Wednesday, October 28, 2009

Sebab ni Facebook best! :)

Siapa ada facebook angkat kaki sekarang, please? yeahhh. kita sama. I pun ada okay. I pun nak up-to-date jugak. haha. at first memang ingat nak cari kenalan la konon kat sini. tapi ok what? I dapat banyak kawan dari Sri Langka. rasa bangga gilaaaaa nie. haha. but now I dah lupa pasal nak cari-cari kawan dah. now I busy main games yang ada kat sana. seronok bhai. I main 3 game ok. banyaklah tu kan? lebih dari satu. haha. antaranya ialah Pet society, Farmville and Restaurant city. yeahh, enjoyy gilaaa kot main game-game ni.

masa mula-mula tu, selalu nampak asha main. entah pape punya game la kau main ni. tapi lama-lama I lak yang terpengaruh. eh, macam budak-budak gak ouh main pet society nie. tapi syok. I ada pet sendiri, rumah sendiri and macam-macam lah yang I agak I takkan dapat dekat dunia realiti. betul kata orang, game boleh buat kita melayang habis, kan? macam Saidina jugak. konon macam kaya je dapat kumpul harta banyakkk. tapi hakikatnya, itu hanya mainan semata-mata. ;)


kembali kepada cerita asal. I mula-mula main pet society. game ni syok habis. nama pet I Chiko. Yeah, i tak tahu kenapa I ambil nama tu. comel kot. haha. game ni senang je nak main. kita just kena take care pasal pet tu je. bagi makan, hias rumah and kumpul trophy. yeahh, ini yang paling I suka. tapi sekarang baru dapat dalam 8 tropi kot. Tak ingat. nak kumpul bebanyak lagi. nanti ada orang visit rumah I, semua ternganga. waa, sila bayangkan nanti coz sekarang rumah still under construction. nanti siap I bagitahu. hee ;)


ini pula game Restaurant city. I sekarang baru peringkat 8. masih barulah juga. sebab tu rumah ni nampak simple je. hee. masa mula-mula main memang macam anak baru nak belajat tatih. semua benda I tanya Asha. macam mana nak main, nak tekan apa, kalau nak beli macam mana. heishh, banyaklah jugak pertanyaan tu. selamat asha baik nak jawab semua persoalan I. tapi betul, game ni best gilaaa kot. dapat duit, then boleh besarkan lagi, eish, macam-macam la. rasa macam 24jam nak tengok je restoran nie. tapi, apakan daya, saya pelajar lagi. buku tak boleh tinggal. apatah lagi sekarang ni exam.. lagilahh. huh.


last game. Farmville. yeahh, ni pun best gilaaaaa wa cakap lu. game ni kawan dari Sri Lanka yang introduce. masa mula-mula, selalu ignore bila dia hantar message suruh jadi jiran dia kat game ni. tapi sebab kesian, dia pujuk rayu, akhirnya I terima juga. waa, nampak tak? besarkan. sekarang pun macam tu gak. sayang nak guna duitlah. nak simpan je wat pekasam. haha. I ada lembu jugak, tapi tak nampak pulak dalam gambar tu. ada 8 ekor baru. haha. bangga gila main benda ni. nanti nak RAYA HAJI senanglah. dah ada lembu nak sembelih. haha.

itulah yang bestnya dekat facebook ni. takde benda lain dah I buat kalau bukak Facebook. Ni jelaa. main main main. teruk betul. huhu. but its okay. I memang kena layan games. baru otak berfungsi. betul tak? haha. now, siapa nak jadi neighbor I kat salah satu kat games atas ni. Jangan lupa add ok. comfirm diterima. haha ;) till then, bye!



.:: Saja nak menunjuk gambar si Chiko nie. Tak ke comel dia ni? macam TUAN dia. haha ;))
(baju yang tergantung tu I beli sendiri okay. Lawa bukan. haha! ::.

No comments: