Sunday, January 31, 2010

Tupailah tu! ;D

Hari Jumaat yang lepas, aku and family pi dinner kat luar. Yeah. Sudah lama tak makan kat luar. Yaya cakap dia nak belanja, so mama decided tempat makan iaitu Restoran Tupai-tupai. Pernah dengarkah? Ya. Di situ. Yang tempat ala-ala hotel tu. Steamboat is one of their special menu. Sedap atau tidak bukan masalahnya coz sekarang aku dah kenyang dengan makanan-makanan dekat situ. Adakah patut aku komplen banyak-banyak lagi? So, better I shut up my mouth. HAHA

Actually, aku bukan minat sangat makanan-makanan macam ni. Tapi nak buat macam mana, lantak jela sampai kenyang coz di situ ada peraturannya sendiri. Tak habis makan bout 100gsm kot, kena bayar Rm10.00. Whoah, sanggupkah anda melayangkan rm10 itu semata-mata kerana makanan yang tidak di habiskan? Tolonglah jangan main gila. Dengan Rm10 tu, kita boleh beli macam-macam dekat Mydin. Innalillah.

So, apa kata kita ushar 3 gambar ni. Saya baru edit tadi. Huahuahua :P


--> Tupai-tupai board :)



--> Comfirm habis. Perut sudah pecah. HAHA
candid by ; Si gila, Yaya.


--> Selit gambar HOT jap. HAHA.


Ok, lain kali kita makan luar lagi ya semua. Kali ni kita pi Restoran berputar pulak ya.
Saya teringinlah!
(^_^")

The end. Bye!

Thursday, January 28, 2010

Cun saja :)

" Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu,
lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku,
lagu ini hanya ingin kau fahami,
ku sudah teruskan hidupku,
semuanya CUN SAJA :) "
-Sleeq-

Seperti biasa, setelah sekian lama menyendiri di dunia yang lain,
aku kembali ke dunia blog.
So, how's everything here?
Nampak blog ini cam dah berhabuk jeh.
Sedih pulak aku. HAHA.

Anyway, aku still nak tanya korang pasal lagu Cun saja ini.
tahukan lagu ni? lagu ni aku kenal time dorang nyanyi dekat EraTv last year.
Masa first time dengar, terus macam.. Huaaaaa. Syioknya suara mereka.
Terus tangkap shahdu la kiranya. HAHA

_____________________________________________


So.. Ok, terus blank. Actually aku rindu nak update belog, tapi tak tahu nak cerita apa. Macam apa je. Tadi mintak adik komputer, konon dalam hati nak update blog. Tapi bila dah duduk depan komp ni, terus blur yang amat. Sangat kesian plus mengecewakan coz rindu nak menaip. These day selalu busy ja. Dah lama tak online sambil tekan keypad banyak-banyak kali. Konon macam pro tapi sebenarnya haram. Aish (^^') Btw, sekarang hati dah bangga sikit coz macam dah bergerak je keypad ni. HAHA.

Tadi ada exam Kimia. Macam biasa, orang pro tak mengambil masa yang terlalu lama untuk siapkan. Aku buat soalan pertama and yang last je. Yang tengah-tengah adalah jugak tapi tak full coz bila dah keluar soalan-soalan hard, aku terus mengucap. Payah oh! Apa yang aku baca masuk part experiment, lagi gila. Dahlah aku baca yang simple-simple je. Aish, rugi kot. Aku just sentuh part variables and so on. Yang lain-lain macam procedur dia, jadi macam HARAM lah nak buat. Sedih, bukan? :'(

My friend, Hafa ajak tuisyen sama dengan dia tadi. Tapi entahlah, sampai sekarang aku rasa macam tak nak tusyen. Aku nak study kat rumah je. Tapi bolehkah? Aku tak nak susahkan sesiapa. Masa aku form 3 pun aku bergantung tusyen dekat sekolah je. Macam cikgu aku cakap, awak tak payahlah susah-susah nak tusyen kat luar, belajar dekat sekolah ni pun dah cukup. Janji awak tak main-main time cikgu tengah mengajar. Lagipun, aku ni jenis yang tak ambil serius sangat, so kalau ambil tusyen kat luar, aku takut aku main-main. Aku takut aku tak leh nak fokus pelajaran tu. Hmm, so macam mana ek? Patutkah aku ambil tusyen or study kat sekolah saja (?)

and now aku nak target 6A's for SPM.
Macam senang je nak dapat, kan?
But ya, I'll try bebeh.
Dah aim dah subjek apa. Tapi no need to tell la yeh.
Coz ini pun hanya permulaan.
So, from now I'll try my best for these subject.
Yeahh, semangat gila aku.
Entah dapat ke tidak. Isk!
:) :'(

InsyaAllah semuanya CUN SAJA!

