Friday, November 13, 2009

Jamuan kelas.

Kelas 4 setia 2 tadi ada Jamuan kelas. Quite best coz macam-macam makanan ada. Ustazah Aisyah paling banyak menyumbang makanan. Haha. Tiap-tiap kali cikgu tanya makanan ni siapa bawak? Kami akan menyahut "Ustazah!" T_T Sungguh menggelikan hati.

And aku bawak sandwich telur. Yeah, mak aku yang buat. Nak bangga buat apa. Pagi-pagi buta bangun nak masak telur tu. Mak aku bagitau masuk apa and apa and aku buat mengikut arahannya. Senang jugak eh nak buat telur ni. Ingatkan susahlah sangat. Selamatlah mak aku bagi peluang aku buat semua ini, kalau tak jangan harap aku nak tahu semua benda ni.

Kenapa aku bawak sandwich telur?

Sebab bagi aku, antara banyak-banyak makanan simple mak aku buat, ni yang lazat enak harmoni and so on. Bukan nak puji lebih-lebih, tapi inilah hakikat. Aku suka benar. Serius tak tipu.

And tadi Ustazah jemput RAMAI CIKGU. Aku amat-amat berbangga melihat semua cikgu masuk ke kelas untuk menjamu selera. Even kena tahan perut tengok makanan, demi cikgu saya sanggup. Cikgu makan puas-puas dulu ok. Lepas ni baru kami pelahap sampai kenyang perut. Nak pecah perut pun boleh.

And disebabkan ramai sangat cikgu memenuhi kelas kami yang cute-mute tu, kami adik-beradik pergilah berhijrah ke kelas sebelah. Amat mengharukan melihat adik-beradik yang lain tinggal di tempat asing dari rumah. Kami berkampung di situ. Tikar dihamparkan, dan kami duduk seayu-ayunya seperti wanita melayu terakhir sedang menjamu makanan. Yeke? Percayalah.

Hampir semua cikgu dah datang ke kelas kami menjamu selera. Sorang-sorang mengucapkan tq coz jemput dorang makan. Yeye cikgu. Kalau rasa lapar balik, datanglah lagi. Makanan banyak lagi tu. T__T Huh, baik sungguh hati kami.

Lupa nak listkan makanan yang ada. Macam-macam. Ada nasi minyak and ayam merah, mee goreng, makaroni, kuey teow and so on. Makanan ringan pun ada. Penuhlah jugak meja dengan makanan.

Hampir pukul 12, semua cikgu dah habis menjamu selera. Kami masuk kelas. Huh, lega. Kelas dah aman. Tapi, tetiba sesi mengbungkus berlaku. Pergh, semangat dorang bungkus makanan nak bawak balik rumah. Aku pun tengok jela. Tak minat nak join. Rasa kenyang sangat tengok kawan-kawan macam tu. Alhamdulillah. *Aku memang macam ni. Sangat sayang akan kawan. (^_-)

Kami stay kelas untuk sesi terakhir. Sesi memotong kek. Tunggu ustazah. Lama. Ustazah ada hal masa tu kat dewan. Ada bengkel solat. So, dia busy sikit. Oklah fine, kami tunggu. Tunggu dengan penuh sabar. Budak laki main rubix untuk menghilangkan bosan. Aku? Tengok je. Bosan. Bila boleh blah pun tak tahu. Then aku and fanaa pegi buang sampah. Sumpah busuk. Huh, sampah-sampah. Kenapalah kaw perlu ada? Hmm. T__T

Then, kami tunggu and tunggu. And akhirnya..

Kami pun memutuskan untuk potong je kek tu. Laki nak balik cepat. Nak pergi solat Jumaat. Kesian pulak tengok dorang tak dapat makan kek. So, ktorang pun potong jela kek tu. Kek blueberry kot. Entah. Aku makan je. Tapi blueberry dia tak best. Aku buang. Krim je sedap
^_^"

Aku pun balik.

Conclusionnya disini, hari ni memang best. Tapi aku diam je hari ni. Don't know why tapi mungkin coz ramai orang so aku cam tak tentu arah sikit. Agak pening kepala. Balik je rumah, terus rasa pening-pening. Tapi still minta computer kat adik nak online jap. Sanggup sungguh.


*First time dalam hidup, bawa makanan untuk jamuan, habis.
Yeahh! :)
*Takde gambar coz camera ada minah senget kebas. So, sila bayangkan setiap keadaan menggunakan imaginasi anda. Terima Kasih.

No comments: