Wednesday, October 28, 2009

Sebab ni Facebook best! :)

Siapa ada facebook angkat kaki sekarang, please? yeahhh. kita sama. I pun ada okay. I pun nak up-to-date jugak. haha. at first memang ingat nak cari kenalan la konon kat sini. tapi ok what? I dapat banyak kawan dari Sri Langka. rasa bangga gilaaaaa nie. haha. but now I dah lupa pasal nak cari-cari kawan dah. now I busy main games yang ada kat sana. seronok bhai. I main 3 game ok. banyaklah tu kan? lebih dari satu. haha. antaranya ialah Pet society, Farmville and Restaurant city. yeahh, enjoyy gilaaa kot main game-game ni.

masa mula-mula tu, selalu nampak asha main. entah pape punya game la kau main ni. tapi lama-lama I lak yang terpengaruh. eh, macam budak-budak gak ouh main pet society nie. tapi syok. I ada pet sendiri, rumah sendiri and macam-macam lah yang I agak I takkan dapat dekat dunia realiti. betul kata orang, game boleh buat kita melayang habis, kan? macam Saidina jugak. konon macam kaya je dapat kumpul harta banyakkk. tapi hakikatnya, itu hanya mainan semata-mata. ;)


kembali kepada cerita asal. I mula-mula main pet society. game ni syok habis. nama pet I Chiko. Yeah, i tak tahu kenapa I ambil nama tu. comel kot. haha. game ni senang je nak main. kita just kena take care pasal pet tu je. bagi makan, hias rumah and kumpul trophy. yeahh, ini yang paling I suka. tapi sekarang baru dapat dalam 8 tropi kot. Tak ingat. nak kumpul bebanyak lagi. nanti ada orang visit rumah I, semua ternganga. waa, sila bayangkan nanti coz sekarang rumah still under construction. nanti siap I bagitahu. hee ;)


ini pula game Restaurant city. I sekarang baru peringkat 8. masih barulah juga. sebab tu rumah ni nampak simple je. hee. masa mula-mula main memang macam anak baru nak belajat tatih. semua benda I tanya Asha. macam mana nak main, nak tekan apa, kalau nak beli macam mana. heishh, banyaklah jugak pertanyaan tu. selamat asha baik nak jawab semua persoalan I. tapi betul, game ni best gilaaa kot. dapat duit, then boleh besarkan lagi, eish, macam-macam la. rasa macam 24jam nak tengok je restoran nie. tapi, apakan daya, saya pelajar lagi. buku tak boleh tinggal. apatah lagi sekarang ni exam.. lagilahh. huh.


last game. Farmville. yeahh, ni pun best gilaaaaa wa cakap lu. game ni kawan dari Sri Lanka yang introduce. masa mula-mula, selalu ignore bila dia hantar message suruh jadi jiran dia kat game ni. tapi sebab kesian, dia pujuk rayu, akhirnya I terima juga. waa, nampak tak? besarkan. sekarang pun macam tu gak. sayang nak guna duitlah. nak simpan je wat pekasam. haha. I ada lembu jugak, tapi tak nampak pulak dalam gambar tu. ada 8 ekor baru. haha. bangga gila main benda ni. nanti nak RAYA HAJI senanglah. dah ada lembu nak sembelih. haha.

itulah yang bestnya dekat facebook ni. takde benda lain dah I buat kalau bukak Facebook. Ni jelaa. main main main. teruk betul. huhu. but its okay. I memang kena layan games. baru otak berfungsi. betul tak? haha. now, siapa nak jadi neighbor I kat salah satu kat games atas ni. Jangan lupa add ok. comfirm diterima. haha ;) till then, bye!



.:: Saja nak menunjuk gambar si Chiko nie. Tak ke comel dia ni? macam TUAN dia. haha ;))
(baju yang tergantung tu I beli sendiri okay. Lawa bukan. haha! ::.

Tuesday, October 27, 2009

learning real english! :)


Yeahh, itu yang aku buat sekarang.
Cuba untuk belajar bahasa omputih.
Walau tak sehebat mana, takpe,
asalkan aku belajar. kan kan?
haha.

Esok exam English weh.
Cuak tak cuak aku.
tapi boleh lagi update blog.
S.E.N.G.A.L

Tadi dah pas Bm.
Bolehlah blah soalan dia.
ada 2, 3 soalan yang terkantoi gak laa.
tapi takpe,
sesi tembak menembak boleh diadakan. haha ;)

busy.. (konon!)

(^_^')

Monday, October 26, 2009

study study study ! :)

Exam sudah dekat. Bila nak belajar ni?
ayat da power gila dah sebelum nie. HAHA!
hey, look at this.. :)

Buku yang aku baca. Masuklah juga sikit-sikit.
Sorry quality gambar tak berapa ok.
Al-maklumlah, handphone tak mahal. hee. ;)

Doakan yang terbaik untuk aku ok. Aku doakan untuk korang juga.
Jawab exam tu elok-elok. :)

Lagu best! Suara Tiffany ni BEST GILA!

Down by Jay Sean.




Bye! :)

Sunday, October 25, 2009

yang perlu dipupuk.

hye guys :) now pukul 12.05 pagi. mata masih tenang tanpa sebarang godaan dari si syaitan untuk tidur. exam makin dekat dan dekat. ya, hanya ada lagi kurang 24 jam untuk aku membaca, penuhkan ilmu didada untuk dibawa ke dewan periksa. huh, malang rasa hati jika tidak lulus untuk ujian kali ini. dambaan hati, inginkan 6A. ya, itu hanya angan-anganku. jiwa kacau, buntu memikirnya. terlalu sukar rasanya. tapi, demi melihat prestasiku, ku kuatkan jiwa, iman dan semangatku untuk terus belajar mencapai impian yang tinggi itu.

aku berusaha. membaca apa yang patut. menghafal dan menghafaz, aku tidak tahu bezanya. tapi itu yang ku lakukan hari demi hari. walaupun hanya sedikit yang menusuk kehati dan ingatanku, ku berharap suatu keajaiban berlaku jua nanti. bukan terlalu mengharap yang tidak pasti, tetapi berusaha. Ya Allah, kuatkanlah ingatan dalam ujian kali ini. tidak ku pinta lebih, hanya keredhaanmu ku pohon agar jiwaku tidak buntu dan kacau. semoga setiap jawapanku memberi walaupun sedikit, markah yang dapat membantu kertas ujianku nanti. InsyaAllah. :)

dan KEKUATAN untuk TERUS belajar yang berterusan. ku akui, aku bukanlah manusia yang kamil. ku juga seperti mereka-mereka yang hidup menumpang di dunia ini. selalu melakukan kesalahan. study lebih penting sekarang. aku tidak mahu hampakan harapan keluarga. antara sebab utama ku ada di dunia. mencapai pencapaian yang tidak di duga. sangat berharap.

ADDMATHS, PHYSICS, CHEMIS, ACCOUNT. matapelajaran yang menakutkanku. sungguh. tidak pernah ku mendapat keputusan yang baik untuk matapelajaran ini. oleh itu, ujian kali ini menjadi aim ku. C pun sudah cukup untuk membuat ku tersenyum lebar. InsyaAllah, akan ku tingkatkan lagi pada tahun hadapan. untuk SPM yang bakal menemuiku tahun hadapan. sebentar tadi, telah ku baca satu buku anak laut itu. bukan semua sebenarnya, tapi yang telah cikgu target untuk masuk. aku sedih. aku terlambat untuk memahami cerita-cerita yang ada dalam buku itu. menarik. tertarik. aku menangis. mungkin emosi. entahlah...

Tuesday, October 20, 2009

Bila rasaku ini rasamu. Yeahh!

lagu itu best bukan? jangan tanya saya coz saya tak pernah dengar pun lagu tu. maybe pernah, tapi ingat-ingat lupa. maaf. haha. tadi aku pergi sekolah macam biasa, bangun pagi then siap-siap and buat apa yang patut. biasalahkan, pelajar macam aku memang semangat sangat bangun pepagi. turun katil, cari tuala dalam keadaan yang agak annoying and mandi. pagi-pagi masa untuk mandi memang tak macam biasa. kalau biasa, dalam sejam or 2jam baru mencukupi. tapi untuk ke sekolah, dalam setengah jam dah okay. ahh, aku memang tak puas mandi macam tu. yela, nak berangan lagi, jumpa Changmin, mana nak sempatnya. (^^")

then pergi kesekolah. yeayy, aku bertugas hari ni as a pengawas. first time tapi still under control pengawas lain. kira macam orentasi la jugak. masuk kelas paling best. rindu bangat deyh sama mereka. yeahh, menipu memang hebat rasanya. cuba ok. haha. addmath, first subjek yang paling aku suka even tak pernah or takkan? emm, dapat A. oh tidak, aku tak boleh pikir gitu, aku nak A jugak whatever it is. Rishi, sudikah awak berkawan dengan saya next year? saya harap awak terima. thank you Rishi. hahahahah. (^____^)

masa addmath, cikgu telah mengungkit satu perkara yang saya memang agak dari awal akan terbit dari mulut cikgu yang manis itu. tahu apa dia? mestilah. haha. pasal pakat-pakat tak pergi sekolah ramai-ramai tu. ahh, maafkan saya cikgu. janji tak buat lagi. aku berkata dalam hati dengan harapan cikgu faham ketika muka seposen saya dan rakan-rakan keluar. ish memang jahat. SPM nak dekat, sumpah lepas ni saya datang sekolah selalu. InsyaAllah! :)

lepas itu kimia, macam biasa saja time ni. semua concentrade. bagus kawan-kawan. nanti cerita kat saya apa cikgu ajar coz masa tu saya busy buat benda lain. hey ira, bila nak berubah? adoii. teruk macam babun kau ni. huh. masa tu actually busy buat bahasa melayu punya homework. awak-awak sekalian, saya paling takut dengan cikgu BM. tak tahu kenapa. tapi maybe coz dia rapat dengan mak saya. kang tak pasal-pasal dia mengadu kat mak saya, tak ke harek nanti? hmm.

Bm. yeahh, paham sudah bukan. beliau masuk and berkata, Bahagia dulu, susah kemudian. ayat yang TERLALU biasa kami dengar. terasa sangat ayat tu kalau beliau cakap. bagi salam and duduk dan latihan yang beliau bagi kena ada hantar meja sekarang. yess, ayat Bahagia dulu, susah kemudian ditujukan untuk para-para sasterawan yang tak siap homework. katanya, ok tadi bahagia, sekarang siapa yang tak siap buat pembetulan 5 kali untuk setiap soalan. selagi tak siap, tak boleh balik. ayat tu memang ditakuti oleh setiap pelajar sekarang. Cikgu, saya nak balik nak balik. kata laila dalam hati. haha.

gila betul. haa, siapkan lah kau sampai lebam. aku? tersenyum lebar sebab sudah siap dengan bantuan kawan-kawan yang sememangnya menyayangi saya. haha. sebenarnya tak pun, cikgu saja nak gertak, eh cikgu ni, dah pandai ek. hee. bincang semua soalan and buat pembetulan. satu kali saja then boleh balik. yess, dengan semangat wajar nak balik, semua siapkan dengan pantas tanpa berpaling ke kiri dan ke kanan. yeah, mereka memang hebat dan aku pula hebat dalam menipu. haha.

eh, story gempak. cikgu BM pun marah geng-geng ponteng hari tu. yeahh, tindakan disiplin akan dikenakan kalau kami buat lagi. GILA nak buat lagi? takde kerja. cukupla kena perli dengan cikgu-cikgu yang mengajar. kang masuk cikgu disiplin, lagi PANAS telinga ni. tak sanggup den. haha.

the end of the story. memang, kami terasa apa yang cikgu katakan terhadap kami. sumpah tak buat lagi. haha. berani kau gelak lagi eh? huh. saya terasa, dia terasa, kami semua terasa. jom belajar gila-gila nanti semua cikgu sayang kita sampai tak lepas langsung mata diorang dari kami. aiyoooo, mahu mati? hahahha. ;)

Saturday, October 17, 2009

Mengharap yang lebih baik.



Happy Birthday busukkkkk! :D

Selamat hari lahir yang ke 11 tahun gemok.
semoga bahgia dunia- akhirat.
study rajin-rajin. :)
Plz, make me proud to have you as my lil sister ok. ily ;)

.:: Yeahhh, kami memang tak 'hot' macam anda-anda semua! ;) ::.


Friday, October 16, 2009

Sekolah memang macam rumah sendiri.

haha. title dah gempak bukan? ok. memang nak story pasal sekolah ni. sayang bangat deyh sama sekolah ku. (^^,) minggu ni saja, aku sekolah 2 hari saja. bangga ke? of course la. orang sayang sekolah memang macam nie. tengok sekolah dari jauh je. haha. maklumlah, sekolah sebelah je dengan rumah. boleh lepas rindu hari-hari kat tingkap usha sekolah. haha. ok cikgu, royalty jangan lupa. haha.

Hari Isnin and Selasa aku diberi cuti coz PMR melanda. so, bolehlah feel free kat rumah. oh gosh, memang free. 2 hari berturut-turut bangun pukul 12. oh, kebiasaan tu. bangun-bangun terus mengadap komputer. rindu sama myspace, facebook, blog. hmm, tapi yang tak bestnya bila buka blog je, memang sikit saja follower. sian saya syok sendiri sorang-sorang. haha. siapala nak follow aku weh. minah senget, sengal ni. aiyoooo. but its okay, mulai hari ini saya akan mula menjadi seorang yang hot, hit and hat. haha.

then hari rabu aku pergila sekolah. yela, kata sayang sekolah, itulah caranya. tunjuk muka dekat cikgu, belajar sikit then masa rehat balik rumah. bagus bukan? itu bukan saya. jangan risau. haha. sampai sekolah terus bagi cadangan kat budak kelas aka my geng ngumpat, tak payah sekolah. dan diorang setuju. ok, aku dah boleh masuk parlimen. ramai juga sokong aku. haha. senang sikit nak berkempen. haha. dan keesokkan harinya, memang. aku telah berjaya menghasut mereka. dorang memang tak datang sekolah. berapa orang saja datang. dalam 14 or 13. fuhh, tak sangka. kempenku berjaya. maafkan saya semua. tak berniat nak mengajar benda-benda tak senonoh. haha. sayang korang la! :)

aku tak pergi sekolah bukan apa, aku rancang tak nak sekolah hari khamis coz hari jumaat nak pergi sekolah. aku memang suka penuhkan sekolah time semua orang tak ingat kat sekolah. yela, hari jumaatkan banyak sekolah cuti. so aku agak, mesti sikit saja yang datang sekolah. and yes, dugaanku tepat. haha.

that's it. sekolah memang best. dah macam rumah kedua. tapi yang tak bestnya, ada kerja saja tiap-tiap hari yang kena siapkan. eden memang lemah sikit bab-bab ni. haha. next year nak SPM suda, bila nak berubah pun tak tahu. anda-anda semua doakanlah saya okay. doakan saya cepat berubah. saya pun aku berusaha untuk berubah ke arah yang benar. InsyaAllah. :)

Friday, October 9, 2009

lepak, masalah.

Semua orang ada masalah bukan? aku pun tak pernah lari dari masalah. tapi aku percaya, Allah tak kan bagi masalah yang tak tercapai dek akal kita untuk berfikir. kita as hamba yang punya akal, harus bijak mencari penyelesaiannya.

macam situasi aku sekarang, pelajar adalah antara manusia-manusia yang paling banyak masalah. mereka terlalu terdorong pada dunia luar. mereka lebih gemar bergaul dengan orang tak tentu arah, melepak and so on yang bagi aku agak membuang masa dan duit. ok, serius aku cakap, aku tak suka lepak. aku suka something yang if aku buat, aku dapat keuntungan or kepuasan. tapi bukan dengan cara habiskan duit pergi joli sana-sini. itu bukan cara aku. and sebab itu, aku percaya yang melepak itu satu masalah.


nak keluar dengan kawan? eh, boleh. siapa kata tak boleh? tapi bukan selalu. setakat nak pergi tengok wayang, apa ke hal lah sangat. tapi berpada-pada lah. jangan la selalu sangat. aku tak kaya macam anda-anda sekalian yang boleh diajak keluar bila-bila masa saja. memanglah, keluar tengok-tengok saja. tapi aku tak boleh, aku bukan jenis keluar rumah tanpa duit. aku tak boleh hidup tanpa duit. kalau keluar tanpa duit, rasa macam spirit nak keluar hilang serta-merta. even nak keluar jumpa kawan depan rumah pun, aku bawa duit. ehh, manalah tahu kot-kot dia datang minta hutang? tak ke harek namanya itu? haha! (^_____^)

tapi kadang-kadang tak juga coz bagi aku, duduk rumah lagi best dari keluar. entahlah, maybe aku sayang sangat kot dekat rumah aku yang agak cantik dipandang oleh aku sorang ni. betul, my adik beradik yang lain pun suka lepak rumah saja. bagi kami, rumah itu memang betul-betul macam syurga. dekat rumah, ada macam-macam. even tak perfect and cantik macam rumah orang lain, but still, it looks perfectly heaven to me. ok, memang betullah kata orang yang masalah-masalah sosial berlaku sekarang berpunca dari rumah, family. tapikan, kalau kita tak buat masalah, takkan lah masalah itu nak datang tiba-tiba kan? pandai-pandai lah jaga diri. masalah takkan datang kalau kita tak cari masalah itu. itu yang pasti. semuanya berlaku dari diri kita sendiri juga. kan kan? :)

so, conclusionnya disini, aku minta maaf sesangat kat kawan-kawan yang pernah ajak keluar tapi ditolak lamarannya. aku bukan tak nak join, tapi aku fikirkan duit poket yang tak pernah cukup-cukup, rumah yang terlalu hebat daya magnetnya and macam-macam lagi. ada jodoh, kita keluar. aku tak jahat sangat sampai tak nak jumpa and lepak sama korang langsung. okay? ily.

the end.

*tapi lepak macam ini bagus. baik untuk otak but not for eyes. haha ^^

bye! :)

Tuesday, October 6, 2009

-unknown-


aku rindu kengkawan aku!
tetiba rasa rindu nie tebal gilaaa. huh.
aku benci perasaan nie sebenarnya.
fuh, benci?
aku mengaku aku jahat.

kawan, aku rindu korang. korang tak rindu aku ke?!
aku dah tak tahan tanggung rindu nie sorang-sorang.
koranglah antara orang-orang yang buat aku kenal dunia nie.
masa mula-mula nak kenal dunia,
aku menangis, tapi koranglah yang bagi semangat.
masa itu, aku sedar,
aku kena kuat macam korang.

time dengan korang, aku tak pernah rasa sunyi.
serius, aku tak pernah merungut dapat kawan macam korang.
kalau takde korang, hidup aku ini takkan pernah sempurna.
takkan pernah ada perubahan.
aku mesti dengan perangai budak-budak aku tue lagi.

sebab korang jugalah aku kenal dunia luar.
macam-macam hal aku tahu dari korang.
kalau aku tak kenal korang, mesti aku masih tergapai-gapai mencari realiti hidup.

Aku sayang korang KAWAN!
Aku rindu korang KAWAN!
Jangan pernah lupa aku!
aku akan ingat korang sampai mati!

to BTB ; aku rindu waktu kita bersama!

KAWAN, SAHABAT, MEMBER!
iloveyou! imissyou! :(




Saturday, October 3, 2009

Beraya sakan doe! :)

hello!
Sabtu, 3 oktober 2009, aku berasa amat penat coz pergi beraya rumah kengkawan.
seriously, ini first time kot aku masuk kawasan Pantai Dalam tuh.
bangga nih. jangan tak tahu pulak. haha!

Aku raya dalam 4 rumah je,
at first aku pikir macam banyak sangat rumah nak pergi,
tapi tup tup, 4 jelah! kaw lelebih plak! haha.

first aku pergi rumah amoi manis meyh.
nama dia Nolis. rumah dia cantik.
itu aku tak boleh pertikaikan. hahaha.
rumah dia merupakan rumah pertama aku jejak kat Pantai Dalam nie.
bagos! coz rumah dia berjaya menarik perhatian aku untuk lebih mendalami area pantai dalam nie.
tahniah ye cik Nolis! haha.
(pahal ayat aku gelabah gilaa weh? adoii. sumpah tak leyh kawal! haha)
(^.^")

.:: Nina, ampun maaf dipinta coz terpaksa ambil gambar model kecil nie sebagai first picture.
nie dekat rumah Nolis okay. Lupa nak ambil full angle, tak pe, lain kali oke. :) ::.

*credit to Nina's family. haha ;))

Secondly, kami semua bergerak ke rumah Encik Aus.
dia merupakan kawan kami yang agak berumur. waaa!
sorry aus. joke saje tuh. hahaha.
Umur dia baru 18 laa, takde tua mane. heee ;)
tapi before pergi umah dy, ktorg lepak taman dulu.
pergghh, semua dah tunjuk perangai budak2.
ade la sorang tuh, tak leyh kawal gilee da.
dy nak beat model kecil tadi tue kot. haha.
k, lupa nak bagitau, nama model kecil tue Fasha oke? hee. ;))

.:: Siapa dia? entah, tak tahu. orang tengah excited main, mane kisah paparazzi ambil gambar.
hahaha. ;)) ::.


.:: Nie pulak time si anak nak mintak si mak blah dari buaian tue setelah si mak puas bermain sambil diperhatikan oleh si anak sendiri. Pernahkh anda mendengar cerita sebegini? haha.
sian Fasha sorang nie dapat mak macam nie. huaaa! ;)) ::.


.:: Niela gambar befora fasha menangis nak buaian tuh. anda sudah faham kn kenapa
si anak merengek mahukn buaian itu? ahah. but still, my friends memang comel oke. jangan tak tahu tue. hahaha. ::.

then kami gerak gi umh aus. sorry, no picture allowed there. haha.
malu kot nak amek gambar tetiba. bukan rapat mane pun ngan keluarga si Aus nie.

setelah habis, kami dengan semangat yang kental pun bergerak menuju ke
rumah Anem ku sayang sorang nie. bapak wehh, penat kot.
jaoh sangat rumah dia. tapi tuela, semangat raya la katakan.
tade hal lah wa cakap lu! hahaha.

.:: Puteri liln memang macam nie. payung tak pernah lepas.
selamat si photographer yang baik hati nie still nak ambil gambar korang taw! haha. ::.

and akhirnya, sampai jugak rumah Anem.
best doe. mak dia masak nasi goreng and roti jala. jom pelap jom! haha.
semasa sedang syok menjamu selera, dak 4s1 datang. okay, seriously,
rumah dah full. korang boleh blah tak? hahah. kidding oke.
ingt, i baik hati ye. haha.

.:: Antara picture2 yang berjaya diambil kat rumah anem. ramai kan? hmm. time tue dorang nak balik da. laa, dorang dengar ke ape hati aku cakap? huh. sorry. hahaha. jangan risau, tak lame lepas tuh, kitorang blah gak. gi bangsar. yang best, last picture tue aku memang sengaja ambil. cute kan? kaa, kantoi! hahaha. ::.

naik bas dan terbang ke Bangsar. fuhh, penat ouh! gy rumah ika then lepak2 jup.
ingatkan tak jadi pergi rumah aku then my adiq text aku and
tell me to ask my friends datang rumah coz my mum sudah masak untuk dorang.
okay guys, u have too oke. korang lapar kan? hee. ;))
come to my beloved house. :))


.:: Gmbar nie diambil time kat rumah ikaa lagi. saja nak interprem. ika tengah lawa tuh! haha.
fasha, look at the camera laa. not baya! (^^"). ::.


.:: one of the best candid picture aku ambil. Thanks to Aus and Ika kerana sudi jadi model terbaik i ever had! hahaha. :)) ::.


last picture,
*credit to ika's blog for this picture. :))


habis la sudah lawatan kami.
no picture la kat rumah aku coz tak sempat nak ambil.
biasalah, kena layan tetamu la katakan. hee. ;))

sampai ketemu lagi yaa. dada!
(^^,)


*kalau pandai, cuba teka berapa banyak
duit raya kami dapat sepanjang lawatan nie?
hahaha. Lu pikir la sendiri no! :))


Friday, October 2, 2009

good luck PMR!

PMR CANDIDATES.
A VERY GOOD LUCK FOR YOU ALL OKAY! :)

GET A GOOD RESULT AND MAKE UR PARENTS PROUD OF YOU!
SERIOUSLY, THEY'RE COUNTING ON YOU.


FIGHTING, FIGHTING, FIGHTING!

(^^,)

MAY GOD BLESS YOU'LL.
REMEMBER ALLAH ALWAYS. :)