercapai. Aminnnn!
  1. Nak dapat result cemerlang dalam SPM. InsyaAllah, amin! :)
  2. Nak kumpul duit banyak-banyak, nak beli handphone baru. Yang lebih hangat dari biasa.
  3. Nak habiskan semua syllabus form 4 and form 5. Rasa macam banyak gila tertinggal syllabus last year. Sadis gila bukan. Ish!
  4. Nak belajar sampai lebam bijik mata. Bolehkah? HAHA. InsyaAllah. Aku ni bukan boleh caya pun. Heeee.
  5. Nak nak nak. Ish. Tak tahulah nak apa lagi. Apa yang penting sekarang, SPM RESULT!

Moga semua azam baru ni akan tercapai. Banyak sebenarnya, tapi tetiba blank. Baru lepas tengok 2days1night. Otak terus blur. HAHA. Anyway, semoga tahun ni akan menjadi tahun yang paling bahagia dalam hidup aku as student! InsyaAllah.



*Cerita sikit pun nak post kan? Gedik je kaw! ^^

Friday, December 18, 2009

No more MYSPACE.


Secara rasminya pada Rabu 16/12/2009, saya Laila Azeera Binti Mat Kana telah pun memadam account Myspace saya kerana.. (tidak lebih 180 patah perkataan) T__T

  1. Ingin mencuba benda baru. Contoh, facebook. Rasanya Facebook dah cukup untuk saya. Sorry semua kawan-kawan di Myspace, I have too. :(
  2. Myspace makin boring. Entah kenapa, hati ni makin lama makin malas nak buka. So, better I deleted saja account.
  3. Cuba untuk mengurangkan online setiap masa. Masa ada myspace, I always ada perasaan nak online setiap masa until I realise that I have to stop it now and Im done!
  4. Mungkin sebab setiap kali buka Myspace I rasa biasa. Tak rasa excited or whatever I think I should feel.
  5. Untuk memuaskan hati sendiri. Myspace is not belong to me. :P
  6. Untuk memberi cukup masa dengan family. Selalu asyik busy dengan online (myspace) sampai kadang-kadang tak ingat dunia. Teruk betul situasi ni.
  7. Masa rumah tiada internet, selalu ajak adik habiskan duit pergi CC semata-mata nak online Myspace. It was too bad coz I finished my money for such a waste things.
  8. Ingin tumpukan perhatian pada blog saya. Rasanya kawan-kawan boleh tahu pasal saya disini coz next year I'll busy with my STUDY (SPM)
Last sebab yang paling penting is SPM. Aku tak nak terganggu dengan benda (Myspace) ni. Aku mengaku dulu aku GILA MYSPACE. So, aku nak buat perasaan tu jauh-jauh sekarang. Aku nak study hard (ke Study SMART?) Tak kisahlah. Asalkan next year aku ada banyak masa untuk study syllabus yang aku tak paham (akaun esp). InsyaAllah next year aku akan kurangkan masa mengadap komputer. InsyaAllah!

So, for those yang marah coz aku padam Myspace, sorry gila-gila guys. I have too. Tapi mungkin lepas SPM aku buat balik. MUNGKIN. So kalau nak kontek, sila hubungi saya di 0199992234. Tak tak. Tipu je. Here is some ways for you to contact me.


Sekian, sorry. :(

Malaysia Juara Bola Sepak Sukan SEA '09

Assalamualaikum w.b.t tu kepada semua rakyat Malaysia. Aku hari ni dengan bangganya ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada TEAM BOLA SEPAK MALAYSIA UNDER 23 kerana telah berjaya memenangi pingat EMAS di SUKAN SEA 2009 setelah berjaya mengalahkan Vietnam dengan last score 1-0!

Wow, u may think that Im kidding but seriously.. Malaysia won this games!

Anyway, thanks diucapkan kepada TM (merintis kemungkinan.. aish! HAHA) coz sudi menyiarkan games ni. Huh, kalau tak kempunanlah aku nak tengok games ni. Hmm, bukan aku je whole malaysian lah babe. Semua semangat gila nak tengok. Memandangkan games ni kat Laos, tak dapatlah rakyat Malaysia nak penuhkan Stadium. Contoh best, time Kelantan lawan N.Sembilan, full gila bukan?

Untuk separuh masa pertama, memang Vietnam banyak kawal bola. Aku ni memang otak positif sikit (ceh!) so aku rasa pemain Malaysia nak relax-relax dulu. Tapi still buat apa yang patut dibuat. Jaga bola, tendang bola, tengok bola? Eh mana ada. Dorang hebat. HAHA. Separuh masa tamat dengan score 0-0. Ok.

Separuh masa kedua, barulah Malaysia buktikan kemampuan mereka sebenar. Pemain Malaysia cuba menombosi gawang Vietnam, tapi masih tak mampu coz terlalu banyak halangan. Same goes to Vietnamlah kan. Ingat senang ke nak tembos gawang Malaysia? Haiyaa! Fikir dulu maa. HAHA. Thanks to Mohd Sharbini as a goolkeeper btw. :)

Then, berakhirlah segala-galanya, Malaysia berjaya menjaring satu gol hasil daripada tendangan Safiq and shahrul and kaki pemain Vietnam (tak kenal). 1-0, cukuplah tu. Tapi aku demand lebih tadi sebenarnya. HAHA. Thanks Vietnam for the little help.

*Sedikit kata-kata dari peminat yang menonton (akulah),

TAHNIAH ATAS KEMENANGAN PINGAT EMAS SUKAN SEA 2009,
ACARA BOLA SEPAK.
KEMARAU 20TAHUN MENUNGGU AKHIRNYA TERHENTI DISINI.
ALHAMDULILLAH.
THANKS AGAIN,
MALAYSIA TEAM UNDER 23.
TO K. RAJAGOBAL,
THANKS FOR THE WONDERFUL TEAM.


*Boleh mimpi indah malam ni.. :) MALAYSIA BOLEH!

Monday, December 14, 2009

Malaysia is my soul.

Aku bangga jadi anak Malaysia!
Ayat yang hebat, bukan? haha.

Just now, aku and family tengok Malaysia lawan Laos live in tv2. Woww! What should I say babe? It was too cool. Aku dah hilang pegangan hidup dah tadi. Pelawanan terlalu menarik + tertarik + and u all memang the boom! haha.

Masa first games, Malaysia memang banyak kawal bola. First game, semua memang semangat. Plus menonton jugak (aku and the geng). And berapa minit kemudian (aku tak ingat actually) Baddrol (sweetheart baru! haha tetiba) menjaringkan gol pertama for Malaysia. And it was too awesome. Macam kerbau tahu kami. Menjerit tak ingat dunia. Mesti jiran sebelah marah. Yela, memekak malam-malam macam ni. HAHA. Sorry guys.

For second gol, Baddrol sekali lagi menunjukkan kehebatan dia. Wow bro, kau hebat doe. Bangga-bangga! Teruskan semangat tu time final nanti. Same goes to Safiq. Dia jaring gol ke 3 for this night. Sangat power jugak dia ni. Masa dia jaring tak nampak sangat, bila dia ulangtayang, baru nampak jelas and nyata, Malaysia dapat one more gol. Yeah. Best-best. HAHA.

Malaysia 3 - Laos 1. Final score. Paling bangga malam ni dengan Malaysian team. U'll dah buat something yang soo cool (walaupun aku berdebar macam nak mati time Laos jaring gol pertama). Kenapalah Tv tak tunjuk time perlawanan Malaysia lawan Thailand. Huh, hebat gila mungkin.



Top 5 kedudukan Sukan Sea now..
  1. Thailand ; 42 Emas.
  2. Vietnam ; 32 Emas.
  3. Singapore ; 28 Emas.
  4. Malaysia ; 22 Emas.
  5. Indonesia ; 21 Emas
Nothing to say, hopefully Malaysia akan menang for final nanti. Vietnam menang besar 4-1 dengan singapore. Macam mana dengan Malaysia pulak? Sama-samalah kita nantikan, okay?

Enough for today. Im so tired coz menjerit macam nampak hantu tadi. Aish!
T_T

Friday, December 11, 2009

my daily life, gosh!

yeye, hari ni aku dengan bangganya akan update belog aku setelah sekian lama menyepi (blur sebenarnya)

And sebagai balasannya, aku akan sambung tidur balik. Eh tak tak. Aku akan sajikan anda (ceh!) my daily life whole whole cuti sekolah ni.

As far yang aku boleh cerita,
hidup aku macam terumbang ambing (cam ni ke eja?) sikit.
Yela, tiap-tiap hari buat benda sama.
Makan, tidur, online and sewaktu dengannya yang kalau aku cerita,
kompem korang boring gila nak baca sampai menyumpah-nyumpah dalam hati. (lebih pulak aku!)
So, baik tak payah cerita.
bagus bukan? :P

But but but,
ada jugak benda yang berfaedah aku buat.
Especially, belajar masukkan jarum dekat mesin jahit! HAHA.
Excited tak weh dengar?
Aku tipu saja. (sebenarnya)
Aku pandai jahit, tapi..
jahit tangan je.
Guna mesin jahit? fuh! Harapan semata-mata je.
Aku lembab ah nak belajar guna mesin.
How come haa? Aiyoo! (terfikir sejenak)

_________________________________________________



Babe,
Im getting older and older.
Next year aku sudah 17Tahun!
Ya Allah.
Aku tak pernah terfikir pun,
yang aku akan meningkat dewasa secepat ni.
SPM menunggu weh!
Cam tak caya plus takut plus cuak.
Aish! cam mana aku nak berdepan semua ni tahun depan?
Aku makin takut sebenarnya.
Jom kawan-kawan, kita belajar sama-sama sampai lebam bijik mata?
T_____T


Wednesday, December 9, 2009

BLUR TIME! :(

Macam biasa, blog aku menjadi ruang untuk aku menconteng segala macam perkara yang aku nak tulis. And sebab itu, aku sign in cepat-cepat without thinking apa yang patut aku tulis and terus klik new post. Sangat tak betul.

Now dah blur.

But it's ok. Kita teruskan saja. Hmm, semalam my family pi wayang. Wayang ni tak dekat mana pun, kat rumah je. Ramai-ramai ngadap laptop, tengok PAPADOM. Entah dari manalah Long ciplak cerita tu, eden pun tak tahu.



So far cerita ni memang best. Segala macam perasaan ada time ushar cerita ni. En. Afdlin memang dah buat kerja yang GILA BAGUS! HAHA. Tetiba Encik keluar. Ok, fine. Aku ngaku blur nak tulis apa as penghormatan aku for Encik Afdlin ni. Dia tua lagi dari aku. HAHA.

Papadom ni mengisahkan seorang bapak yang menjaga anaknya dengan begitu Aish! Aku pun tak tahu nak sebut macam mana. Kira macam mengongkong jugakla. Dia jaga anak dia since isteri dia (Khairiyah) mati akibat accident time isteri dia mengamuk sakan sebab Saadom (Afdlin) terlalu mementingkan perniagaan dia dari family dia sendiri. Lepas isteri dia meninggal, dia terus jaga anak dia. Kejut anak dia mandi, hantar pi sekolah, datang sekolah bawak bekal. Wow, kalau aku.. Ish! Tak sanggup den. Without fikir apa orang fikir tentang anak dia, Miasara (Liyana Jasmay). Sampai masuk U dia ikut je anak dia. Tapi time dekat U, anak dia tak tahu pun yang si bapak ni follow anak dia diam-diam. Sangat mengagumkan. Sampailah suatu hari, watak Scha (tak ingat nama dalam filem ni) terbuat temujanji for bapak and anak di satu tempat yang difikirkan Mia yang Evon, bestfriends dia nak jumpa and bapaknya, scha. Tapi lain yang jadi.

Last scene paling best. After bapak dia keluar dari jail (Prof U fikir Saadom suka Mia, sebab tu kena tahan), Prof (Vanidah Imran) bawak bapa ni pi dewan for tayangan filem pendek. Filem yang Mia buat berdasarkan kisah dia and bapaknya. Time ni, sumpah aku nangis gila babeng. ish, buat malu jeh tengok kat wayang oh. Kantoi nangis nanti. Malu! HAHA.

Habis. Ini serba sedikit sinopsis dia. Gua punya ayat macam apa jeh. It's ok la. Mesti ramai dah tengokkan? Aku je lembab. HAHA.

PAPADOM, THE BEST FILMED MADE BY AFDLIN SHAUKI! THUMBS UP FOR U! :)

*Tetiba je ada idea nak tulis pasal PAPADOM. Apa dah jadi? Tadi kata blur? HAHA. Good timing for that idea comes before I delete this entry back. HAHA!


Reunion Raja Ali, Time square - 081209

Time square, 10.30pagi. Bergerak dari rumah dengan keadaan yang amat membimbangkan. Ini semua gara-gara kena jalan sorang-sorang dari rumah ke KL SENTRAL. Ish, gedik gila kan? Biasalah. :P

Sampai je KL SENTRAL terus mesej Anis bilang yang gue udah sampai. Bila turn dia nak sampai pulak? Tunggu jelah. Tunggu dengan penuh kesabaran. Ish, tak sabar sebenarnya. Kawan-kawan kat TS macam memanggil-manggil jeh. HAHA. Akhirnya, Anis sampai juga. Before gerak, kita orang jalan-jalan dulu satu KL SENTRAL tengok barang. Actually tunggu Ain. Tapi sampai ke TS, baru nampak muka dia. HAHA. Sorry Ain.

Then baru gerak pi Monorel. Turun Imbi. Ish, aku dah cuak gila oh masa ni. Bukan apa, aku macam malu gila nak jumpa kawan-kawan lama. Malu oh! Betul-betul malu. Aku tak habis-habis cakap kat Anis, takutlah nak jumpa dorang. Hmm. Kenapalah pulak ek? Pelik-pelik je aku nih. HAHA.

Pergi Foodcourt cari diorang. Jumpa je, terus.. waaa!! Rasa macam nak nangis je tengok muka dorang. Rindu gila siot. Sumpah tak tipu. Dah dekat setahun tak jumpa. Ramai dah berubah. Makin cantik, makin tinggi, makin lawak n makin.. pandai? YA. Kawan-kawan gua memang semua pandai. HAHA. Sesi bersalam bermula. Ok, seriously happy gila jumpa diorang balik. Rasa macam tengah salam jemaah pulak. HAHA.

Paling best dapat jumpa Ain! Hehe. Excited tu lebih sikit kat dia. Lama bhai tak jumpa dia. Hampir 2tahun setengah kot. Hmmm. Yeah. Akhirnya kini pasti betul!

Gelak.

Perkara biasa bila jumpa. Betul kawan? Hehe. Aku rasa macam takdak suara dah gelak ngan diorang ni. Ish! Tak habis-habis buat lawak. Tak patut betul. HAHA.

Makan time.

Perkara biasa juga. First aktiviti kami setibanya di TS ni. Semua cari makanan masing-masing. Aku beli Nasi Pattaya je. Tak tahu nak pilih apa. Last-last, pattaya juga jadi pilihan. Duduk semeja dengan Eifa, Ain and Ateh. Bisa buat aku gila. Ateh dengan latah, Ain dengan angan dia. Betul-betul buat aku tak tahan. Kenapalah aku ada kawan macam ni? HAHA. Jahat-jahat! Aku sayang dorang doe. Dunia akhirat. Eifa pula, sahabat sejati gua time form 3. Time form 2 rapat akhir tahun je. Hhe.

Lepas dah makan, kitorang gerak bowling. Sangat best. Aku rasa tempat ni akan jadi tempat paling dikenang oleh aku. Macam-macam hal jadi. Btw, lupa nak bagitahu, aku main BOWLING okay! Tapi dua kali jeh. Yang lain, orang lain yang mainkan. Terima kasih kepada sesiapa yang berkenaan. HAHA. Semangat bagitahu, tapi 2kali je main? Piraahhh. Sangat bosan.

Then sesi mengambil gambar pun bermula. Huh, penat doe aku. Sekejap sana, sekejap sini. Tapi selamat aku suka! HAHA. Gambar kawan rapatlah, sama dormlah, sama meja prep time form3, BTB, ish, macam-macamlah kategori dia. Aku pun dah tak ingat. Semua buat posing masing-masing. Bagus, kawan-kawan aku ada bakat tok jadi model Cap Ayam suatu hari nanti. HAHA. Hoih, Cap Ayam best doe!! HAHAHAHA :P

Dah habis semuanya, kitorang pun round-roundlah satu TS tu. Penat sudah! Aku nak balik, then mintalah kebenaran dekat syifa', anis n eifa. Dorangkan makcik aku. Kenalah buat macam tu. HAHA. Then balik dengan Dayah. Sampai rumah terus terlentang atas katil jap before mandi and tidur. Sekian sejarah hidupku untuk hari ini. :)

zzzzzz..

*Saat paling INDAH, MANIS dalam hidup aku. Huh, terlalu hebat untuk diperkatakan. Setelah hampir setahun kami berpisah, akhirnya bertemu kembali. Ini sememangnya HEBAT bagi aku. Pertemuan semula yang membawa terlalu banyak memori bersama, makin mengeratkan hubungan yang telah lama terjalin. Sesungguhnya, aku terlalu sayang akan persahabatan ini. Untuk pertama kali aku merasa hubungan yang terlalu dekat. SAHABAT. Terlalu indah memori bersama anda semua. Thanks for the day. Jumpa lagi 30tahun akan datang. Kali ni bawa suami and anak-anak pulak, ok? HAHA. Ini idea Ateh. Sangat bernas. HAHA. Love you all!

Once again, THANKS FOR THE MEMORY!

aien, chiepa', syekkey, anis, eifa, husna, megy, mutiah, wadakyma, zen, asma, nadh, dayah, fara, alia, ana, naju, wawi, azie, atiqa, wanie, nabilah, ezat, ezzatie, yana, amer, deen, wan, aizat, yun, akmal.
Thnks untuk semuanya! :)





My hometown pictures. :)





*Actually aku blur nak masukkan gambar apa. Ni jela ek. Hee. Sorry! :)

Saturday, December 5, 2009

Kampungku, duniaku..

  • Balik kampung kali ni macam pelik sikit coz naik bas balik kampung. Ni semua gara-gara tiket bas yang dah sold out gila. Mak aku cakap, ni mesti penyokong Kelantan yang punya kerja. Yela, datang kL semata-mata nak tengok final Piala Malaysia live punya. Habis tiket. Selamatlah kita semua geng. Red warrior team. HAHA. Even Kalah, semangat kami tetap tinggi. Eh Yeke? Aku sokong MU la. HAHA. Tiba-tiba.
  • Dalam 5 jam kot dok dalam bas tu. Panas my butt you! HAHA. Bak kata orang, kalau letak telor, dah masak kot. Aku pening-pening dalam bas. Maybe sebab dah lama tak naik bas kot or mabuk jalan. Aish, I biasa naik flight je. HAHA. Berangan lebih. Tengok awan dari dekat pun tak pernah. Kesian tahu. Ish!
  • Sepanjang kat sana so far so good la. Semuanya cun saja! haha. Tetiba terasa nak nyanyi. Okla tuh. Suara gua lebih kurang je dengan Dato' CT T__T Huu, Sila bayangkan sekarang.
  • Sambut Hari Raya Aidiladha dengan semua family memang best. Dah berapa tahun tah, asyik sambut kat kL jeh. Tak meriah langsung. Macam takde pape. So, bila ada peluang sambut kat kampung, rasa macam dunia ni ana yang punyalah wa cakap lu. Mama aku cakap, next year takleh balik dah, ada orang nak SPM. Siapa tu? Aish. Kesian sama dia takleh sambut raya, kan? Hmm. Menangis jap. Terasalah wok!
  • Kenduri macam biasa diadakan dikampung aku. Sedara aku memang suka bab-bab kenduri ni. Semangat betul. Sampai aku pun penat tengok semangat dorang. Apa boleh buat? Aku sokong dari belakang je. Aku tolong kupas bawang and so on yang bagi aku and sesiapa yang memang tak pro kat dapur biasa buat. Huh, 0kla tu gua mengaku! Dari kaw! Ish.
  • Menu paling best ; Sup daging, ikan keli. Paling hot babe. Aku 'macam' tamak jeh nak makan semua hari tu. HAHA. Tapi tak pun, MALU oh! Ngan fmily sendiri pun aku malu tahu. Lagi-lagi dengan sedara, aish. Tak tenang duduk langsung. Cehh! HAHA.
  • Anyway, picture-picturenya nanti aku upload. Next time. Bukan next time, kejap lagi. Nak upload kat sini sangat menyusahkan hidup aku yang memang dah susah ni. Check it out yah!
  • Rest sekejap.

I'm back. :)

Hello hello hello! I dah balik! huaaaaaaaaaaaaa! Rindu gila sama KL. Rindu sama fb, ms, blog and yang paling best, rindu bantal peluk gua yang wangi itu. hahaha. Anyway, today i'm not in the mood to update my blog cause masih penat and otak tengah blur lagi nak buat karangan baik punya. But, I still nk wish my bff yang menyambut birthday dia bulan 12 ni. :)



Maziah Munirah | 2/12/1993 <3

Happy belated birthday sayang.
Hope megy always tabah and sabar dengan semua dugaan, okay?
Kita tahu megy kuat. I Love You lah kawan! :)


Monday, November 23, 2009

Hidup, biasalah.


Seriously otakku dah kosong.
Blog juga diam tanpa bicara.

Tapi, hidup ini mesti diteruskan.
Tanpa sebarang rungutan.


*Akan kembali mengupdate blog setelah
kembalinya saya dari kampung.

I'll stay there about ****.

Stay tune. Love you. :)

Friday, November 20, 2009

Percutian yang dinanti.

Yeah. Inilah masa yang amat aku nantikan. Cuti akhir tahun! Yess. Haha. Actually cuti dah lama dah. Tapi kalau mengikut yang sebetulnya, semua students akan habis sekolah hari ni. So, aku nak sambut dengan semuaaaa student! Hehe. *kepada SPM student, sedar diri sedar ruang. Tq. (^_^")

Disebabkan cuti sudah bermula. Aku dapat bayangkan semua 'hotspot' dah dipenuhi ramai orang. Macam Ts, mid, Pavi, Bb and so on. Aku tahu sangatlah minat anak muda sekarang. Ni jelah tempat lepak dorang. Aku pula untuk setakat ni belum keluar pi mana-mana lagi. Sekarang tengah tunggu lamaran yang paling-paling best untuk diterima. Hahah. Kenapa ye selama ni tak pernah ada orang ajak aku pi Pulang Tioman ke, Pulau Langkawi ke, Pulau Semedang ke, Pulau Pinang ke? Lagi best kan. Ni tidak, asyik-asyik Ts! ts! ts! Boring ohh. Haha. *Kekadang demand apa salahnya. hee T_T

Anyway, selama duduk kat rumah ni. Aku nak belajar masaklah. Nak suruh Kak Ngah ajar. Haha. Geli aku panggil dia gitu. Hmm. Agak-agaknya lauk apa eh aku patut belajar dulu? Kalau ikutkan hati, aku nak masak ayam kicap. My fav tuh. Amat enak tahu. haha. Nanti nak suruh yaya ajarlah. Tapi guna berapa ketul ayam jeh. Kang tak pasal-pasal tak jadi, membazir jeh buang. Kan kan? hehe. (^^") Exceptlah ada orang sanggup makan lauk tu even tak sedap pun. Ahh, sangat romantik tahu. Selalu ulang scene ni banyak kali kalau ada dalam mana-mana korean drama. Haha.

Selain tu, sekarang ni aku makin ligat main facebook games. Sangat best sampai tak nak berhenti langsung. Haha. Nak bagi sikit update pasal my games. First, farm sekarang makin besar. Level untuk pet makin up and untuk restaurant, yeah makin bagus. Sekarang ni rajin nak tanam pokok sebelah restoran. Haha. Sanggup gila sampai duit habis pun takpe.

Sekarang ni mama, yaya and ayu sudah keluar. Pi beli barang dapur. Tinggallah aku and asha je kat rumah. Papa pergi kerja and ena merayap. Bagus mereka ni. Penuh dengan aktiviti. Aku? Duduk rumah main komputer. Macam orang gila. Tak pandang kiri kanan langsung. Ini semua disebabkan Shining Inheritance and Facebook yang sangat hebat. Everytime aku pikir nak on ni je. Takde haluan lain. And sekarang juga, aku pikir nak sambung shining inheritance.



Jumpa lagi, di hari and waktu yang lain.

Wednesday, November 18, 2009

Salah siapa?

Semua orang ada buat salah. Tak pun masalah. Tapi tu memang hakikat yang kita kena terima sebagai manusia didunia ni. Bila ada masalah, semua orang hilang pedoman. Hilang kepercayaan diri and macam-macam yang melibatkan hati and diri sendiri. Sepatutnya itu semua tak patut berlaku.

Jadi semua ni salah siapa?

Masalah datang and pergi. Tapi yang paling pahit, bila kita have to hadap masalah tu lama-lama. Takde penyelesaian. Masalah yang susah dirungkai. Tiada konklusi, tiada penghabisan. Masalah hati. Orang selalu cakap, jaga hati kawan! jaga hati kawan! so, what about our heart? Semua persoalan ni tak siapa boleh rungkai except diri sendiri. Maybe bagi sesetengah pihak, jaga hati kawan ni amalan mulia. Kita sayang kawan, kawan sayang kita. Yes, I admit benda tu. Tapi kadang-kadang, something can be worse just because of that. Take care of others heart will hurt our heart. Itu yang I rasa sekarang.

Bukan nak salahkan sesiapa. Just wondering, am I too tough to hold of this kind of problem myself? I admit, I tak kuat. I tak suka buat masalah and di timpa masalah.

I selalu tertanya-tanya dengan diri sendiri. kenapa perlu ada manusia yang baik kalau semua orang akan berubah menjadi jahat juga akhirnya! penat melayan, penat menahan. Terlalu sakit jika dilukai. Kalau sayang sepenuh hati, tapi kesudahannya akan begini, better I give up awal-awal.

Tak guna simpan and pendam perasaan tu lama-lama kalau kawan tu tak terasa sikit pun dengan apa yang dah dibuat dekat kita.
Tak guna benci kawan tu kalau dia betul-betul manusia coz dia mungkin FAHAM perasaan kita.
Tak guna ADA KAWAN KALAU PERANGAI MACAM TU!

That's it! Jadi semua ni salah siapa? I or kawan tu? Maybe salah I coz terlalu emosional sampai tak boleh handle semua masalah ni or salah kawan I tu coz terlalu fikirkan diri sendiri? Biarlah.

Sunday, November 15, 2009

Boys Over Flower vs Shining Inheritance.

VS


Siapa yang tak minat korean drama memang rugi. Bukan nak puji ke apa, tapi ni betol-betol hakikat. Cerita dorang memang menarik habis. Dari segi pelakon dia, watak and perwatakan dia (yeah, kompem A1 Bm nanti.) semua best. Pelakon handsome, cantik, gentle, kelakar. Betol-betol boleh buat aku tak tidur malam.

Sekarang, aku tengah syok ushar cerita Shining inheritance. Yeah, what can I say beb? It's so interesting drama to watch. Aku tak sangka gila Lee Seung Gi boleh berlakon sehebat tu. Haha. Speechless kot. Dahla suara sedap, berlakon pun pandai. I dah mula adore dia. hahah. gedik kaw eira! menyampah aku.

And to BOF. Huh, finally. Aku berjaya jugak habiskan cerita nih. T_T JunPyo, saranghae. Aku sayang watak junpyo dalam ni. Perangai dia masa mula-mula memang annoying gila. But, boleh terhakis dengan watak gentleman dia tu. Cair mak nyah! haha. To Jihoo, setelah ku tahu kaw dari SS501, macam mana lagi nak tolak kaw? Can u give me any idea for that? hmm. Memang kena admit gila dia paling handsome dalam F4 after Junpyo. haha

Woobin, haha. Minat dia la pulak weh. Sian dia takde pasangan dalam tu. I can be yours la Woobin. Watak dia memang warm je. Baik, sayang kawan. Huh, I sayang dia jugak. Even dia tua dari yang lain, dia tetap macho plus handsome. Hha. Lastly, si cutie Yijung a.k.a kimbum. Wawa, kenapalah muka kaw cute sangat? sangat jambu tahu! Wat minah-minah gedik kat luar geram jeh. haha. Macam kaw lah ENA! haha.

Watak perempuan, Gaeul and GuemJandi. Amat comel mereka berdua. Cantik and cute. Sesuai gila dengan watak diorang dalam ni. Especially Gaeul. Sesuai sangat dipadankan dengan Kimbum. Buat wa JELES saja tahu. (^_^")


Shining Inheritance? Nanti I cerita.
Belum habis lagi. Tak boleh komen banyak-banyak lagi. hee ;)

Friday, November 13, 2009

Jamuan kelas.

Kelas 4 setia 2 tadi ada Jamuan kelas. Quite best coz macam-macam makanan ada. Ustazah Aisyah paling banyak menyumbang makanan. Haha. Tiap-tiap kali cikgu tanya makanan ni siapa bawak? Kami akan menyahut "Ustazah!" T_T Sungguh menggelikan hati.

And aku bawak sandwich telur. Yeah, mak aku yang buat. Nak bangga buat apa. Pagi-pagi buta bangun nak masak telur tu. Mak aku bagitau masuk apa and apa and aku buat mengikut arahannya. Senang jugak eh nak buat telur ni. Ingatkan susahlah sangat. Selamatlah mak aku bagi peluang aku buat semua ini, kalau tak jangan harap aku nak tahu semua benda ni.

Kenapa aku bawak sandwich telur?

Sebab bagi aku, antara banyak-banyak makanan simple mak aku buat, ni yang lazat enak harmoni and so on. Bukan nak puji lebih-lebih, tapi inilah hakikat. Aku suka benar. Serius tak tipu.

And tadi Ustazah jemput RAMAI CIKGU. Aku amat-amat berbangga melihat semua cikgu masuk ke kelas untuk menjamu selera. Even kena tahan perut tengok makanan, demi cikgu saya sanggup. Cikgu makan puas-puas dulu ok. Lepas ni baru kami pelahap sampai kenyang perut. Nak pecah perut pun boleh.

And disebabkan ramai sangat cikgu memenuhi kelas kami yang cute-mute tu, kami adik-beradik pergilah berhijrah ke kelas sebelah. Amat mengharukan melihat adik-beradik yang lain tinggal di tempat asing dari rumah. Kami berkampung di situ. Tikar dihamparkan, dan kami duduk seayu-ayunya seperti wanita melayu terakhir sedang menjamu makanan. Yeke? Percayalah.

Hampir semua cikgu dah datang ke kelas kami menjamu selera. Sorang-sorang mengucapkan tq coz jemput dorang makan. Yeye cikgu. Kalau rasa lapar balik, datanglah lagi. Makanan banyak lagi tu. T__T Huh, baik sungguh hati kami.

Lupa nak listkan makanan yang ada. Macam-macam. Ada nasi minyak and ayam merah, mee goreng, makaroni, kuey teow and so on. Makanan ringan pun ada. Penuhlah jugak meja dengan makanan.

Hampir pukul 12, semua cikgu dah habis menjamu selera. Kami masuk kelas. Huh, lega. Kelas dah aman. Tapi, tetiba sesi mengbungkus berlaku. Pergh, semangat dorang bungkus makanan nak bawak balik rumah. Aku pun tengok jela. Tak minat nak join. Rasa kenyang sangat tengok kawan-kawan macam tu. Alhamdulillah. *Aku memang macam ni. Sangat sayang akan kawan. (^_-)

Kami stay kelas untuk sesi terakhir. Sesi memotong kek. Tunggu ustazah. Lama. Ustazah ada hal masa tu kat dewan. Ada bengkel solat. So, dia busy sikit. Oklah fine, kami tunggu. Tunggu dengan penuh sabar. Budak laki main rubix untuk menghilangkan bosan. Aku? Tengok je. Bosan. Bila boleh blah pun tak tahu. Then aku and fanaa pegi buang sampah. Sumpah busuk. Huh, sampah-sampah. Kenapalah kaw perlu ada? Hmm. T__T

Then, kami tunggu and tunggu. And akhirnya..

Kami pun memutuskan untuk potong je kek tu. Laki nak balik cepat. Nak pergi solat Jumaat. Kesian pulak tengok dorang tak dapat makan kek. So, ktorang pun potong jela kek tu. Kek blueberry kot. Entah. Aku makan je. Tapi blueberry dia tak best. Aku buang. Krim je sedap
^_^"

Aku pun balik.

Conclusionnya disini, hari ni memang best. Tapi aku diam je hari ni. Don't know why tapi mungkin coz ramai orang so aku cam tak tentu arah sikit. Agak pening kepala. Balik je rumah, terus rasa pening-pening. Tapi still minta computer kat adik nak online jap. Sanggup sungguh.


*First time dalam hidup, bawa makanan untuk jamuan, habis.
Yeahh! :)
*Takde gambar coz camera ada minah senget kebas. So, sila bayangkan setiap keadaan menggunakan imaginasi anda. Terima Kasih.

Tuesday, November 10, 2009

Exam tamat!

Yeah. Tamat sudah exam. Happy happy.
Syukur gila coz exam sudah tamat. Sesi perah otak sudah tamat.
Akan disambung pada tahun hadapan untuk SPM.
Dengar tak semua? SPM. Huh. GILA!
Takut pulak aku sebut benda ni. T__T
Anyway, aku harap tahun depan aku akan lebih maju lagi dari sekarang. Insyaallah. Aku harap, segala yang belajar time form four ni aku ingat sampai form5 nanti.
Insyaallah, no doubt for that.


.:: Actually ni gambar lama. Gua nak poyo jugak. T__T ::.

Monday, November 9, 2009

Ahli perniagaan yang disegani.


Itu merupakan salah satu cita-cita aku sekarang. Serius. Aku dah fikir masak-masak. Aku nak buka company sendiri. Tapi perniagaan apa, belum difikirkan lagi. Biasalah, SPM pun tak pas lagi. Tapi now cuba nak kaji segala selok-belok perniagaan. Nak tanya abang kakak course apa yang patut aku ambil if nak jadi businesswoman yang berjaya. Tapi still terfikir-fikir, apa yang aku ambil sekarang time form four ni ada kena mengena tak dengan bisnes. Aduh, rasa rugi pula tak fikir awal-awal. Sedih.