The end.
Bye!


Saturday, January 23, 2010

The people :)

Setelah sekian lama, akhirnya ada jugak peluang saya update blog. Sebelum ni selalu sign in saja, then terus tekan new post dan sign out balik. Sampailah hari ni baru betul-betul taip dan InsyaAllah akan di-post (bagus gila keterangan gua!)

Sekarang almost everyday aku balik lambat dari sekolah. Means, aku balik lepas pukul 3 or 2 lebih. Masa form 4 dulu selalu balik awal. Kalau boleh, tiap-tiap hari nak jadi orang first keluar sekolah, even rumah tak sampai 10minit dah sampai. Macam aku pulak yang nak kejar bas and what-so-ever tu. Isk, teruk betul. Pernahlah dulu, period last sivik, kitorang tak belajar pun. Then suggested kat cikgu bagi kitorang balik awal. Time tu memang boring gila. Kitorang bagitahu cikgu, tapi cikgu cakap tak boleh. 0klah fine, konon macam dengar cakap cikgu la kan. Kitorang sepatutnya balik pukul 12.30pm. Tapi lepas je cikgu keluar kelas, aku and yang lain-lain terus pakai beg blah dari sekolah. Masa tu sumpah kena cover gila. Takut terkantoi. Masa tu dalam pukul 11.30am. Gila. Nak fly sekolah terang-terang. So, kitorang poyo-poyo lepak kat situ (tempat tinggal guard kesayangan) then terus blah senyap-senyap. Aku and Syu berjaya menombosi pagar sekolah tu dengan bangganya even dalam hati dah dup dap dup dap dah. Guard pandang je. HAHA!

Tahun ni nak buat macam tu lagi ke? Hisk. Jangan main gila wok. Aku dah form 5 sekarang. Tiap-tiap hari ada prep plus sekarang gua pengawas, lagilah. Pengawas kenalah tunjukkan perangai yang baik. So, Im trying now. Jadi pengawas kena jaga imej. Bukan imej for diri sendiri je, imej sekolah pun kita kena jaga. Lagipun, orang lain bukan tak tahu kita pengawas kalau dah terang-terang baju yang kita pakai tu baju biru, betul? It's easy. So, let's make a change. Kita berubah this year. Yeah :)

And yah, tadi ada kursus kepimpinan pengawas. Memang best plus sakit tekak coz kenakan orang. Sesi kenakan orang memang paling best. Kan kan? Siapa setuju boleh tidur sekarang. Haha. Penceramah pulak memang sempoi habis. Lawa lagi. Pewitt. Keseluruhan kursus, best and part yang paling best is, my team 'unknown' win the best team award. Ceh! Huhu. Please give us a big applause now! HAHA

Tamatkan cerita sekarang and yeah.. :)


Monday, January 18, 2010

18011993-18012010 :)


Actually today is my birthday :)
So, dengan rasa bangganya aku ingin mengucapkan kepada diri sendiri,
HAPPY BIRTHDAY LAILA AZEERA!~


Nampak pelik, tapi takpela kan?
Orang macam aku bukan selalu poyo-poyo macam ni. HAHA

Dan untuk itu, saya akan mengupdate belog pasal Birthday saya yang tidak disambut pun tadi.
Bunyik macam bosan, betul? Memang bosan.
Saya tak sambut pun. Bukan tak sambut, memang dah lama tak sambut.
For me bila dah besar, rasa nak sambut birthday ni kurang.
Lainlah macam dulu, selalu mintak mama sambut birthday,
nak ajak kawan. Tapi yang pelik, kawan saya tu, jiran saya SAHAJA.
Entah kenapa, mereka memang SPECIAL. ^^

And selama 17 tahun saya hidup.
Saya dapat merasai betapa nikmatnya hidup di dunia ni.
Even banyak gila dugaan menimpa,
saya tahu, itu merupakan proses untuk seseorang itu matang and kenal diri sendiri.
Oleh itu, saya akan cuba untuk menjadi orang yang lebih berguna,
kepada dunia, agama, keluarga dan masyarakat. Insya-Allah. :')
(karangan saya power, kan? biasalah, baru exam BM tadi. )

So, the end. T_T

Tetiba habis pahal kau? ;(

Ok, kesimpulannya sekarang,
saya dah tua.
Sangat sedih coz umur makin meningkat,
and segala tanggungjawab makin berat.
Isk. :'(
Wish me luck in everything I do, okay?
I'll try my best too. :)

p/s ; Thanks to all yang wished birthday. Appreciate gila. :)


Friday, January 15, 2010

Tinggal kenangan :)

Seperti biasa, bila birthday aku bakal tiba, satu perasaan rindu akan muncul. Ini semua gara-gara manusia yang terlalu hebat dalam hidup aku. Walau mereka tiada depan mata kini, tapi aku tahu, diorang ingat aku. Sepertimana otakku yang tak pernah berhenti memikirkan mereka.( See? Aku sayang gila mereka ni weh!)

