Monday, November 23, 2009

Hidup, biasalah.


Seriously otakku dah kosong.
Blog juga diam tanpa bicara.

Tapi, hidup ini mesti diteruskan.
Tanpa sebarang rungutan.


*Akan kembali mengupdate blog setelah
kembalinya saya dari kampung.

I'll stay there about ****.

Stay tune. Love you. :)

Friday, November 20, 2009

Percutian yang dinanti.

Yeah. Inilah masa yang amat aku nantikan. Cuti akhir tahun! Yess. Haha. Actually cuti dah lama dah. Tapi kalau mengikut yang sebetulnya, semua students akan habis sekolah hari ni. So, aku nak sambut dengan semuaaaa student! Hehe. *kepada SPM student, sedar diri sedar ruang. Tq. (^_^")

Disebabkan cuti sudah bermula. Aku dapat bayangkan semua 'hotspot' dah dipenuhi ramai orang. Macam Ts, mid, Pavi, Bb and so on. Aku tahu sangatlah minat anak muda sekarang. Ni jelah tempat lepak dorang. Aku pula untuk setakat ni belum keluar pi mana-mana lagi. Sekarang tengah tunggu lamaran yang paling-paling best untuk diterima. Hahah. Kenapa ye selama ni tak pernah ada orang ajak aku pi Pulang Tioman ke, Pulau Langkawi ke, Pulau Semedang ke, Pulau Pinang ke? Lagi best kan. Ni tidak, asyik-asyik Ts! ts! ts! Boring ohh. Haha. *Kekadang demand apa salahnya. hee T_T

Anyway, selama duduk kat rumah ni. Aku nak belajar masaklah. Nak suruh Kak Ngah ajar. Haha. Geli aku panggil dia gitu. Hmm. Agak-agaknya lauk apa eh aku patut belajar dulu? Kalau ikutkan hati, aku nak masak ayam kicap. My fav tuh. Amat enak tahu. haha. Nanti nak suruh yaya ajarlah. Tapi guna berapa ketul ayam jeh. Kang tak pasal-pasal tak jadi, membazir jeh buang. Kan kan? hehe. (^^") Exceptlah ada orang sanggup makan lauk tu even tak sedap pun. Ahh, sangat romantik tahu. Selalu ulang scene ni banyak kali kalau ada dalam mana-mana korean drama. Haha.

Selain tu, sekarang ni aku makin ligat main facebook games. Sangat best sampai tak nak berhenti langsung. Haha. Nak bagi sikit update pasal my games. First, farm sekarang makin besar. Level untuk pet makin up and untuk restaurant, yeah makin bagus. Sekarang ni rajin nak tanam pokok sebelah restoran. Haha. Sanggup gila sampai duit habis pun takpe.

Sekarang ni mama, yaya and ayu sudah keluar. Pi beli barang dapur. Tinggallah aku and asha je kat rumah. Papa pergi kerja and ena merayap. Bagus mereka ni. Penuh dengan aktiviti. Aku? Duduk rumah main komputer. Macam orang gila. Tak pandang kiri kanan langsung. Ini semua disebabkan Shining Inheritance and Facebook yang sangat hebat. Everytime aku pikir nak on ni je. Takde haluan lain. And sekarang juga, aku pikir nak sambung shining inheritance.



Jumpa lagi, di hari and waktu yang lain.

Wednesday, November 18, 2009

Salah siapa?

Semua orang ada buat salah. Tak pun masalah. Tapi tu memang hakikat yang kita kena terima sebagai manusia didunia ni. Bila ada masalah, semua orang hilang pedoman. Hilang kepercayaan diri and macam-macam yang melibatkan hati and diri sendiri. Sepatutnya itu semua tak patut berlaku.

Jadi semua ni salah siapa?

Masalah datang and pergi. Tapi yang paling pahit, bila kita have to hadap masalah tu lama-lama. Takde penyelesaian. Masalah yang susah dirungkai. Tiada konklusi, tiada penghabisan. Masalah hati. Orang selalu cakap, jaga hati kawan! jaga hati kawan! so, what about our heart? Semua persoalan ni tak siapa boleh rungkai except diri sendiri. Maybe bagi sesetengah pihak, jaga hati kawan ni amalan mulia. Kita sayang kawan, kawan sayang kita. Yes, I admit benda tu. Tapi kadang-kadang, something can be worse just because of that. Take care of others heart will hurt our heart. Itu yang I rasa sekarang.

Bukan nak salahkan sesiapa. Just wondering, am I too tough to hold of this kind of problem myself? I admit, I tak kuat. I tak suka buat masalah and di timpa masalah.

I selalu tertanya-tanya dengan diri sendiri. kenapa perlu ada manusia yang baik kalau semua orang akan berubah menjadi jahat juga akhirnya! penat melayan, penat menahan. Terlalu sakit jika dilukai. Kalau sayang sepenuh hati, tapi kesudahannya akan begini, better I give up awal-awal.

Tak guna simpan and pendam perasaan tu lama-lama kalau kawan tu tak terasa sikit pun dengan apa yang dah dibuat dekat kita.
Tak guna benci kawan tu kalau dia betul-betul manusia coz dia mungkin FAHAM perasaan kita.
Tak guna ADA KAWAN KALAU PERANGAI MACAM TU!

That's it! Jadi semua ni salah siapa? I or kawan tu? Maybe salah I coz terlalu emosional sampai tak boleh handle semua masalah ni or salah kawan I tu coz terlalu fikirkan diri sendiri? Biarlah.

Sunday, November 15, 2009

Boys Over Flower vs Shining Inheritance.

VS


Siapa yang tak minat korean drama memang rugi. Bukan nak puji ke apa, tapi ni betol-betol hakikat. Cerita dorang memang menarik habis. Dari segi pelakon dia, watak and perwatakan dia (yeah, kompem A1 Bm nanti.) semua best. Pelakon handsome, cantik, gentle, kelakar. Betol-betol boleh buat aku tak tidur malam.

Sekarang, aku tengah syok ushar cerita Shining inheritance. Yeah, what can I say beb? It's so interesting drama to watch. Aku tak sangka gila Lee Seung Gi boleh berlakon sehebat tu. Haha. Speechless kot. Dahla suara sedap, berlakon pun pandai. I dah mula adore dia. hahah. gedik kaw eira! menyampah aku.

And to BOF. Huh, finally. Aku berjaya jugak habiskan cerita nih. T_T JunPyo, saranghae. Aku sayang watak junpyo dalam ni. Perangai dia masa mula-mula memang annoying gila. But, boleh terhakis dengan watak gentleman dia tu. Cair mak nyah! haha. To Jihoo, setelah ku tahu kaw dari SS501, macam mana lagi nak tolak kaw? Can u give me any idea for that? hmm. Memang kena admit gila dia paling handsome dalam F4 after Junpyo. haha

Woobin, haha. Minat dia la pulak weh. Sian dia takde pasangan dalam tu. I can be yours la Woobin. Watak dia memang warm je. Baik, sayang kawan. Huh, I sayang dia jugak. Even dia tua dari yang lain, dia tetap macho plus handsome. Hha. Lastly, si cutie Yijung a.k.a kimbum. Wawa, kenapalah muka kaw cute sangat? sangat jambu tahu! Wat minah-minah gedik kat luar geram jeh. haha. Macam kaw lah ENA! haha.

Watak perempuan, Gaeul and GuemJandi. Amat comel mereka berdua. Cantik and cute. Sesuai gila dengan watak diorang dalam ni. Especially Gaeul. Sesuai sangat dipadankan dengan Kimbum. Buat wa JELES saja tahu. (^_^")


Shining Inheritance? Nanti I cerita.
Belum habis lagi. Tak boleh komen banyak-banyak lagi. hee ;)

Friday, November 13, 2009

Jamuan kelas.

Kelas 4 setia 2 tadi ada Jamuan kelas. Quite best coz macam-macam makanan ada. Ustazah Aisyah paling banyak menyumbang makanan. Haha. Tiap-tiap kali cikgu tanya makanan ni siapa bawak? Kami akan menyahut "Ustazah!" T_T Sungguh menggelikan hati.

And aku bawak sandwich telur. Yeah, mak aku yang buat. Nak bangga buat apa. Pagi-pagi buta bangun nak masak telur tu. Mak aku bagitau masuk apa and apa and aku buat mengikut arahannya. Senang jugak eh nak buat telur ni. Ingatkan susahlah sangat. Selamatlah mak aku bagi peluang aku buat semua ini, kalau tak jangan harap aku nak tahu semua benda ni.

Kenapa aku bawak sandwich telur?

Sebab bagi aku, antara banyak-banyak makanan simple mak aku buat, ni yang lazat enak harmoni and so on. Bukan nak puji lebih-lebih, tapi inilah hakikat. Aku suka benar. Serius tak tipu.

And tadi Ustazah jemput RAMAI CIKGU. Aku amat-amat berbangga melihat semua cikgu masuk ke kelas untuk menjamu selera. Even kena tahan perut tengok makanan, demi cikgu saya sanggup. Cikgu makan puas-puas dulu ok. Lepas ni baru kami pelahap sampai kenyang perut. Nak pecah perut pun boleh.

And disebabkan ramai sangat cikgu memenuhi kelas kami yang cute-mute tu, kami adik-beradik pergilah berhijrah ke kelas sebelah. Amat mengharukan melihat adik-beradik yang lain tinggal di tempat asing dari rumah. Kami berkampung di situ. Tikar dihamparkan, dan kami duduk seayu-ayunya seperti wanita melayu terakhir sedang menjamu makanan. Yeke? Percayalah.

Hampir semua cikgu dah datang ke kelas kami menjamu selera. Sorang-sorang mengucapkan tq coz jemput dorang makan. Yeye cikgu. Kalau rasa lapar balik, datanglah lagi. Makanan banyak lagi tu. T__T Huh, baik sungguh hati kami.

Lupa nak listkan makanan yang ada. Macam-macam. Ada nasi minyak and ayam merah, mee goreng, makaroni, kuey teow and so on. Makanan ringan pun ada. Penuhlah jugak meja dengan makanan.

Hampir pukul 12, semua cikgu dah habis menjamu selera. Kami masuk kelas. Huh, lega. Kelas dah aman. Tapi, tetiba sesi mengbungkus berlaku. Pergh, semangat dorang bungkus makanan nak bawak balik rumah. Aku pun tengok jela. Tak minat nak join. Rasa kenyang sangat tengok kawan-kawan macam tu. Alhamdulillah. *Aku memang macam ni. Sangat sayang akan kawan. (^_-)

Kami stay kelas untuk sesi terakhir. Sesi memotong kek. Tunggu ustazah. Lama. Ustazah ada hal masa tu kat dewan. Ada bengkel solat. So, dia busy sikit. Oklah fine, kami tunggu. Tunggu dengan penuh sabar. Budak laki main rubix untuk menghilangkan bosan. Aku? Tengok je. Bosan. Bila boleh blah pun tak tahu. Then aku and fanaa pegi buang sampah. Sumpah busuk. Huh, sampah-sampah. Kenapalah kaw perlu ada? Hmm. T__T

Then, kami tunggu and tunggu. And akhirnya..

Kami pun memutuskan untuk potong je kek tu. Laki nak balik cepat. Nak pergi solat Jumaat. Kesian pulak tengok dorang tak dapat makan kek. So, ktorang pun potong jela kek tu. Kek blueberry kot. Entah. Aku makan je. Tapi blueberry dia tak best. Aku buang. Krim je sedap
^_^"

Aku pun balik.

Conclusionnya disini, hari ni memang best. Tapi aku diam je hari ni. Don't know why tapi mungkin coz ramai orang so aku cam tak tentu arah sikit. Agak pening kepala. Balik je rumah, terus rasa pening-pening. Tapi still minta computer kat adik nak online jap. Sanggup sungguh.


*First time dalam hidup, bawa makanan untuk jamuan, habis.
Yeahh! :)
*Takde gambar coz camera ada minah senget kebas. So, sila bayangkan setiap keadaan menggunakan imaginasi anda. Terima Kasih.

Tuesday, November 10, 2009

Exam tamat!

Yeah. Tamat sudah exam. Happy happy.
Syukur gila coz exam sudah tamat. Sesi perah otak sudah tamat.
Akan disambung pada tahun hadapan untuk SPM.
Dengar tak semua? SPM. Huh. GILA!
Takut pulak aku sebut benda ni. T__T
Anyway, aku harap tahun depan aku akan lebih maju lagi dari sekarang. Insyaallah. Aku harap, segala yang belajar time form four ni aku ingat sampai form5 nanti.
Insyaallah, no doubt for that.


.:: Actually ni gambar lama. Gua nak poyo jugak. T__T ::.

Monday, November 9, 2009

Ahli perniagaan yang disegani.


Itu merupakan salah satu cita-cita aku sekarang. Serius. Aku dah fikir masak-masak. Aku nak buka company sendiri. Tapi perniagaan apa, belum difikirkan lagi. Biasalah, SPM pun tak pas lagi. Tapi now cuba nak kaji segala selok-belok perniagaan. Nak tanya abang kakak course apa yang patut aku ambil if nak jadi businesswoman yang berjaya. Tapi still terfikir-fikir, apa yang aku ambil sekarang time form four ni ada kena mengena tak dengan bisnes. Aduh, rasa rugi pula tak fikir awal-awal. Sedih.

Tapi nak buat bisnes bukan senang. Macam-macam nak kena fikir. (Aku ni macam yo-yo-oo je kan? Emm, takpe. Teruskan.) Paling penting sekali of course MODAL (duit). Mana nak cekau duit nak buka bisnes pun tak tahu. Nak kata kaya tu, bolehlah juga. Dalam MIMPI. Tu yang payah tu. Even aku ni boleh digelar sebagai budak tabung yang berdedikasi, macamlah cukup sangat. Nak beli MP3 pun minta duit orang lagi. Inikan pula nak buka bisnes. Memang poyo. Setakat seratus lebih, baik pergi tidur then mimpi buat bisnes air liur. Lagi bagus.

Then yang kedua pula, ILMU yang cukup dalam tentang bisnes.

Bila nak buka bisnes ni, macam-macam hal boleh jadi. So, kalau ILMU penuh, senanglah nak handle masalah yang berlaku. Bayangkan masa nak buka bisnes baru nak belajar itu ini, serupa tak payah buka. Menyusahkan orang je. Kalau bisnes tu senang nak handle, insyaallah segalanya akan berjalan dengan lancar. Bisnes pun boleh maju dengan cepat.

Yang ketiga, JUJUR.

Ini merupakan sifat mulia yang SEPATUTNYA ada pada tiap-tiap ahli perniagaan. Bila kita jujur, semua orang akan percayakan kita. Ini sememangnya akan meningkatkan saham bisnes kita dengan mudah. Allah pun sayang akan orang yang jujur. Sememangnya sifat jujur harus ada pada tiap-tiap manusia di muka bumi ni. Tak kiralah pekerjaan apa pun, kalau kita jujur, orang akan percaya akan kita and terus percaya sampai bila-bila. Insyaallah. Bak kata filem Ahmad Albab "Abang orang jujur, sebab tu perniagaan kita untung". Yaiyalah dong.

Last but not least, TRY TRY and TRY.

Siapa nak berjaya mestilah kena ada semangat yang amat-amat tinggi. Tak cepat putus asa and always try and try. Tak kisahlah orang nak kata apa pun, selagi kita tak try, kita takkan tahu apa akan jadi. Mana tahu benda yang kita tak TRY nak buat ni SEBENARNYA menguntungkan. Tak ke rugi tu. Silap besar. Kira-kira boleh meraung terjun KLCC dah. Oh tidak! Ini tidak baik. Kalau kita terlepas apa-apa peluang, kita kena ingat juga, peluang ada dimana-mana, so kita just kena aware bila and di mana. 0k! :)


Kalaulah semua IMPIAN boleh dicapai..

Saturday, November 7, 2009

Mimpi yang diimpi.

Macam biasa, hidup gua memang boring. Minggu ni busy dengan exam saja. Nak buat benda lain tak boleh coz kena focus kat exam saja. Anyway, gua dah listkan aktiviti-aktiviti yang gua nak buat lepas exam ni. Hopefully, semuanya tercapai. *Harapan yang tinggi menjunam bukan? InsyaAllah pas. Yeahh T_____T

  1. Nak tonton movies dengan member-member tercinta. RA, hangout jom? Rindu-rindu. :)
  2. Nak beli MP3. Duit macam tak cukup, lagi bape puluh ringgit je. Yaya, prepare duit.
  3. Nak keluar tiap-tiap hari dengan family. Window shopping saja pun boleh.
  4. Nak tengok cerita Boys Over Flower sampai habis. Before this tengok sampai episod 19 je. Nak ulang balik dari ep.1 sampai habis nanti. Yeahh! :)
  5. Tak nak datang sekolah sudah lepas habis exam kecuali time hantar buku teks and Jamuan kelas. Haha ^^
  6. Nak buat something yang boleh mengejutkan semua orang. *Ini I saja yang tahu ok. wink wink.
  7. Nak tengok tv sampai lebam bijik mata.
  8. Nak belajar akaun lah. Sedih tengok paper hari tu. *Semangat wajar.
  9. Nak fikir masa depan mulai sekarang. Nak focus subject yang ada kena mengena dengan impian gua.
  10. Nak belajar hal-hal perempuan dengan lebih mendalam. *Selama ni I budak perempuan lagi. Hehe. :)

Itu saja. Nak lebih-lebih takut tak jadi pula. Kita ni kan merancang saja, Allah yang menentukan. So, diharapkan semoga Allah meredhai segala-galanya. Insyaallah. Kepada kawan-kawan tersayang, jangan nakal-nakal ok. SPM dah dekat. Belajar rerajin mulai sekarang. Dengar tak? SEKARANG. Thank you. :)

Thursday, November 5, 2009

Let's Break Up by Lee Seungi Gi. :)



Nuga naege geureodeora
Urin jal eoullindago
Urin jal mannan georago geuraettji
Nuga naege geureodeora
Urin yeongweonhalgeorago
Geurae geuddaeneun geurattji
Lie lie lie lie lie
Da geojitmal
Lie lie lie lie lie
Moduda
Lie lie lie lie lie
Ijen
Uri heyeojija geuman mannaja
Gakkeum seulpeojyeodo chueoge utja
Majimak neol wihae I malbakke
Hal su eobgie
Moreuncheok anincheokhamyeo
Uri ijen geureohge salja
Nuga naege geureodeora chueogeun areumdabdago
Geurae geuddaeneun geuraettji
Lie lie lie lie lie
Da geojitmal
Lie lie lie lie lie
Moduda
Lie lie lie lie lie
Ijen
Uri heyeojija geuman mannaja
Gakkeum seulpeojyeodo chueoge utja
Majimak neol wihae
I malbakke hal su eobgie
Moreuncheok anincheokhamyeo
Uri ijen geureohge salja
Jeongmal haengbokhaettdeon shigan
Manyang utgimanhan sun gan modu neoyege julkke
Lie lie lie lie lie
Nunmureun naega
Lie lie lie lie lie
Gajyeogalge
Ddeonaneun nega useul su ittge
Neomaneul wihaeseo sara wattgie
Geu nuguboda deo neoreul algie
Ijen bonaeyahae nareul ddeona haengbokhaeyahae
Nawaui sarang gatheun geon modu itgo
Geureohge salja
Geureohge salja


*Seung gi oppa,
I don't want to break up with You no matter what cause now,
I LOVE YOU LIKE CRAZY!
(^___^")



*Thinking of my MR.CHARMING. Changmin-ah! :)

Tuesday, November 3, 2009

Paper exam.

Minggu ni memang minggu exam saja. Lagi 4hari, exam tamat. tak sabar nak tunggu waktu tu. betul-betul TAK SABAR. hidup aku terseksa sepanjang exam ni. makan tak kenyang, tidur tak lena, tapi mandi basahlah coz tu memang hobi den. haha ;) Anyway, tu semua bukan alasan untuk aku main-main dalam exam kali ni. FINAL tu! gila nak main-main. buat malu je kalau fail. lainlah ujian bulanan, kau tak jawab langsung pun takde orang peduli. lantak kau lah. haha.

And aku nak score dalam 6A's. boleh ke tidak? boleh ke tidak? boleh ke tidak? *gaya datin wannabe please. tapi apa yang 6 tu pun aku tak tahu. kalau subjek biasa tu bolehlah. nak score subjek tambahan? harapan babe. tak pernah-pernah aku score. kalau lah YA, kenduri keSYUKURan terus aku buat. bukan senang tu. haha.

tapi semangat harus diteruskan. esok KIMIA babe. insyaAllah aku boleh jawab. kalau tak boleh jugak, kita redha jelah sama-sama. haha. taaaa! :)