Friday, November 20, 2009

Percutian yang dinanti.

Yeah. Inilah masa yang amat aku nantikan. Cuti akhir tahun! Yess. Haha. Actually cuti dah lama dah. Tapi kalau mengikut yang sebetulnya, semua students akan habis sekolah hari ni. So, aku nak sambut dengan semuaaaa student! Hehe. *kepada SPM student, sedar diri sedar ruang. Tq. (^_^")

Disebabkan cuti sudah bermula. Aku dapat bayangkan semua 'hotspot' dah dipenuhi ramai orang. Macam Ts, mid, Pavi, Bb and so on. Aku tahu sangatlah minat anak muda sekarang. Ni jelah tempat lepak dorang. Aku pula untuk setakat ni belum keluar pi mana-mana lagi. Sekarang tengah tunggu lamaran yang paling-paling best untuk diterima. Hahah. Kenapa ye selama ni tak pernah ada orang ajak aku pi Pulang Tioman ke, Pulau Langkawi ke, Pulau Semedang ke, Pulau Pinang ke? Lagi best kan. Ni tidak, asyik-asyik Ts! ts! ts! Boring ohh. Haha. *Kekadang demand apa salahnya. hee T_T

Anyway, selama duduk kat rumah ni. Aku nak belajar masaklah. Nak suruh Kak Ngah ajar. Haha. Geli aku panggil dia gitu. Hmm. Agak-agaknya lauk apa eh aku patut belajar dulu? Kalau ikutkan hati, aku nak masak ayam kicap. My fav tuh. Amat enak tahu. haha. Nanti nak suruh yaya ajarlah. Tapi guna berapa ketul ayam jeh. Kang tak pasal-pasal tak jadi, membazir jeh buang. Kan kan? hehe. (^^") Exceptlah ada orang sanggup makan lauk tu even tak sedap pun. Ahh, sangat romantik tahu. Selalu ulang scene ni banyak kali kalau ada dalam mana-mana korean drama. Haha.

Selain tu, sekarang ni aku makin ligat main facebook games. Sangat best sampai tak nak berhenti langsung. Haha. Nak bagi sikit update pasal my games. First, farm sekarang makin besar. Level untuk pet makin up and untuk restaurant, yeah makin bagus. Sekarang ni rajin nak tanam pokok sebelah restoran. Haha. Sanggup gila sampai duit habis pun takpe.

Sekarang ni mama, yaya and ayu sudah keluar. Pi beli barang dapur. Tinggallah aku and asha je kat rumah. Papa pergi kerja and ena merayap. Bagus mereka ni. Penuh dengan aktiviti. Aku? Duduk rumah main komputer. Macam orang gila. Tak pandang kiri kanan langsung. Ini semua disebabkan Shining Inheritance and Facebook yang sangat hebat. Everytime aku pikir nak on ni je. Takde haluan lain. And sekarang juga, aku pikir nak sambung shining inheritance.



Jumpa lagi, di hari and waktu yang lain.

No comments: