Monday, November 9, 2009

Ahli perniagaan yang disegani.


Itu merupakan salah satu cita-cita aku sekarang. Serius. Aku dah fikir masak-masak. Aku nak buka company sendiri. Tapi perniagaan apa, belum difikirkan lagi. Biasalah, SPM pun tak pas lagi. Tapi now cuba nak kaji segala selok-belok perniagaan. Nak tanya abang kakak course apa yang patut aku ambil if nak jadi businesswoman yang berjaya. Tapi still terfikir-fikir, apa yang aku ambil sekarang time form four ni ada kena mengena tak dengan bisnes. Aduh, rasa rugi pula tak fikir awal-awal. Sedih.

Tapi nak buat bisnes bukan senang. Macam-macam nak kena fikir. (Aku ni macam yo-yo-oo je kan? Emm, takpe. Teruskan.) Paling penting sekali of course MODAL (duit). Mana nak cekau duit nak buka bisnes pun tak tahu. Nak kata kaya tu, bolehlah juga. Dalam MIMPI. Tu yang payah tu. Even aku ni boleh digelar sebagai budak tabung yang berdedikasi, macamlah cukup sangat. Nak beli MP3 pun minta duit orang lagi. Inikan pula nak buka bisnes. Memang poyo. Setakat seratus lebih, baik pergi tidur then mimpi buat bisnes air liur. Lagi bagus.

Then yang kedua pula, ILMU yang cukup dalam tentang bisnes.

Bila nak buka bisnes ni, macam-macam hal boleh jadi. So, kalau ILMU penuh, senanglah nak handle masalah yang berlaku. Bayangkan masa nak buka bisnes baru nak belajar itu ini, serupa tak payah buka. Menyusahkan orang je. Kalau bisnes tu senang nak handle, insyaallah segalanya akan berjalan dengan lancar. Bisnes pun boleh maju dengan cepat.

Yang ketiga, JUJUR.

Ini merupakan sifat mulia yang SEPATUTNYA ada pada tiap-tiap ahli perniagaan. Bila kita jujur, semua orang akan percayakan kita. Ini sememangnya akan meningkatkan saham bisnes kita dengan mudah. Allah pun sayang akan orang yang jujur. Sememangnya sifat jujur harus ada pada tiap-tiap manusia di muka bumi ni. Tak kiralah pekerjaan apa pun, kalau kita jujur, orang akan percaya akan kita and terus percaya sampai bila-bila. Insyaallah. Bak kata filem Ahmad Albab "Abang orang jujur, sebab tu perniagaan kita untung". Yaiyalah dong.

Last but not least, TRY TRY and TRY.

Siapa nak berjaya mestilah kena ada semangat yang amat-amat tinggi. Tak cepat putus asa and always try and try. Tak kisahlah orang nak kata apa pun, selagi kita tak try, kita takkan tahu apa akan jadi. Mana tahu benda yang kita tak TRY nak buat ni SEBENARNYA menguntungkan. Tak ke rugi tu. Silap besar. Kira-kira boleh meraung terjun KLCC dah. Oh tidak! Ini tidak baik. Kalau kita terlepas apa-apa peluang, kita kena ingat juga, peluang ada dimana-mana, so kita just kena aware bila and di mana. 0k! :)


Kalaulah semua IMPIAN boleh dicapai..

No comments: