Saturday, December 11, 2010

Current doing.

Disebabkan hari ini sangat membosankan, saya dengan bangganya telah meng'edit' sedikit gambar yang saya rasakan patut di edit. Bukan di edit untuk tampak cantik, tapi untuk meluahkan apa yang saya rasa. That's a good idea isn't it? Then, just take a look. Not really good enough but it's perfect for my level. And yeah, salah satu sebab saya edit gambar ni ialah untuk buktikan betapa sayangnya saya kepada kawan-kawan saya. Heh. Please menangis terharu sekarang, kawan. Bukan senang nak jumpa kawan sepesen saya :P





F: Omg Laila, we LOVE you toooo!

L: guys, I feel like crying now.

Heh.






My graduation ceremony. I wish I told these in blog, but I have no time to make one. So, here's some pictures of it. I'm not taking so many pictures though, but the good one is always GREAT.


That's it.
Duh. Cerita macam banyak je. Haha.


I busy la sekarang. Busy melayan KOREA. Oh ya, Korea utara serang Korea selatan sangat ridiculous. Saya punya terkejut macam hape saja. Selamat masa tu MY LOVE (SNSD) is not there, except for Tiffany. Fuh! Nama dah sama patut jadi twins, buat apa gaduh-gaduh? Macam-macam hal dunia sekarang. tidur pun tak senang. Eyyyy.
Korea Korea :'0


Fuhhh~


I really need to stop now. Comeback soon, I nak cerita about my CURRENT LOVER.
Please stay tune :)


Ok wait, this is seriously last call. Another HOT stuff. lalalalala~



The end.


P/S : Blog is the best place to achieve you hype in typing.
I feel relieve now.

Thursday, December 9, 2010

FINALLY.

its over..

What?

SPM DUDE!

I'm super happyyyyyyyyy now.

Finally I'm done with all these things.

SPM makes me nuts.

Like seriously..

Ugh.

Its over though.

So now its time to???

ENJOYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY!

______________________________________________

I really do missed this blog.
When I have some times,
I definitely will come here enjoy my day.
Blogging is awesome. You know that, right?

I need my rest time now.
Seeyalater :)


Friday, August 27, 2010

A wonderful life.

Selamat petang kawan-kawan. Maafkan saya coz terlalu rajin petang ni untuk menaip dan memenuhi belog ni. Ini disebabkan boring yang terlampau, bosan yang mengganas dan kesanggupan jari untuk bekerja tika sepatutnya mata menghabiskan tugasnya. Terlalu bagus sebenarnya tugas blog. HAHA :P

Anyway, now seluruh umat Islam sedang sibuk menjalani puasa, right? ok, before that, selamat berpuasa. My bad, tak sempat nak wish di sini. So, how's everything? Puasa memenatkan? yeah, it's normal. I pun sekarang struggle gila untuk habiskan puasa dengan sebaik mungkin. Puasa ni memberi kita umat Islam terlalu banyak keistimewaan, so since kita still menyambut bulan mulia ni, so cepat-cepat rebut pahala sebanyak mungkin. Even Nabi Muhammad S.A.W sendiri menangis tika Ramadhan hampir habis, kita pulak macam mana? Fikir-fikirkanlah.

Sebenarnya, kalau diberi peluang sekarang, I nak pergi tempat sunyi. Bukan sunyi macam dalam hutan or whatever, sunyi yang memberi kekuatan dalam diri. Now, diri ni terasa tak kuat. Terus terfikir nak pergi mengembara. Yes, mengembara. It should be awesome. Selalu tengok cartoon buat macam tu, even I pun pernah dreamed nak buat macam tu. But unfortunately, I tahu tu hanya angan-angan coz I penakut. Penakut nak mengembara? Ambil bantal sambung tidur ya, adik? Ugh.

Then semalam I ada tengok video seorang Imam memberi khutbah Jumaat. Trust me, this Ustaz is too cool. Ustaz ni ada cara tersendiri dalam menyampaikan ceramah. Terlalu yakin and paling penting, takkan ada orang yang rasa nak tidur. Setiap perkataan yang dia sebut boleh buat orang rasa meremang. Here's the link. Time dengar dia ceramah, I banyak kali menangis. Ustaz ni manusia hebat. I yakin yang itu. Habis. Tengok video itu baik-baik, :)

And currently, I feel like writing some poem. Tapi I tak reti nak bermadah. Nak guna ayat-ayat tersirat, I tak pandai. Tapi bila baca poem orang lain, wow. How I wished I could do the same things. Write some poems, and others people will read mine. It should be in one of my dreams list now. Yeah.

Ok, hujan turun. Hujan rahmat. Dulu, kalau orang tanya what's your favourite weather? I'll answer, of course Rain. I'll felt cool and at the same time, grateful for everything. Rain gives me energy. I don't know why, but I feel like.

Thanks for everything, ALLAH S.W.T. :)

Tuesday, August 3, 2010

Lawatan Sambil Belajar saya!

Kerana sibuk belajar, akhirnya cikgu lepaskan kami pergi tenangkan hati dengan mengadakan lawatan sambil belajar. Alhamdulillah! sebab saya terpilih ke sana pada saat-saat akhir. Masa nama budak-budak dipilih, saya tak dapat hadir kerana sakit, jadi saya sangat iri hati terhadap member saya yang lain kerana berjaya memasuki senarai akhir. Sehari kemudian, Aina (kawan saya) datang berjumpa sama saya dan bertanya sama ada saya mahu ke lawatan itu atau tidak, tahukah anda betapa gembiranya saya sampai rasa nak menjerit saja dalam library tersebut. Sekali lagi syukur, saya akhirnya terpilih. Percayalah, perasaan ini sama saja ketika saya menanti keputusan PLKN keluar.
Alhamdulillah, kedua-duanya berita gembira, :)

"Kenapa kau guna ayat skema, gilaaaaaaa?"


Oh, maaf guys. Tetiba rasa nak cakap Bahasa Malaysia tanpa sedikit short formed pun.
Anyway, kembali kepada tajuk kita.
(Panjang sangat mukadimah kau!)
I and kawan-kawan telah pun joined satu lawatan sambil belajar ke
Mahkamah Syariah dan Muzium kesenian Islam
.


Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP),
dekat sini kami dapat tengok macam-macam. Yang paling excited saya nak cerita is, saya dapat tengok hakim selesaikan kes. Bukan senang okay nak masuk court dengar orang lain punya case. Ini first time dapat tengok prosedur sesuatu case diselesaikan satu persatu. And of course, kami dibahagikan group untuk setiap court yang ada. I and the geng dapat court no.4. Kes yang ada, tuntut cerai, setahun 15hari saja bertahan. Kesian. Suami lagi muda dari isteri.
Let it be.
Then, kes tuntut harta arwah abang. Ini biasa-biasa je, biasalah orang sekarang, harta orang lain semua berebut-rebut, bukan nak kumpul harta sendiri. Haha.
Sorry, ter'emo' lebih, :P
Time ni tak boleh ambil gambar sebab nak jaga privacy court, so no pictures here.


Then, sebelum kami ke Muzium kesenian Islam, kami melepak-ing dahulu di depan masjid negara sambil makan-makan tanpa segan silu dan diperhatikan oleh setiap pelancong yang ada disana. Uish, malu betul. Masa kami makan-makan, adalah seorang pelancong China ni asyik usha je kami, mayba dia lapar and mahukan sedikit makanan tapi tidak, dia sebenarnya peminat kami. LOL. Dia minta izin nak bergambar dengan kami. Oh Tuhan, rasa macam diserbu peminat ketika itu. Selepas melihat aunty from China tu berposing bersama kami, pelancong yang lain pun sibuk-sibuk nak joined jugak. Penatlah jugak nak senyum. Berapa kamera entah menghala kearah kami. Then, ada brother handsome minta nak ambil gambar jugak, sebenarnya Syu dah sangkut dengan abang ni and berangan nak ambil gambar dengan dia, tup tup tak sangka, impian dia tercapai and paling tak tahan, brother handsome MADE IN CHINA ni, siap duduk sebelah Syu time nak ambil gambar. Syu, aku jealous gilaaa weh, :'( HAHA.

*Menangis sekejap tepi peti ais, :'(

Sambung cerita. Lepas kenyang, kitorang bergerak pulak ke Muzium Kesenian Islam. Masuk-masuk dah rasa aman semacam. Biasalah, muzium kan sunyi sepi. Hha. Then kami pun dibawa oleh seorang abang kecil molek ke seluruh pelusuk muzium ni. At first, abang ni story-story dulu pasai apa yang kitorang akan tengok and lepaskan kitorang dalam 5 minit jah. Sebab dah tak cukup masa. Macam-macamlah ada dekat sana. about tamaduns, barangan kemas, and sewaktu dengannya. Paling best, masa dapat tengok ukiran-ukiran masjid yang ada dekat seluruh dunia such as Taj Mahal, Masjid Quba' and lain-lain (ok, tak ingat sebenarnya) Sangat cantik sampai saya rasa nak panggil Doraemon and keluarkan Lampu mengecil tu. Haha. Dapat kecikkan diri and masuk dalam tu. Waaa. Seronok doh! :P



Penat berjalan, akhirnya tiba waktu kami pulang. Penat memang penat tapi seronok tak terhingga kata kau! Hopefully sekolah buat lagi lawatan macam ni. Dulu pergi penjara, now mahkamah. Fair. Cikgu, nanti kita pergi pusat pemulihan dadah la pulak ya. Saya teringin :')


Conclusionnya, SAYA SERONOK DAN SAYA RASA HEBAT.
LOL!

Bye!

Friday, July 23, 2010

The one and only one, 5 Saujana :)


Hi guys. Oh, boleh update rupanya? Ingatkan dah tak reti mengeja dah! LOL.
Anyway, kenapa saya tetiba rajin nak update belog ni? hoho.
Ini kerana, pada hari ini, Jumaat, bertarikh 23 Julai,
telah berlangsungnya SUPRISE BIRTHDAY PARTY,
daripada kami, 5 Saujana 2010,untuk Ummi kami tercinta,
Pn. Aisyah bt. Abu.


Yeayyyy *Tepuk tangan dengan ghairah.

Kami budak-budak 5 Saujana sudah rancang majlis ni dari 2 minggu yang lepas, kalau tak silap.
So, semua yang dirancang telah berjalan dengan lancar and semua orang happyyy.
Especially our important person, ustazah.
Macam-macam makanan ada dibawa oleh kakak-kakak 5Saujana,
kek, kek batik, puding, triffle, and menu utama, kueh teow sup. Hoho, ni memang superb!
Kenyang gilaaaa perut ni. Rasa macam nak pecah perut jah.



The best part dalam party ni of course, masa kami tunggu kedatangan ustazah ke kelas. Aku rasa excited gila. Macam-macam aku fikir time ni, reaksi ustazah macam mana, menangis tak, marah tak, terharu tak and macam-macam lagi yang tak. Tapi yaaa, ustazah terharu plus keliru. Wahhh~ Haha. Ustazah masuk dengan muka terkejut and belon dipecahkan. Yeay! Party time!
Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Ustazah Aisyah, Allah selamatkan kamuu.. :)


Sepanjang majlis, ustazah banyak kali ucap terima kasih dekat kami. Ustazah pun selalu cakap, 'kenapa tak bagitahu???' oh, Ummi ku, macam mana buat suprise party kalau rancangan ini diberitahu, ya tak? HAHA. Anyway, ustazah sangat happy. Nampak dari raut muka ustazah betapa dia bersyukur ada anak-anak didik macam kami. :P


Tak lupa juga, kitorang ada jugak bagi hadiah untuk ustazah. Hadiah ni takdelah mahal mana. Yang penting kami ikhlas nak bagi and ustazah ikhlas terima. Hafa pun siap warning ustazah, dia suruh ustazah letak hadiah tu atas meja ustazah dekat bilik guru and dia akan check benda tu ada or tak dekat meja ustazah everyday. Nice one, Hafa! Aku suka ayat tu. Hha.

Then kami makan and makan. Makan and makan. Makan and makan.
* Gila ke kau makan je? Haha.

Semua orang sudah kenyang. Alhamdulillah. Akhirnya majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Makanan habis and semua duduk kekenyangan. Apa yang tinggal? Sup and Ais. Ada sesiapa nak? Habak mai. Ada lagi kot sisa-sisa diaa. Hhahahah.

Majlis tamat and aku rasa macam nak pengsan.
Thanks guys untuk semua ni.
The best party ever.
Ustazah Aisyah and dak-dak 5 Saujana,
manusia paling terbaik wokkkkkkkkkkkkkkkkkkk!


* Entry ni dibuat pada hari party ni berlangsung.
Tapi save je dulu coz gambar takde. Hari ni, 31.7.2010, baru saya post. :P

Bye! Assalamualaikum :)

Thursday, July 15, 2010

Pengumuman penting : Blog akan dihapuskan.



Haha. Tipuuuuu. Pi sambung tidur balik :P

Actually, aku sekarang rasa sangat happy sampai rasa nak update belog semula.
Aku memang, kalau nak luah perasaan, serta merta sign in blogspot.
Tak perlu pikir pikir dah.
Selalu kena cari masa yang sesuai tuk update, tapi now I'm super happppyyyyy!
So, belog akan menjadi tempat pertama aku.

Baca ayat dibawah dengan nada serius plus sedikit ketawa.

___________________________________________________

RM0.20 PLKN: Maaf!
93011803**** anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 8/2011.
Terima Kasih.


___________________________________________________

Okay, seriously. Ni berita paling gembira aku dapat hari ni. Next time, aku aim tuk gembira lagi masa ambil result SPM. Wish me all the best luck I could have. Cerita tamat. :)


p/s : Adakah benda ni boleh dipercayai? Saya ada sedikit was-was. But yah, I definitely happy now.

Thursday, June 10, 2010

ICT camp, UNITEN.

Akhirnya dapat jugak saya story moly about itu Camp ya.
First of all, nak ucap
SELAMAT MENYAMBUT CUTI SEKOLAH ya adik-adik!
Jangan lupa buat kerja sekolah. Akak dah masuk U, malas nak pikir dah semua benda tu. HAHA
(kaw pahal berangan dol? SPM pun tak pas lagi. HAHA)
Ok. Kembali ke tajuk asal.
Saya telah menyertai satu camp yang dinamakan ICT Camp.
Dianjurkan oleh pihak Uniten selama 3 hari 2 malam.
Dari 4hb hingga 6hb Jun 2010

-___________________________________-

Saya telah terpilih menyertai kem ni tapi rasa kurang senang sikit coz takde kawan. So, I ajak kawan-kawan lain supaya dekat sana nanti I takkan duduk sorang-sorang mengira detik untuk blah dari kem tu. Dekat kem kita supposed to enjoy, kan? Sebab tu I perlukan kawan yang lain untuk teman I kat sana. Akhirnya, Hafawati seorang je yang berjaya ke sana bersama saya. tak termasuk kelas lain lah kan.

So, 7 orang students managed to go there, including me. At first sampai sana, terus macam terpukau coz nampak van van dari sekolah yang agak-agak power datang. terus terfikir apa akan jadi nanti. Huh, aku mesti duduk diam je nanti. Yah, first impression selalu negatif.



Habis daftar, kami ke DK1. Inilah tempat kami selalu berkumpul untuk dengar ceramah, aktiviti dalam kumpulan and so on. Best lah dalam ni coz ber'aircond'. Rasa excited gaklah coz selalu pergi kem, rasa aircond free hutan je. But now, dah upgrade sikit. :P



After temu mesra kami and crew-crew ICT ni, tibalah masanya kami pergi ke apartment mewah kami. Kenapalah kau pergi bold sampai macam tu? Mesti! Sebab tak pernah dalam seumur hidup saya dapat bilik sorang satu time pergi kem. So, kira macam hebat gila ah kem ni coz sediakan bilik tidur yang sangat best sampai budak-budak lain takut nak tidur coz tengok bilik seram semacam. Bak kata Kai, my teammates, "bilik tu ada paint yang nampak sangat seram kat tingkap. Kami semua tidur luar saja". Haha. Aku pun sengih jelah coz tengok muka dia serius gila time cite benda kat aku. :)

Lupa nak mention, my group name is ICT MANAGER. Nama dah sedap, betul? Teammates pun sporting gila. So far, gang ni memang best lah coz time nak buat group presentation about our future school, kitorang memang happening gila. Macam-macam idea keluar. Especially si Kai sayang. HAHA. Eh, I suka dia kot. Dia macam a little bit blur but cool. Oklah I admit masa first jumpa dia, rasa macam annoying sikit coz dia sangat bajet but I managed to selesa dengan dia after kami berpasangan untuk presentation adobe photoshop. Our leader, Moantfort. He's Indian. Aku selesa dengan dia jugak coz bm dia sangat power. Apa eh nak cakap, likes malays jugaklah. No slang-slang yang menyakitkan telinga. HAHA. Dia sangat bising and sangat setia. Haha. Moant, I puji U okay. Tapi I tak tahu pun U setia dengan siapa! sis Eyda maybe? ^^
and ahli yang lain macam k.eida, akmal, yob, acap, aina, yanti, and yang lain-lain. Positively happening and best untuk dilayan. Thumbs up yaw! :)


The main point now is,
my group bila habis semua group aktiviti.
Mereka ialah Hafa. Pipot. Akmal. Anaq. Fahmi. and Poeh.
Ni orang memang gila. Lagi-lagi dak 5s1 ni. Seriously korang gila kot.
Dekat kem ni, I selalu dengan diorang saja meyh.
Yelah, satu sekolahkan.
So, selesa sikit. Nak bergaul dengan orang lain macam 'malulah'! haha :P

Bila ada time free, kitorang akan buat kerja gila such as, amek gamba.
menggunakan kamera yang taklah berapa power, mereka menggunakan kebijaksanaan mereka untuk posing sana-sini macam orang gila. Yang jadi mangsa, budak sekolah... (?) ok. Aku tak ingat. But still thanks alot bro coz sudi jadi photographer kami. Even takdelah bagus mana hasil tangan mu, tapi okaylah! hahahahahaa :P


Selama ICT camp ni berlangsung. Aku selalu sangat rasa rungsing. Ini semua disebabkan terlalu banyak pressure dari adobe photoshop. Aku mengaku beb, aku memang tak pro guna benda ni. Aku rasa malu. Malu. and malu! (drama king jap!) disebabkan ni, tiap kali masuk lab, jantung aku akan berdegup kencang. Adobe photoshop macam memberi aura yang cukup kuat untuk aku. Seriously, aku rasa menyesal tak guna benda ni before this. Ada kawan suruh guna, tapi malaslah nak download benda-benda ni. Then sekarang, menyesal tak sudah. Tapi semalam cuba download, tapi tak reti. Tunggu long balik jelah. Suruh dia downloadkan. Hee :P


Aku nak tutup cerita sekaranglah. Makin banyak benda pulak aku nak cerita. Tapi tengok ayat still keling-keling.

p/s : nie last kem I kot :( Bye!


Monday, June 7, 2010

On my way :)

Heyya guys.

Now, Im too busy to update my belog.

Tapi saya akan update juga.

Lagi-lagi, saya baru pulang dari kem.

Nanti saya cerita perjalanannya ya.

Wait for me!

Love yah :)

Sunday, May 16, 2010

Kem PBSM.

Setelah berkurun lamanya, akhirnya terbuka juga hatiku nak update pasal kem PBSM yang aku join tak lama dahulu (alasan! tak ingat tarikh sebenarnya! haha). Kem ni 3 hari 2 malam. Lebih penting lagi, nilah kem pertama yang aku pergi lepas pindah dari SMK Raja Ali. First time okay! Selamat dekat sekolah je. (even sebenarnya aku tak setuju sangat coz kat sekolah tak best!)
Nak diceritakan, kem ni memang tak berapa best coz aku tak enjoy kat sana. Sebab apa? Biar aku je tahu. Masalah ni timbul dari diri sendiri or orang lain. Ni pun aku tak boleh bagitahu, dalam kata lain aku sendiri tak tahu.

Hari Jumaat kem bermula. Aku datang dengan beg yang macam nak balik kampung. MasyaAllah, aku tengok orang lain relax je bawak beg macam pergi sekolah. Sabar jelah. Tapi sebenarnya malu pun ada gak tapi cover. Haha. Then pergi daftar, borak-borak ngan Syu sampai kem rasmi dimulakan. Sangat excited coz I ajk. Boleh tengok budak-budak dari atas and buat muka bajet bagus. Wah! Hebat betul perasaan tu. :P


And then buat suai kenal antara peserta and AJK, main game untuk tentukan group. Haha. Game ni paling best coz budak-budak kena tutup mata and cari group diorang berdasarkan soalan yang kami bagi. Sorang pegang soalan, sorang pegang jawapan. Jumpa satu sama lain, itulah group diorang. Tapi kami as ajk bukan tengok jah, kami jadi 'tukang huru-hara'. Kacau budak-budak uh sampai diorang fed-up nak cari. hehe. Serius kelakar part ni coz I and the geng bagi diorang group yang salah and diorang punya happy coz ingat kitorang dah tolong diorang. Hampeh betul budak-budak ni. HAHA :P and then, makan.

Habis makan, masa untuk main next game. Game CINA BUTA & BURUNG HANTU.
Serius cakap budak-budak ni dah cuak semacam. Baru cakap nak main benda seram dah seram habis. Game start pukul 2am. Ajk ditugaskan untuk jaga group-group yang dah ditetapkan. Aku, Syu, Eija and Amer satu geng. Best gila time ni coz untuk pertama kalinya aku menyamar jadi hantu. Aku banyak pegang watak pontianak je. Lemah lembut tapi seram. Haha. Lepas pontianak tugas jadi nenek kebayan pulak. Konon nak cari cucu dia yang hilang. Huahua. Bila pikir balik part ni kelakar gila. Budak-budak ni pun layan macam aku ni betul-betul hantu. Hah! Lawak. Best. Tetiba teringin nak jadi hantu balik even orang-orang kawasan sekolah ni mengadu kitorang bising. Sangat hampeh. Adatlah tengah kem. Tak paham langsung den.
Malam pertama tamat. Aku tidur pukul 4 lebih. Borak-borak ngan Syu kat bawah and tertidur.

Sabtu pagi, aku bangun and tolong ajk lain masak. Adeh, part ni malas nk ceritalah. Next jela, okay?


Semua peserta siap-siap untuk senaman pagi yang dihandle oleh Akmal. Semua budak macam tak semangat je aku tengok. First diorang buat poco-poco. Mak aih! aku dah lupa kaw. Sumpah oh. Dulu kat Raja Ali selalu kot buat kalau ada aktiviti tapi sekarang dah lupa terus. Maaf semua. Langkah aku sangat sumbang sampai aku terus fed-up nak buat lagi. Haha.

Akmal perasan kot budak-budak ni macam tak semangat langsung and ada yang malas-malas nak buat, then dia terus suruh budak-budak tu round padang. berapa kali aku tak tahu. Aku tak join masa ni. Aku pergi tengok ajk lain masak. Tengok je? Ya. Kang tetiba budak-budak uh keracunan makanan pulak makan masakan aku. :D

And then main game dalam dewan sampai pukul berapa tah. Masa ni semua AJK ngah busy siapkan barang & tempat & and semua yang perlu untuk explorace. Aku punya group best. Kitorang buat game makan-makan. Menunya ;

* Tepung & Telur mentah & Kacang Panjang
*Air oren MASIN.

Huaa! Terliur bukan? Yeah. Kena kau. Haha. Budak-budak ni masa mula-mula semua cool je coz ingat lepas makan menu pertama uh, dorang akan dapat air oren MANIS. Tapi hampeh dik, MASIN adalah. Haha. Meraung budak-budak uh. Aku tengok jelah. Hah kaw, habiskan sampai licin, baru akak bagi next clue. Dorang pun terpaksalah licinkan pinggan and air masin uh sampai habis. Sampai termuntah-muntah. Redha jelah deq ya?
-> Muka tak tahan. Haha :P

And then explorace habis coz kitorang nak buat game paling best. Tapi malangnya, sekejap je kitorang main game ni coz hujan telah turun. So, games tu sampai situ saja. Sangat sedih coz game tu supposed to be the best game. Tapi tak kesampaian. Nak tahu games apa? Nilah..

-> Game masuk longkang. Parah. Tapi bebudak ni bertuah coz game terpaksa diberhentikan. Selamat.. :P

Tamat je games, aku and the geng terus lepak-lepak dalam surau. Penat weh! Aku tertidur. Tapi tak lelap sangat coz tetiba dengar orang menjerit. Adeh. Apa itu? Mengganggu betul. Rupa-rupanya...?? Jeng jeng jeng. Biarlah rahsia. :)

Lepas habis drama bersiri tadi, aku terus turun bawah siapkan makanan untuk BBQ. Part ni memang best coz dapat tengok dorang masak ayam, hotdog, and makanan lain yang berkaitan. AJK lelaki tukang masak and kami just readykan apa yang patut.



Again, aku bernasib malang ketika ini coz aku terlalu mengantuk sampaikan habis saja malam kebudayaan, aku terus naik surau and tidur tanpa sedar. Orang lain kenyang makan ayam. Argh! Tapi seriously, aku mengantuk gila babeng. Sampai tak sedar apa-apa dah. Paling kesian, masa budak-budak ni dok syok buat persembahan, kami AJK boleh tidur dekat belakang. Sangat gila. Huh. Penat. Maaf ya adik-adik. Kakak-kakak and abang-abang nak tidur dulu. :P
Hari terakhir. Bangun pagi and 'tengok' orang lain masak and pergi mandi. Masa ni bdak-budak tengah exercise pagi. Habis mandi budak-budak kena kemas sekolah. Biasalah tu, menumpangkan. Redha. Aku and the geng kemas surau. Habis kemas surau and lain-lain, main game. Habis game, upacara penutup. Time ni best sangat coz I dapat balik rumah semula youuuu! I kangen bangat deh sama family gue. Jadi udah enggak sabar mahu ketemu sama mereka :P Time acara penutup ni, pemenang untuk peserta lelaki and perempuan terbaik telah dipilih. Tahniah ya adik. for AJK, ada undian untuk AJK PALING CANTIK, HANDSOME, SPORTING, and lain-lain. Aku tak menang pun. Haha :P

Ahirnya, tamat sudah Kem PBSM 2010 ni. Even tak best mana tapi still memberi kesan dalam hidup aku. Next year dah tak sekolah. So, ini merupakan kali pertama & terakhir aku merasa pengalaman kem PBSM.


Ngantuk betul baca cerita ini? Dah-dah. Boleh tidur sekarang.
Cerita dah habis pun... :D


Sempurnanya Seorang Guru.

Aku punya mimpi,
Aku punya haluan sendiri,
tapi..
untuk berdiri sendiri,
ku tak mampu.

Aku punya waktu,
Aku punya kehidupan sendiri,
tapi..
untuk kehidupan yang perlukan kesempurnaan,
ku butuh kamu.

Aku punya kamu,
Aku punya semuanya,
tapi..
untuk menjadikan ia milikku sepenuhnya,
ku sememangnya tidak mampu.

Setiap detik bersamamu,
bagaikan mutiara ternilai,
kesemuanya berlalu tanpa disedari,
kesempurnaan yang dicari,
bagaikan lesap tanpa tanda.

Bagiku,
itulah kesempurnaan.. :)

Terima kasih cikgu,

SELAMAT HARI GURU!

Sunday, May 9, 2010

Manusia.

Satu perpisahan yang tak dijangka,
sebenarnya satu penyeksaan,
kerna bila ia terjadi,
kita bagaikan terpana,
adakah ia satu kenyataan atau mainan semata-mata?
mainan yang dijangka akan kembali semula?
mungkin aku terlalu emosi,
manusia yang dulu ku sayang,
kini pergi,
pergi dengan jiwa yang tenang,
tetapi aku?
tersiksa dek kerinduan yang mendalam,
kau siksa jiwaku dengan tawamu,
dengan tangismu,
yang selalu bermain di jiwaku,
oh manusia..
kau kejam.
kau kejam kerna,
hatiku hanya milik kamu yang istimewa,
dan kamu juga yang menghapuskannya,
dengan pemergianmu.
Sudahlah..
esok pagi,
akan ku bangun dengan mimpi baru,
mimpi yang akan ku pastikan,
menjadi mimpi yang terbaik..
Selamat bergembira..
manusia!

Friday, May 7, 2010

masalah peribadi.

Salam guys. Malam-malam macam ni memang best sangat membebel, bukan? Hm, maybe aku je kot sebab saya pagi-pagi macam blur blur sikit. Eh, bukan 'macam', tapi memang. Jadi malam ni saya teringin nak cerita sikit about 'masalah peribadi' yang bukan aku saja alami, tapi semua orang. Kan kan? aku dapat ilham nak tulis pasal ni sebab pagi tadi, macam-macam masalah saya dengar. Tak seronok langsung.

Masalah peribadi ni sebenarnya memang tak best. Lagi-lagi kalau kita yang kena hadapi. Tapi, bila dah terlalu menyusahkan, nilah masalahnya, kita yang takde kena mengena akan terlibat sekali. Bagi saya ni kira okaylah kan, takkan lah sikit pun kita tak nak tolong, atleast bagi nasihat or whatever tapi masalah ni jadi makin rumit bila orang yang ada masalah tu tambah lagi masalah. Contoh dengan perangai dia yang endah tak endah tu. Sakit hati betul bila kita serius, tapi dia main main. Tak sedar yang sebenarnya masalah tu datang dari dia.

Then bila dah jadi macam ni, mulalah nak cakap belakang, tula inilah. Hish. Tak best doh! Aku paling tak suka orang tak hargai orang lain. Orang dah susah payah untuk dia, tapi dia buat bodah je. Hati ni perit je weh. Yela, atleast tunjuklah sikit appreciate dia dekat someone tu coz dah susah payah selesaikan masalah dia. Bukan senang kot nak tengok orang lain busykan diri sendiri semata mata nak tolong orang lain punya masalah. Kalau aku lah kan, Ish. Entahlah. Nak sabar tapi macam payah je, huh.

Niat nak tulis entry ni sebenarnya untuk luahkan perasaan. Tak tahan dah ni. Even sebenarnya kami dekat, tapi bila hal hal macam ni terjadi, terus tak boleh duduk diam. Kalau terus dengan jiwa macam tu ( jiwa kacau weh! ) , orang lain maybe tak boleh percaya dah. Atau paling scary nak cakap, tak nak kawan dah~ Eh, kes kes macam ni memang boleh hilang kawan okay. Trust me. So, sesiapa yang rasa macam banyak sangat bagi masalah dekat kawan sendiri, please be more consider about perasaan orang lain. Mungkin dari luar kita tengok kawan kita cool je layan kita, tapi dalam hati siapa tahu? kan? so, be more carefull next time. Bukan senang nak jumpa kawan yang sanggup susah payah untuk kita.

Hm, entry kali ni macam serius je kan? tulah. Rasa pelik jugak. Tapi okaylah, perasaan dah tenang sikit.

Selamat malam.

Nak tenangkan hati sekejap.

(Saya dah gila dengan Sunny (SNSD)! WOOT. She's cute oh! haha)

Nite nite all!

Friday, April 23, 2010

Kembali kembali :)

Setelah sebulan lebih saya mendiamkan diri, akhirnya hari ini terbuka hati untuk mengupdate belog. Kalau nak tahu, saya memang tiap-tiap hari online tapi untuk mengupdate belog memang payah. Ini semua gara-gara kepala otak yang tak pernah nak berfungsi dengan baik kalau duduk depan komputer. Terlalu banyak halangan sampai nak jenguh belog pun payah.

So?

Today, saya nak tebus balik semua tu. Saya dah kembali. InsyaAllah, lepas ni belog akan berfungsi seperti biasa. Ada story I story. Itu sebenarnya fungsi belog bukan? Heee.

Actually,
saya ada macam-macam benda nak cerita. Pasal hari kantin, pasal my study proses and macam-macam lagi. Tapi sekarang, apa kata kita start dengan my life dulu? Oh, okay. Siapa yang malas nak layan, boleh sambung tidur balik. Tutup page ni. Okay?
(merajuk tepi peti ais!)


Memandangkan this year I SPM, so perjalanan untuk main-main memang terhad. Dekat sekolah selalu busy. Busy apa? Mengumpat ke? Okay. Benda tu tak boleh jauh. Selalu kena buat kalau tak rasa lain macam. Tapi kalau saya, saya prefer ngumpat dalam hati. Sangat best sebab takde orang tahu and saya boleh mengumpat sebanyak mana yang saya nak. Even ia sebenarnya boring =.=

Dan saya jugak telah menghimpunkan kerja sekolah yang banyak. Takdelah banyak mana, folio saja meyh. Sekarang ni baru nak sibuk-sibuk cari maklumat. Last date 20hb ni, tak ke gila aku dengar? Terus menyesal tak sudah. Baru busykan diri cari semua maklumat. Ni pun sebenarnya jasa Eija, kalau dia tak busy-busy nak cari maklumat, aku takkan ambil kisah pun. Sivik je pun? Kan? Tapi yeah yeah yeah. Siapa tak hantar, ada balasan.
MEREKA TAKKAN DAPAT RESULT SPM. RESULT SPM AKAN DIGANTUNG SELAGI FOLIO TIDAK DIHANTAR.
Rasa macam gila bukan? Tapi itulah hakikatnya. Cikgu sekolah ni memang garang. Suka main-main ugut-ugut lagi tu. HUUUU. I like! haha. So, sekarang I otw nak siapkan semuanya. Agak-agak dalam minggu depan siap kot. InsyaAllah. :)


kerja sekolah tak payah ceritalah. Terlalu banyak untuk diperkatakan. Tapi saya baik, saya siapkan jugak walau tinggal 1 or 2 or 3 soalan, atau banyak lagi sebenarnya. Saya tatap ada inisiatif nak siapkan even tak lengkap. Baik bukan? Thanks. :)

Eh, sudahlah. Disebabkan dah lama tak update belog, saya jadi blur jap. Nanti ketemu lagi yaaa. Love you!


Saturday, March 13, 2010

Maulidur RasuL :)

Firstly nak ucap thanks kepada diri sendiri kerana telah merajinkan diri mengupdate belog sejak kebelakangan ini. Sememangnya ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan sebab bukan senang nak tengok saya hadap komputer just because nak update blog. Heee :) Im trying guys. Anyway, for this entry, saya nak story moly about sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh sekolah saya dan saya semalam. At first memang rasa malas gila nak datang. Tapi disebabkan saya ni anak kepada 'Datin F', so kenalah datang. Kalau tak, gila kena bebel. Amboi, majlis-majlis agama malas nak pergi. Baguslah tu! Contoh ayat power. Aku reka sendirilah. Tapi anda-anda jangan risau, saya SEBENARNYA BUDAK BAIK. Saya confirm datang even dalam hati macam gila tak nak datang. Lagi-lagi tahun ni last year saya, so better I give up je perasaan malas itu. Saya sayang sekolah saya. (I miss those words la Cikgu Hadzari. Hha!)


Sampai sekolah terus cari kawan-kawan saya. Pembakar semangat disekolah. Kalau mereka tiada, saya pun takkan ada disekolah. Percayalah. Haha. Tipu. Teruskan. Kami baca Yassin and segala yang patut before program mula. Saya agak excited disini because tengok keadaan sekeliling, orang ramai macam busy semacam. Saya and the geng je duduk menanti yang lain. Bagus sungguh kami. Ya, kelas saya masuk pertandingan cipta banner. Sehari before program, kami pulang lambat untuk siapkan banner itu. Thanks kepada sesiapa yang terlibat yeah. Hasilnya? Sangat memuaskan. :)


And then penceramah mengambil bahagian. Quite bestlah penceramah dia. Nama dia saya lupa but dia orang KELANTAN. Sedara kawe la ni. Hhaa. Sepanjang dia bagi ceramah, sumpah tak rasa mengantuk langsung. Ustaz ni lawak plus suka sangat menyanyi. Nyanyi lagu lama pulak tuh. Aduh, gua memang layan jiwang, tapi takdela semua gua tahu. Hha. Atleast, semua yang ustaz ni cakap aku ingat semuanya. Ustaz cerita perkara yang dah memang kita dengar AND senang kita terasa. Good job! Saya suka time ustaz kenakan kami, pelajar perempuan and Alhamdulillah juga, saya tak terasa. Haha.



Habis ceramah, kami berarak. Time ni biasa-biasa je. Berarak keliling padang sambil berselawat. And then kami bergerak ke kantin. Makan time! tapi saya tak makan. Kantin memang full gila so malas nak bersesak-sesak kat situ. Buat panas hati je. Haha. Beli air and blah pi dataran.

Alhamdulillah :)




Time rehat. I mana? I si photographer laaaaa. Haha :D


And then pukul 10am, berkumpul balik di dataran Ar-Rahman untuk sesi persembahan pelajar. Time ni best jugaklah. Hehehe. Kakak-kakak senior, tukang tengok saja ya? :P




--> Bolehlah tahan meka-meka ni. :P


Nak tahu cerita best? Time duk syok tengok 'show' tetiba cikgu buat pengumuman yang kelas kami and blah blah blah akan digunakan untuk peperiksaan orang luar, so dia suruh bukak kunci pintu kami. Aku dah bengang time ni! ( marah kena guna aku weh! haha!) Dahlah banyak buku aku tinggal bawah meja, boleh pulak dia nak guna kelas aku. Then suruh kutip buku-buku bawah meja tu sebelum kena campak. Sumpah aku bengang time ni. Dahlah tak bagitahu awal-awal, then nak main campak-campak pulak. Aku dah panas gila. Naik kelas tengok buku dah disimpan dalam satu plastik sampah tu. Ish! PANAS WEH! Kalau ada yang hilang nanti, aku salahkan ***** yang buat eh. Jangan marah pulak time tu! Huh! (Garang doh!)


Panas line betul mereka-mereka ni. Aku baru je nak insaf. Huh. Terus tak jadi. :P


Then, majlis.. TAMAT! Semua boleh balik.


Gambar ketika insaf.
Me and Datin Syu. Wooot! :P




--> Senior-senior solehah Smk Bangsar. Heh! :D


Seriously... TAMAT!
Bye!

Thursday, March 11, 2010

Rindu.

Tetiba terasa nak rindu someone. Bukan terasa, tapi MEMANG rindu. Ahh. Dulu, aku selalu admire dia. Don't know why, tapi aku suka tengok dia. Dia baik dia perfect. Tapi sekarang, nak jumpa dia susah. Mungkin aku and dia dah jauh. Terlalu jauh sampaikan aku rasa macam kami tak pernah kenal. Macam orang lain, kalau dah lama tak tegur even kita sebenarnya dah lama kawan dengan dia, perasaan pelik and kekok still akan ada. Aku tak suka perasaan tu. Aku nak macam dulu. Aku rindu kau, doh!

-kawan lama-
Laila Azeera :')

Thursday, March 4, 2010

Oh!

Im back. But ya, just for awhile. Maybe lepas ni akan berulang perkara yang sama. Dalam sebulan hanya 2 kali post update. Argh, sadis betul perkara ini (+.+)
Kita lupakan perkara sedih sebentar. Kita cerita benda yang happy. Jom jom! :')
(Happy ke? Of course! haha)

For the whole time saya tak update. Many things happen. Contohnya pada 24022010.
Tarikh ini merupakan tarikh yang bersejarah kerana untuk pertama kalinya, saya menjejak kaki ke kawasan penjara. Ok, saya tahu ni sedih tapi itulah hakikatnya. Saya and the rest hanya masuk ke dewan sukan, Penjara Kajang. And yeah, kami ke Penjara Kajang. For the first time juga, saya dapat melihat dengan mata sendiri banduan-banduan Penjara Kajang. Whoah! Menakutkan sebenarnya. Yelah, mana tahu tetiba dia bunuhnya kita, Argh! Tak ke gila tu? Haha. Ok ok, otak gua memang macam ni. Full with negative sign. Haha.

Disana, kami dengar banyak cerita dari banduan-banduan yang terpilih. Ada yang ditangkap kerana mengedar dadah, bawak lari anak orang and paling best, membunuh kerana emosi yang tak dapat dikawal. Sangat sedih dengar cerita mereka. And macam saya dapat agak juga, mereka akan menyatakan rasa sesal mereka kerana melakukan perkara-perkara tersebut. Saya rasa macam yeah, that's good. Walaupun sebenarnya dalam hati, saya kutuk mereka cause dah besar pun tak dapat beza baik buruk. Isk!

But anyway, still satu perjalanan yang best even ada sedikit keboringan melanda kerana hanya saya and Syuhada saja yang pergi. Member lain semua duduk dalam kelas belajar. Yeah, kawan saya memang rajin. Mereka taat setia pada kelas. Haha.

Next, ketika saya duduk dirumah menonton God of study. OMG! Cerita ini sangat hebat. Sangat best and sangat meriah. Saya rasa macam setiap masa nak ngadap komputer layan cerita ni. Tapi yang sadisnya, di youtube hanya diupdate sampai episod 9 sahaja. Argh! Nak tunggu kat tv lama sangat. Tak sanggup dah ni. Dah berapa saya tidur lambat just because nak tengok cerita ni di youtube. Biasalah youtube, loading lembab macam hape. waiting, waiting, waiting, sleeping.. huh.

___________________________________________________


Berita hot. Sukan sekolah saya ditunda pada 10042010.
Saya? Sangat happy sampai rasa nak meraung bawah ketiak ibu. Heh.
Saya okay dengan ini but yeah, still annoyed me. Nice!

___________________________________________________

Random picture(s) ;









> Picture yang wajib ada. Changmin oppa! :)
AKTF!

Bye!