Wednesday, December 9, 2009

Reunion Raja Ali, Time square - 081209

Time square, 10.30pagi. Bergerak dari rumah dengan keadaan yang amat membimbangkan. Ini semua gara-gara kena jalan sorang-sorang dari rumah ke KL SENTRAL. Ish, gedik gila kan? Biasalah. :P

Sampai je KL SENTRAL terus mesej Anis bilang yang gue udah sampai. Bila turn dia nak sampai pulak? Tunggu jelah. Tunggu dengan penuh kesabaran. Ish, tak sabar sebenarnya. Kawan-kawan kat TS macam memanggil-manggil jeh. HAHA. Akhirnya, Anis sampai juga. Before gerak, kita orang jalan-jalan dulu satu KL SENTRAL tengok barang. Actually tunggu Ain. Tapi sampai ke TS, baru nampak muka dia. HAHA. Sorry Ain.

Then baru gerak pi Monorel. Turun Imbi. Ish, aku dah cuak gila oh masa ni. Bukan apa, aku macam malu gila nak jumpa kawan-kawan lama. Malu oh! Betul-betul malu. Aku tak habis-habis cakap kat Anis, takutlah nak jumpa dorang. Hmm. Kenapalah pulak ek? Pelik-pelik je aku nih. HAHA.

Pergi Foodcourt cari diorang. Jumpa je, terus.. waaa!! Rasa macam nak nangis je tengok muka dorang. Rindu gila siot. Sumpah tak tipu. Dah dekat setahun tak jumpa. Ramai dah berubah. Makin cantik, makin tinggi, makin lawak n makin.. pandai? YA. Kawan-kawan gua memang semua pandai. HAHA. Sesi bersalam bermula. Ok, seriously happy gila jumpa diorang balik. Rasa macam tengah salam jemaah pulak. HAHA.

Paling best dapat jumpa Ain! Hehe. Excited tu lebih sikit kat dia. Lama bhai tak jumpa dia. Hampir 2tahun setengah kot. Hmmm. Yeah. Akhirnya kini pasti betul!

Gelak.

Perkara biasa bila jumpa. Betul kawan? Hehe. Aku rasa macam takdak suara dah gelak ngan diorang ni. Ish! Tak habis-habis buat lawak. Tak patut betul. HAHA.

Makan time.

Perkara biasa juga. First aktiviti kami setibanya di TS ni. Semua cari makanan masing-masing. Aku beli Nasi Pattaya je. Tak tahu nak pilih apa. Last-last, pattaya juga jadi pilihan. Duduk semeja dengan Eifa, Ain and Ateh. Bisa buat aku gila. Ateh dengan latah, Ain dengan angan dia. Betul-betul buat aku tak tahan. Kenapalah aku ada kawan macam ni? HAHA. Jahat-jahat! Aku sayang dorang doe. Dunia akhirat. Eifa pula, sahabat sejati gua time form 3. Time form 2 rapat akhir tahun je. Hhe.

Lepas dah makan, kitorang gerak bowling. Sangat best. Aku rasa tempat ni akan jadi tempat paling dikenang oleh aku. Macam-macam hal jadi. Btw, lupa nak bagitahu, aku main BOWLING okay! Tapi dua kali jeh. Yang lain, orang lain yang mainkan. Terima kasih kepada sesiapa yang berkenaan. HAHA. Semangat bagitahu, tapi 2kali je main? Piraahhh. Sangat bosan.

Then sesi mengambil gambar pun bermula. Huh, penat doe aku. Sekejap sana, sekejap sini. Tapi selamat aku suka! HAHA. Gambar kawan rapatlah, sama dormlah, sama meja prep time form3, BTB, ish, macam-macamlah kategori dia. Aku pun dah tak ingat. Semua buat posing masing-masing. Bagus, kawan-kawan aku ada bakat tok jadi model Cap Ayam suatu hari nanti. HAHA. Hoih, Cap Ayam best doe!! HAHAHAHA :P

Dah habis semuanya, kitorang pun round-roundlah satu TS tu. Penat sudah! Aku nak balik, then mintalah kebenaran dekat syifa', anis n eifa. Dorangkan makcik aku. Kenalah buat macam tu. HAHA. Then balik dengan Dayah. Sampai rumah terus terlentang atas katil jap before mandi and tidur. Sekian sejarah hidupku untuk hari ini. :)

zzzzzz..

*Saat paling INDAH, MANIS dalam hidup aku. Huh, terlalu hebat untuk diperkatakan. Setelah hampir setahun kami berpisah, akhirnya bertemu kembali. Ini sememangnya HEBAT bagi aku. Pertemuan semula yang membawa terlalu banyak memori bersama, makin mengeratkan hubungan yang telah lama terjalin. Sesungguhnya, aku terlalu sayang akan persahabatan ini. Untuk pertama kali aku merasa hubungan yang terlalu dekat. SAHABAT. Terlalu indah memori bersama anda semua. Thanks for the day. Jumpa lagi 30tahun akan datang. Kali ni bawa suami and anak-anak pulak, ok? HAHA. Ini idea Ateh. Sangat bernas. HAHA. Love you all!

Once again, THANKS FOR THE MEMORY!

aien, chiepa', syekkey, anis, eifa, husna, megy, mutiah, wadakyma, zen, asma, nadh, dayah, fara, alia, ana, naju, wawi, azie, atiqa, wanie, nabilah, ezat, ezzatie, yana, amer, deen, wan, aizat, yun, akmal.
Thnks untuk semuanya! :)





No comments: