Friday, December 18, 2009

Malaysia Juara Bola Sepak Sukan SEA '09

Assalamualaikum w.b.t tu kepada semua rakyat Malaysia. Aku hari ni dengan bangganya ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada TEAM BOLA SEPAK MALAYSIA UNDER 23 kerana telah berjaya memenangi pingat EMAS di SUKAN SEA 2009 setelah berjaya mengalahkan Vietnam dengan last score 1-0!

Wow, u may think that Im kidding but seriously.. Malaysia won this games!

Anyway, thanks diucapkan kepada TM (merintis kemungkinan.. aish! HAHA) coz sudi menyiarkan games ni. Huh, kalau tak kempunanlah aku nak tengok games ni. Hmm, bukan aku je whole malaysian lah babe. Semua semangat gila nak tengok. Memandangkan games ni kat Laos, tak dapatlah rakyat Malaysia nak penuhkan Stadium. Contoh best, time Kelantan lawan N.Sembilan, full gila bukan?

Untuk separuh masa pertama, memang Vietnam banyak kawal bola. Aku ni memang otak positif sikit (ceh!) so aku rasa pemain Malaysia nak relax-relax dulu. Tapi still buat apa yang patut dibuat. Jaga bola, tendang bola, tengok bola? Eh mana ada. Dorang hebat. HAHA. Separuh masa tamat dengan score 0-0. Ok.

Separuh masa kedua, barulah Malaysia buktikan kemampuan mereka sebenar. Pemain Malaysia cuba menombosi gawang Vietnam, tapi masih tak mampu coz terlalu banyak halangan. Same goes to Vietnamlah kan. Ingat senang ke nak tembos gawang Malaysia? Haiyaa! Fikir dulu maa. HAHA. Thanks to Mohd Sharbini as a goolkeeper btw. :)

Then, berakhirlah segala-galanya, Malaysia berjaya menjaring satu gol hasil daripada tendangan Safiq and shahrul and kaki pemain Vietnam (tak kenal). 1-0, cukuplah tu. Tapi aku demand lebih tadi sebenarnya. HAHA. Thanks Vietnam for the little help.

*Sedikit kata-kata dari peminat yang menonton (akulah),

TAHNIAH ATAS KEMENANGAN PINGAT EMAS SUKAN SEA 2009,
ACARA BOLA SEPAK.
KEMARAU 20TAHUN MENUNGGU AKHIRNYA TERHENTI DISINI.
ALHAMDULILLAH.
THANKS AGAIN,
MALAYSIA TEAM UNDER 23.
TO K. RAJAGOBAL,
THANKS FOR THE WONDERFUL TEAM.


*Boleh mimpi indah malam ni.. :) MALAYSIA BOLEH!

2 comments:

Alloane Sharks said...

yeah!
rajagopal is the best coach!
better than sathianathan.
x ovrconfident,brjga2,he could bring malaysia to wc 2018...
~_^

layla said...

yeah, hope so! :)