Tapi nak buat bisnes bukan senang. Macam-macam nak kena fikir. (Aku ni macam yo-yo-oo je kan? Emm, takpe. Teruskan.) Paling penting sekali of course MODAL (duit). Mana nak cekau duit nak buka bisnes pun tak tahu. Nak kata kaya tu, bolehlah juga. Dalam MIMPI. Tu yang payah tu. Even aku ni boleh digelar sebagai budak tabung yang berdedikasi, macamlah cukup sangat. Nak beli MP3 pun minta duit orang lagi. Inikan pula nak buka bisnes. Memang poyo. Setakat seratus lebih, baik pergi tidur then mimpi buat bisnes air liur. Lagi bagus.

Then yang kedua pula, ILMU yang cukup dalam tentang bisnes.

Bila nak buka bisnes ni, macam-macam hal boleh jadi. So, kalau ILMU penuh, senanglah nak handle masalah yang berlaku. Bayangkan masa nak buka bisnes baru nak belajar itu ini, serupa tak payah buka. Menyusahkan orang je. Kalau bisnes tu senang nak handle, insyaallah segalanya akan berjalan dengan lancar. Bisnes pun boleh maju dengan cepat.

Yang ketiga, JUJUR.

Ini merupakan sifat mulia yang SEPATUTNYA ada pada tiap-tiap ahli perniagaan. Bila kita jujur, semua orang akan percayakan kita. Ini sememangnya akan meningkatkan saham bisnes kita dengan mudah. Allah pun sayang akan orang yang jujur. Sememangnya sifat jujur harus ada pada tiap-tiap manusia di muka bumi ni. Tak kiralah pekerjaan apa pun, kalau kita jujur, orang akan percaya akan kita and terus percaya sampai bila-bila. Insyaallah. Bak kata filem Ahmad Albab "Abang orang jujur, sebab tu perniagaan kita untung". Yaiyalah dong.

Last but not least, TRY TRY and TRY.

Siapa nak berjaya mestilah kena ada semangat yang amat-amat tinggi. Tak cepat putus asa and always try and try. Tak kisahlah orang nak kata apa pun, selagi kita tak try, kita takkan tahu apa akan jadi. Mana tahu benda yang kita tak TRY nak buat ni SEBENARNYA menguntungkan. Tak ke rugi tu. Silap besar. Kira-kira boleh meraung terjun KLCC dah. Oh tidak! Ini tidak baik. Kalau kita terlepas apa-apa peluang, kita kena ingat juga, peluang ada dimana-mana, so kita just kena aware bila and di mana. 0k! :)


Kalaulah semua IMPIAN boleh dicapai..

Saturday, November 7, 2009

Mimpi yang diimpi.

Macam biasa, hidup gua memang boring. Minggu ni busy dengan exam saja. Nak buat benda lain tak boleh coz kena focus kat exam saja. Anyway, gua dah listkan aktiviti-aktiviti yang gua nak buat lepas exam ni. Hopefully, semuanya tercapai. *Harapan yang tinggi menjunam bukan? InsyaAllah pas. Yeahh T_____T

  1. Nak tonton movies dengan member-member tercinta. RA, hangout jom? Rindu-rindu. :)
  2. Nak beli MP3. Duit macam tak cukup, lagi bape puluh ringgit je. Yaya, prepare duit.
  3. Nak keluar tiap-tiap hari dengan family. Window shopping saja pun boleh.
  4. Nak tengok cerita Boys Over Flower sampai habis. Before this tengok sampai episod 19 je. Nak ulang balik dari ep.1 sampai habis nanti. Yeahh! :)
  5. Tak nak datang sekolah sudah lepas habis exam kecuali time hantar buku teks and Jamuan kelas. Haha ^^
  6. Nak buat something yang boleh mengejutkan semua orang. *Ini I saja yang tahu ok. wink wink.
  7. Nak tengok tv sampai lebam bijik mata.
  8. Nak belajar akaun lah. Sedih tengok paper hari tu. *Semangat wajar.
  9. Nak fikir masa depan mulai sekarang. Nak focus subject yang ada kena mengena dengan impian gua.
  10. Nak belajar hal-hal perempuan dengan lebih mendalam. *Selama ni I budak perempuan lagi. Hehe. :)

Itu saja. Nak lebih-lebih takut tak jadi pula. Kita ni kan merancang saja, Allah yang menentukan. So, diharapkan semoga Allah meredhai segala-galanya. Insyaallah. Kepada kawan-kawan tersayang, jangan nakal-nakal ok. SPM dah dekat. Belajar rerajin mulai sekarang. Dengar tak? SEKARANG. Thank you. :)

Thursday, November 5, 2009

Let's Break Up by Lee Seungi Gi. :)



Nuga naege geureodeora
Urin jal eoullindago
Urin jal mannan georago geuraettji
Nuga naege geureodeora
Urin yeongweonhalgeorago
Geurae geuddaeneun geurattji
Lie lie lie lie lie
Da geojitmal
Lie lie lie lie lie
Moduda
Lie lie lie lie lie
Ijen
Uri heyeojija geuman mannaja
Gakkeum seulpeojyeodo chueoge utja
Majimak neol wihae I malbakke
Hal su eobgie
Moreuncheok anincheokhamyeo
Uri ijen geureohge salja
Nuga naege geureodeora chueogeun areumdabdago
Geurae geuddaeneun geuraettji
Lie lie lie lie lie
Da geojitmal
Lie lie lie lie lie
Moduda
Lie lie lie lie lie
Ijen
Uri heyeojija geuman mannaja
Gakkeum seulpeojyeodo chueoge utja
Majimak neol wihae
I malbakke hal su eobgie
Moreuncheok anincheokhamyeo
Uri ijen geureohge salja
Jeongmal haengbokhaettdeon shigan
Manyang utgimanhan sun gan modu neoyege julkke
Lie lie lie lie lie
Nunmureun naega
Lie lie lie lie lie
Gajyeogalge
Ddeonaneun nega useul su ittge
Neomaneul wihaeseo sara wattgie
Geu nuguboda deo neoreul algie
Ijen bonaeyahae nareul ddeona haengbokhaeyahae
Nawaui sarang gatheun geon modu itgo
Geureohge salja
Geureohge salja


*Seung gi oppa,
I don't want to break up with You no matter what cause now,
I LOVE YOU LIKE CRAZY!
(^___^")



*Thinking of my MR.CHARMING. Changmin-ah! :)

Tuesday, November 3, 2009

Paper exam.

Minggu ni memang minggu exam saja. Lagi 4hari, exam tamat. tak sabar nak tunggu waktu tu. betul-betul TAK SABAR. hidup aku terseksa sepanjang exam ni. makan tak kenyang, tidur tak lena, tapi mandi basahlah coz tu memang hobi den. haha ;) Anyway, tu semua bukan alasan untuk aku main-main dalam exam kali ni. FINAL tu! gila nak main-main. buat malu je kalau fail. lainlah ujian bulanan, kau tak jawab langsung pun takde orang peduli. lantak kau lah. haha.

And aku nak score dalam 6A's. boleh ke tidak? boleh ke tidak? boleh ke tidak? *gaya datin wannabe please. tapi apa yang 6 tu pun aku tak tahu. kalau subjek biasa tu bolehlah. nak score subjek tambahan? harapan babe. tak pernah-pernah aku score. kalau lah YA, kenduri keSYUKURan terus aku buat. bukan senang tu. haha.

tapi semangat harus diteruskan. esok KIMIA babe. insyaAllah aku boleh jawab. kalau tak boleh jugak, kita redha jelah sama-sama. haha. taaaa! :)

Wednesday, October 28, 2009

Sebab ni Facebook best! :)

Siapa ada facebook angkat kaki sekarang, please? yeahhh. kita sama. I pun ada okay. I pun nak up-to-date jugak. haha. at first memang ingat nak cari kenalan la konon kat sini. tapi ok what? I dapat banyak kawan dari Sri Langka. rasa bangga gilaaaaa nie. haha. but now I dah lupa pasal nak cari-cari kawan dah. now I busy main games yang ada kat sana. seronok bhai. I main 3 game ok. banyaklah tu kan? lebih dari satu. haha. antaranya ialah Pet society, Farmville and Restaurant city. yeahh, enjoyy gilaaa kot main game-game ni.

masa mula-mula tu, selalu nampak asha main. entah pape punya game la kau main ni. tapi lama-lama I lak yang terpengaruh. eh, macam budak-budak gak ouh main pet society nie. tapi syok. I ada pet sendiri, rumah sendiri and macam-macam lah yang I agak I takkan dapat dekat dunia realiti. betul kata orang, game boleh buat kita melayang habis, kan? macam Saidina jugak. konon macam kaya je dapat kumpul harta banyakkk. tapi hakikatnya, itu hanya mainan semata-mata. ;)


kembali kepada cerita asal. I mula-mula main pet society. game ni syok habis. nama pet I Chiko. Yeah, i tak tahu kenapa I ambil nama tu. comel kot. haha. game ni senang je nak main. kita just kena take care pasal pet tu je. bagi makan, hias rumah and kumpul trophy. yeahh, ini yang paling I suka. tapi sekarang baru dapat dalam 8 tropi kot. Tak ingat. nak kumpul bebanyak lagi. nanti ada orang visit rumah I, semua ternganga. waa, sila bayangkan nanti coz sekarang rumah still under construction. nanti siap I bagitahu. hee ;)


ini pula game Restaurant city. I sekarang baru peringkat 8. masih barulah juga. sebab tu rumah ni nampak simple je. hee. masa mula-mula main memang macam anak baru nak belajat tatih. semua benda I tanya Asha. macam mana nak main, nak tekan apa, kalau nak beli macam mana. heishh, banyaklah jugak pertanyaan tu. selamat asha baik nak jawab semua persoalan I. tapi betul, game ni best gilaaa kot. dapat duit, then boleh besarkan lagi, eish, macam-macam la. rasa macam 24jam nak tengok je restoran nie. tapi, apakan daya, saya pelajar lagi. buku tak boleh tinggal. apatah lagi sekarang ni exam.. lagilahh. huh.


last game. Farmville. yeahh, ni pun best gilaaaaa wa cakap lu. game ni kawan dari Sri Lanka yang introduce. masa mula-mula, selalu ignore bila dia hantar message suruh jadi jiran dia kat game ni. tapi sebab kesian, dia pujuk rayu, akhirnya I terima juga. waa, nampak tak? besarkan. sekarang pun macam tu gak. sayang nak guna duitlah. nak simpan je wat pekasam. haha. I ada lembu jugak, tapi tak nampak pulak dalam gambar tu. ada 8 ekor baru. haha. bangga gila main benda ni. nanti nak RAYA HAJI senanglah. dah ada lembu nak sembelih. haha.

itulah yang bestnya dekat facebook ni. takde benda lain dah I buat kalau bukak Facebook. Ni jelaa. main main main. teruk betul. huhu. but its okay. I memang kena layan games. baru otak berfungsi. betul tak? haha. now, siapa nak jadi neighbor I kat salah satu kat games atas ni. Jangan lupa add ok. comfirm diterima. haha ;) till then, bye!



.:: Saja nak menunjuk gambar si Chiko nie. Tak ke comel dia ni? macam TUAN dia. haha ;))
(baju yang tergantung tu I beli sendiri okay. Lawa bukan. haha! ::.

Tuesday, October 27, 2009

learning real english! :)


Yeahh, itu yang aku buat sekarang.
Cuba untuk belajar bahasa omputih.
Walau tak sehebat mana, takpe,
asalkan aku belajar. kan kan?
haha.

Esok exam English weh.
Cuak tak cuak aku.
tapi boleh lagi update blog.
S.E.N.G.A.L

Tadi dah pas Bm.
Bolehlah blah soalan dia.
ada 2, 3 soalan yang terkantoi gak laa.
tapi takpe,
sesi tembak menembak boleh diadakan. haha ;)

busy.. (konon!)

(^_^')

Monday, October 26, 2009

study study study ! :)

Exam sudah dekat. Bila nak belajar ni?
ayat da power gila dah sebelum nie. HAHA!
hey, look at this.. :)

Buku yang aku baca. Masuklah juga sikit-sikit.
Sorry quality gambar tak berapa ok.
Al-maklumlah, handphone tak mahal. hee. ;)

Doakan yang terbaik untuk aku ok. Aku doakan untuk korang juga.
Jawab exam tu elok-elok. :)

Lagu best! Suara Tiffany ni BEST GILA!

Down by Jay Sean.




Bye! :)

Sunday, October 25, 2009

yang perlu dipupuk.

hye guys :) now pukul 12.05 pagi. mata masih tenang tanpa sebarang godaan dari si syaitan untuk tidur. exam makin dekat dan dekat. ya, hanya ada lagi kurang 24 jam untuk aku membaca, penuhkan ilmu didada untuk dibawa ke dewan periksa. huh, malang rasa hati jika tidak lulus untuk ujian kali ini. dambaan hati, inginkan 6A. ya, itu hanya angan-anganku. jiwa kacau, buntu memikirnya. terlalu sukar rasanya. tapi, demi melihat prestasiku, ku kuatkan jiwa, iman dan semangatku untuk terus belajar mencapai impian yang tinggi itu.

aku berusaha. membaca apa yang patut. menghafal dan menghafaz, aku tidak tahu bezanya. tapi itu yang ku lakukan hari demi hari. walaupun hanya sedikit yang menusuk kehati dan ingatanku, ku berharap suatu keajaiban berlaku jua nanti. bukan terlalu mengharap yang tidak pasti, tetapi berusaha. Ya Allah, kuatkanlah ingatan dalam ujian kali ini. tidak ku pinta lebih, hanya keredhaanmu ku pohon agar jiwaku tidak buntu dan kacau. semoga setiap jawapanku memberi walaupun sedikit, markah yang dapat membantu kertas ujianku nanti. InsyaAllah. :)

dan KEKUATAN untuk TERUS belajar yang berterusan. ku akui, aku bukanlah manusia yang kamil. ku juga seperti mereka-mereka yang hidup menumpang di dunia ini. selalu melakukan kesalahan. study lebih penting sekarang. aku tidak mahu hampakan harapan keluarga. antara sebab utama ku ada di dunia. mencapai pencapaian yang tidak di duga. sangat berharap.

ADDMATHS, PHYSICS, CHEMIS, ACCOUNT. matapelajaran yang menakutkanku. sungguh. tidak pernah ku mendapat keputusan yang baik untuk matapelajaran ini. oleh itu, ujian kali ini menjadi aim ku. C pun sudah cukup untuk membuat ku tersenyum lebar. InsyaAllah, akan ku tingkatkan lagi pada tahun hadapan. untuk SPM yang bakal menemuiku tahun hadapan. sebentar tadi, telah ku baca satu buku anak laut itu. bukan semua sebenarnya, tapi yang telah cikgu target untuk masuk. aku sedih. aku terlambat untuk memahami cerita-cerita yang ada dalam buku itu. menarik. tertarik. aku menangis. mungkin emosi. entahlah...

Tuesday, October 20, 2009

Bila rasaku ini rasamu. Yeahh!

lagu itu best bukan? jangan tanya saya coz saya tak pernah dengar pun lagu tu. maybe pernah, tapi ingat-ingat lupa. maaf. haha. tadi aku pergi sekolah macam biasa, bangun pagi then siap-siap and buat apa yang patut. biasalahkan, pelajar macam aku memang semangat sangat bangun pepagi. turun katil, cari tuala dalam keadaan yang agak annoying and mandi. pagi-pagi masa untuk mandi memang tak macam biasa. kalau biasa, dalam sejam or 2jam baru mencukupi. tapi untuk ke sekolah, dalam setengah jam dah okay. ahh, aku memang tak puas mandi macam tu. yela, nak berangan lagi, jumpa Changmin, mana nak sempatnya. (^^")

then pergi kesekolah. yeayy, aku bertugas hari ni as a pengawas. first time tapi still under control pengawas lain. kira macam orentasi la jugak. masuk kelas paling best. rindu bangat deyh sama mereka. yeahh, menipu memang hebat rasanya. cuba ok. haha. addmath, first subjek yang paling aku suka even tak pernah or takkan? emm, dapat A. oh tidak, aku tak boleh pikir gitu, aku nak A jugak whatever it is. Rishi, sudikah awak berkawan dengan saya next year? saya harap awak terima. thank you Rishi. hahahahah. (^____^)

masa addmath, cikgu telah mengungkit satu perkara yang saya memang agak dari awal akan terbit dari mulut cikgu yang manis itu. tahu apa dia? mestilah. haha. pasal pakat-pakat tak pergi sekolah ramai-ramai tu. ahh, maafkan saya cikgu. janji tak buat lagi. aku berkata dalam hati dengan harapan cikgu faham ketika muka seposen saya dan rakan-rakan keluar. ish memang jahat. SPM nak dekat, sumpah lepas ni saya datang sekolah selalu. InsyaAllah! :)

lepas itu kimia, macam biasa saja time ni. semua concentrade. bagus kawan-kawan. nanti cerita kat saya apa cikgu ajar coz masa tu saya busy buat benda lain. hey ira, bila nak berubah? adoii. teruk macam babun kau ni. huh. masa tu actually busy buat bahasa melayu punya homework. awak-awak sekalian, saya paling takut dengan cikgu BM. tak tahu kenapa. tapi maybe coz dia rapat dengan mak saya. kang tak pasal-pasal dia mengadu kat mak saya, tak ke harek nanti? hmm.

Bm. yeahh, paham sudah bukan. beliau masuk and berkata, Bahagia dulu, susah kemudian. ayat yang TERLALU biasa kami dengar. terasa sangat ayat tu kalau beliau cakap. bagi salam and duduk dan latihan yang beliau bagi kena ada hantar meja sekarang. yess, ayat Bahagia dulu, susah kemudian ditujukan untuk para-para sasterawan yang tak siap homework. katanya, ok tadi bahagia, sekarang siapa yang tak siap buat pembetulan 5 kali untuk setiap soalan. selagi tak siap, tak boleh balik. ayat tu memang ditakuti oleh setiap pelajar sekarang. Cikgu, saya nak balik nak balik. kata laila dalam hati. haha.

gila betul. haa, siapkan lah kau sampai lebam. aku? tersenyum lebar sebab sudah siap dengan bantuan kawan-kawan yang sememangnya menyayangi saya. haha. sebenarnya tak pun, cikgu saja nak gertak, eh cikgu ni, dah pandai ek. hee. bincang semua soalan and buat pembetulan. satu kali saja then boleh balik. yess, dengan semangat wajar nak balik, semua siapkan dengan pantas tanpa berpaling ke kiri dan ke kanan. yeah, mereka memang hebat dan aku pula hebat dalam menipu. haha.

eh, story gempak. cikgu BM pun marah geng-geng ponteng hari tu. yeahh, tindakan disiplin akan dikenakan kalau kami buat lagi. GILA nak buat lagi? takde kerja. cukupla kena perli dengan cikgu-cikgu yang mengajar. kang masuk cikgu disiplin, lagi PANAS telinga ni. tak sanggup den. haha.

the end of the story. memang, kami terasa apa yang cikgu katakan terhadap kami. sumpah tak buat lagi. haha. berani kau gelak lagi eh? huh. saya terasa, dia terasa, kami semua terasa. jom belajar gila-gila nanti semua cikgu sayang kita sampai tak lepas langsung mata diorang dari kami. aiyoooo, mahu mati? hahahha. ;)

Saturday, October 17, 2009

Mengharap yang lebih baik.



Happy Birthday busukkkkk! :D

Selamat hari lahir yang ke 11 tahun gemok.
semoga bahgia dunia- akhirat.
study rajin-rajin. :)
Plz, make me proud to have you as my lil sister ok. ily ;)

.:: Yeahhh, kami memang tak 'hot' macam anda-anda semua! ;) ::.


Friday, October 16, 2009

Sekolah memang macam rumah sendiri.

haha. title dah gempak bukan? ok. memang nak story pasal sekolah ni. sayang bangat deyh sama sekolah ku. (^^,) minggu ni saja, aku sekolah 2 hari saja. bangga ke? of course la. orang sayang sekolah memang macam nie. tengok sekolah dari jauh je. haha. maklumlah, sekolah sebelah je dengan rumah. boleh lepas rindu hari-hari kat tingkap usha sekolah. haha. ok cikgu, royalty jangan lupa. haha.

Hari Isnin and Selasa aku diberi cuti coz PMR melanda. so, bolehlah feel free kat rumah. oh gosh, memang free. 2 hari berturut-turut bangun pukul 12. oh, kebiasaan tu. bangun-bangun terus mengadap komputer. rindu sama myspace, facebook, blog. hmm, tapi yang tak bestnya bila buka blog je, memang sikit saja follower. sian saya syok sendiri sorang-sorang. haha. siapala nak follow aku weh. minah senget, sengal ni. aiyoooo. but its okay, mulai hari ini saya akan mula menjadi seorang yang hot, hit and hat. haha.

then hari rabu aku pergila sekolah. yela, kata sayang sekolah, itulah caranya. tunjuk muka dekat cikgu, belajar sikit then masa rehat balik rumah. bagus bukan? itu bukan saya. jangan risau. haha. sampai sekolah terus bagi cadangan kat budak kelas aka my geng ngumpat, tak payah sekolah. dan diorang setuju. ok, aku dah boleh masuk parlimen. ramai juga sokong aku. haha. senang sikit nak berkempen. haha. dan keesokkan harinya, memang. aku telah berjaya menghasut mereka. dorang memang tak datang sekolah. berapa orang saja datang. dalam 14 or 13. fuhh, tak sangka. kempenku berjaya. maafkan saya semua. tak berniat nak mengajar benda-benda tak senonoh. haha. sayang korang la! :)

aku tak pergi sekolah bukan apa, aku rancang tak nak sekolah hari khamis coz hari jumaat nak pergi sekolah. aku memang suka penuhkan sekolah time semua orang tak ingat kat sekolah. yela, hari jumaatkan banyak sekolah cuti. so aku agak, mesti sikit saja yang datang sekolah. and yes, dugaanku tepat. haha.

that's it. sekolah memang best. dah macam rumah kedua. tapi yang tak bestnya, ada kerja saja tiap-tiap hari yang kena siapkan. eden memang lemah sikit bab-bab ni. haha. next year nak SPM suda, bila nak berubah pun tak tahu. anda-anda semua doakanlah saya okay. doakan saya cepat berubah. saya pun aku berusaha untuk berubah ke arah yang benar. InsyaAllah. :)

Friday, October 9, 2009

lepak, masalah.

Semua orang ada masalah bukan? aku pun tak pernah lari dari masalah. tapi aku percaya, Allah tak kan bagi masalah yang tak tercapai dek akal kita untuk berfikir. kita as hamba yang punya akal, harus bijak mencari penyelesaiannya.

macam situasi aku sekarang, pelajar adalah antara manusia-manusia yang paling banyak masalah. mereka terlalu terdorong pada dunia luar. mereka lebih gemar bergaul dengan orang tak tentu arah, melepak and so on yang bagi aku agak membuang masa dan duit. ok, serius aku cakap, aku tak suka lepak. aku suka something yang if aku buat, aku dapat keuntungan or kepuasan. tapi bukan dengan cara habiskan duit pergi joli sana-sini. itu bukan cara aku. and sebab itu, aku percaya yang melepak itu satu masalah.


nak keluar dengan kawan? eh, boleh. siapa kata tak boleh? tapi bukan selalu. setakat nak pergi tengok wayang, apa ke hal lah sangat. tapi berpada-pada lah. jangan la selalu sangat. aku tak kaya macam anda-anda sekalian yang boleh diajak keluar bila-bila masa saja. memanglah, keluar tengok-tengok saja. tapi aku tak boleh, aku bukan jenis keluar rumah tanpa duit. aku tak boleh hidup tanpa duit. kalau keluar tanpa duit, rasa macam spirit nak keluar hilang serta-merta. even nak keluar jumpa kawan depan rumah pun, aku bawa duit. ehh, manalah tahu kot-kot dia datang minta hutang? tak ke harek namanya itu? haha! (^_____^)

tapi kadang-kadang tak juga coz bagi aku, duduk rumah lagi best dari keluar. entahlah, maybe aku sayang sangat kot dekat rumah aku yang agak cantik dipandang oleh aku sorang ni. betul, my adik beradik yang lain pun suka lepak rumah saja. bagi kami, rumah itu memang betul-betul macam syurga. dekat rumah, ada macam-macam. even tak perfect and cantik macam rumah orang lain, but still, it looks perfectly heaven to me. ok, memang betullah kata orang yang masalah-masalah sosial berlaku sekarang berpunca dari rumah, family. tapikan, kalau kita tak buat masalah, takkan lah masalah itu nak datang tiba-tiba kan? pandai-pandai lah jaga diri. masalah takkan datang kalau kita tak cari masalah itu. itu yang pasti. semuanya berlaku dari diri kita sendiri juga. kan kan? :)

so, conclusionnya disini, aku minta maaf sesangat kat kawan-kawan yang pernah ajak keluar tapi ditolak lamarannya. aku bukan tak nak join, tapi aku fikirkan duit poket yang tak pernah cukup-cukup, rumah yang terlalu hebat daya magnetnya and macam-macam lagi. ada jodoh, kita keluar. aku tak jahat sangat sampai tak nak jumpa and lepak sama korang langsung. okay? ily.

the end.

*tapi lepak macam ini bagus. baik untuk otak but not for eyes. haha ^^

bye! :)

Tuesday, October 6, 2009

-unknown-


aku rindu kengkawan aku!
tetiba rasa rindu nie tebal gilaaa. huh.
aku benci perasaan nie sebenarnya.
fuh, benci?
aku mengaku aku jahat.

kawan, aku rindu korang. korang tak rindu aku ke?!
aku dah tak tahan tanggung rindu nie sorang-sorang.
koranglah antara orang-orang yang buat aku kenal dunia nie.
masa mula-mula nak kenal dunia,
aku menangis, tapi koranglah yang bagi semangat.
masa itu, aku sedar,
aku kena kuat macam korang.

time dengan korang, aku tak pernah rasa sunyi.
serius, aku tak pernah merungut dapat kawan macam korang.
kalau takde korang, hidup aku ini takkan pernah sempurna.
takkan pernah ada perubahan.
aku mesti dengan perangai budak-budak aku tue lagi.

sebab korang jugalah aku kenal dunia luar.
macam-macam hal aku tahu dari korang.
kalau aku tak kenal korang, mesti aku masih tergapai-gapai mencari realiti hidup.

Aku sayang korang KAWAN!
Aku rindu korang KAWAN!
Jangan pernah lupa aku!
aku akan ingat korang sampai mati!

to BTB ; aku rindu waktu kita bersama!

KAWAN, SAHABAT, MEMBER!
iloveyou! imissyou! :(




Saturday, October 3, 2009

Beraya sakan doe! :)

hello!
Sabtu, 3 oktober 2009, aku berasa amat penat coz pergi beraya rumah kengkawan.
seriously, ini first time kot aku masuk kawasan Pantai Dalam tuh.
bangga nih. jangan tak tahu pulak. haha!

Aku raya dalam 4 rumah je,
at first aku pikir macam banyak sangat rumah nak pergi,
tapi tup tup, 4 jelah! kaw lelebih plak! haha.

first aku pergi rumah amoi manis meyh.
nama dia Nolis. rumah dia cantik.
itu aku tak boleh pertikaikan. hahaha.
rumah dia merupakan rumah pertama aku jejak kat Pantai Dalam nie.
bagos! coz rumah dia berjaya menarik perhatian aku untuk lebih mendalami area pantai dalam nie.
tahniah ye cik Nolis! haha.
(pahal ayat aku gelabah gilaa weh? adoii. sumpah tak leyh kawal! haha)
(^.^")

.:: Nina, ampun maaf dipinta coz terpaksa ambil gambar model kecil nie sebagai first picture.
nie dekat rumah Nolis okay. Lupa nak ambil full angle, tak pe, lain kali oke. :) ::.

*credit to Nina's family. haha ;))

Secondly, kami semua bergerak ke rumah Encik Aus.
dia merupakan kawan kami yang agak berumur. waaa!
sorry aus. joke saje tuh. hahaha.
Umur dia baru 18 laa, takde tua mane. heee ;)
tapi before pergi umah dy, ktorg lepak taman dulu.
pergghh, semua dah tunjuk perangai budak2.
ade la sorang tuh, tak leyh kawal gilee da.
dy nak beat model kecil tadi tue kot. haha.
k, lupa nak bagitau, nama model kecil tue Fasha oke? hee. ;))

.:: Siapa dia? entah, tak tahu. orang tengah excited main, mane kisah paparazzi ambil gambar.
hahaha. ;)) ::.


.:: Nie pulak time si anak nak mintak si mak blah dari buaian tue setelah si mak puas bermain sambil diperhatikan oleh si anak sendiri. Pernahkh anda mendengar cerita sebegini? haha.
sian Fasha sorang nie dapat mak macam nie. huaaa! ;)) ::.


.:: Niela gambar befora fasha menangis nak buaian tuh. anda sudah faham kn kenapa
si anak merengek mahukn buaian itu? ahah. but still, my friends memang comel oke. jangan tak tahu tue. hahaha. ::.

then kami gerak gi umh aus. sorry, no picture allowed there. haha.
malu kot nak amek gambar tetiba. bukan rapat mane pun ngan keluarga si Aus nie.

setelah habis, kami dengan semangat yang kental pun bergerak menuju ke
rumah Anem ku sayang sorang nie. bapak wehh, penat kot.
jaoh sangat rumah dia. tapi tuela, semangat raya la katakan.
tade hal lah wa cakap lu! hahaha.

.:: Puteri liln memang macam nie. payung tak pernah lepas.
selamat si photographer yang baik hati nie still nak ambil gambar korang taw! haha. ::.

and akhirnya, sampai jugak rumah Anem.
best doe. mak dia masak nasi goreng and roti jala. jom pelap jom! haha.
semasa sedang syok menjamu selera, dak 4s1 datang. okay, seriously,
rumah dah full. korang boleh blah tak? hahah. kidding oke.
ingt, i baik hati ye. haha.

.:: Antara picture2 yang berjaya diambil kat rumah anem. ramai kan? hmm. time tue dorang nak balik da. laa, dorang dengar ke ape hati aku cakap? huh. sorry. hahaha. jangan risau, tak lame lepas tuh, kitorang blah gak. gi bangsar. yang best, last picture tue aku memang sengaja ambil. cute kan? kaa, kantoi! hahaha. ::.

naik bas dan terbang ke Bangsar. fuhh, penat ouh! gy rumah ika then lepak2 jup.
ingatkan tak jadi pergi rumah aku then my adiq text aku and
tell me to ask my friends datang rumah coz my mum sudah masak untuk dorang.
okay guys, u have too oke. korang lapar kan? hee. ;))
come to my beloved house. :))


.:: Gmbar nie diambil time kat rumah ikaa lagi. saja nak interprem. ika tengah lawa tuh! haha.
fasha, look at the camera laa. not baya! (^^"). ::.


.:: one of the best candid picture aku ambil. Thanks to Aus and Ika kerana sudi jadi model terbaik i ever had! hahaha. :)) ::.


last picture,
*credit to ika's blog for this picture. :))


habis la sudah lawatan kami.
no picture la kat rumah aku coz tak sempat nak ambil.
biasalah, kena layan tetamu la katakan. hee. ;))

sampai ketemu lagi yaa. dada!
(^^,)


*kalau pandai, cuba teka berapa banyak
duit raya kami dapat sepanjang lawatan nie?
hahaha. Lu pikir la sendiri no! :))


Friday, October 2, 2009

good luck PMR!

PMR CANDIDATES.
A VERY GOOD LUCK FOR YOU ALL OKAY! :)

GET A GOOD RESULT AND MAKE UR PARENTS PROUD OF YOU!
SERIOUSLY, THEY'RE COUNTING ON YOU.


FIGHTING, FIGHTING, FIGHTING!

(^^,)

MAY GOD BLESS YOU'LL.
REMEMBER ALLAH ALWAYS. :)

Wednesday, September 30, 2009

my pictures. take a look! :)

okay darling darling ku sekalian,
picture2 ini aku ambil ketika my school adakan hari berbuka puasa,
and solat hajat plus solat terawih plus qiamullail. (huh, banyok la pulok! haha)
program nie actually khas untuk form 3 and form 5 jee,
tapi aku nie kan the v.v.v.i.p,
siape berani tak ajak? haha.
okay serius, aku join coz aku dak tadarus.
itu yang nyemak semacam jehh. haha ;))

click aja dekat picture kalau nak tengok dengan lebih jelas okay?
hee ;))

.:: Kat sinilah semua pelajar and guru solat. Kalau nak sumbat semua dalam surau, boleh mati woo. haha. ::.


.:: ini pula keadaan kat kantin. waa, tahukah anda betapa sesaknya saya ketika itu? Tuhan jelah yang tau. Aku ngan adik adik duduk tepi kantin jehh. :(( haha. ::.


.:: gambar ini adik aku yang amik before solat isyak. tak lawa kan? huh.
(sorry. ak tak suke adik aku! haha) ::.


.:: Aku tak ingatlah nama dia ape tapi suara dia wa cakap lu, pergghh,
merdu doee! masa nie dia tengah azan. form 2 baru. alaa, mudo la pulok! haha. just kidding oke. ;)) ::.

habis sudah gambar. ada lagi tapi rasanya tak perlu kot leta
k lagi. malas nak glamourkan
sekolah aku nie banyak banyak. ^^
and the end aku balik before solat terawih.
sebab apa? huh. lantak pi den laa. yang hang sibuk nie watpa? haha.

okaylah. i hve to go. bye!

.:: Lupa pulak nak tarok gambar minah sorang nie. dia pun nak famous gak.
sorryla gambar tak clear, zoom punya pasallah, sebab tue jadi cam gitu. hee ;)) ::.


okay, nie betol2. bye! :DD