And kenangan lama bakal muncul kembali. Suatu ketika dulu, ketika malam tiba and mata hampir layu, mereka datang dengan tanpa salam and wished my birthday. Argh kacau, sikit lagi nak sampai Paris, tetiba mereka datang dengan senyuman yang ikhlas bagaikan baru turun dari Syurga. Baru ingat nak marah kacau aku tidur, rupa-rupanya mereka nak raikan birthday aku. :')

Masa tu Tuhan jela tahu betapa SAYANGnya kepada mereka-mereka ini. Sumpah before this tak pernah ada orang wished macam korang buat. (Selamat cover tak marah) Aku dapat bayangkan betapa besarnya sayang korang kat aku. Sanggup tahan mata sampai pukul 12am semata-mata nak wished aku. Datang dorm senyap-senyap nak kejut aku. Actually aku dah prepared, tapi terkantoi tidur jugak. ^_^

Datang bagi kad, bagi biskut sekeping (even mereka tahu aku takkan makan terus and biskut ini akan dibuang macam tu je coz dah lembik keesokan paginya) bagi gula-gula, coklat. Hadiah ni even kecil tapi bermakna gila untuk aku weh. Aku simpan lagi kad-kad mereka bagi tau! Setiap kali birthday aku, aku akan baca semua kad tu balik and bayangkan yang mereka baru je bagi for this year. Ini semua rindu punya pasal. Hebat bukan penangan mereka? Isk.

Hadiah paling bermakna pernah aku terima ialah oranges bear. Mereka yang bagi inilah manusia yang paling paling hebat dalam hidup saya. At first mereka buat don't know je pasal birthday aku, sumpah terasa. Lagi-lagi Eifa, dia boleh tak tahu hari tu birthday aku. Dalam hati sumpah aku nak meraung. Sampainya hati dia lupa birthday aku. Tapi aku stay cool (dalam hati membara doh!) Biarlah dia nak ingat ke tak. Tiba-tiba, time balik mereka telah meng'suprised'kan aku dengan something yang agak comel. Si orange bear itu. Waaa! Eifa berlakon saja sebenarnya. Kali ni aku sayang mereka lebih lagi. Rasa macam terkejut gila. Tak pernah dapat bear before this, tapi tula, orang kata apa yang kita nak, susah sangat nak dapat, tapi yang kita taknak, sekejap je ada depan mata. Ini yang terjadi pada aku 2tahun lepas. It was the Sweet memories I ever had. :)

And now mereka-mereka ni sedang berada jauh dari saya untuk mengejar impian masing-masing. Saya di sini, mereka di sana. Walaupun semua ni hanya tinggal kenangan, tapi mereka tetap akan menjadi kenangan terindah pernah tercipta dalam hidupku :)

Guys, goodluck this year yep. :)
-Azam crew 06,07,08-

Friday, January 8, 2010

Kalaulah?

Menjadi kewajipan untuk aku post entry hari ni coz sekarang aku free.
Esok cuti okay. So malam karang boleh tidur lambat. Yahoooo!
(ni ke bakal budak SPM? Isk.)

So, sekarang aku nak tanya,
pernah tak seumur hidup anda-anda sekalian,
merasakan kewujudan 'KALAULAH' ini?
Of course, bukan? Same goes to me.

Sepanjang aku jadi makhluk bumi ni,
dah banyak kali perkataan 'kalaulah' ni keluar,
sampai dah tertahan lalu terus mengupdate blog semata-mata, 'kalaulah' (?)

Kelakar rasanya kalau perkataan kalaulah ni terkeluar dari mulut aku ni.
Cubalah korang baca semua perkara yang aku telah kalaukan (kalaukan pulak dah?) dalam hidup aku.

--> Ketika pelajar cemerlang naik ke pentas.
(Kalaulah aku yang naik pentas tu, fuhh, mesti mak aku bangga. Aduh, hadiah dia boleh tahan doe. Rugi tak belajar!) (Payah ni!)

--> Ketika melihat segala macam gadjet di Pertama.
(Kalaulah aku ada duit bhai. Pergh, satu kedai ni aku beli. Aish camera tu, asal kau hot sangat posing macam tu? Isk. Sabar-sabar.)

--> Ketika melihat sebuah kereta mewah melintas depan kereta 'mewah' lain.
(Kalaulah aku ada kereta camni. Smart bhai. Tengoklah wei, aku join AF nanti. Aku suruh dorang undi aku kasi menang. Kompem dapat kereta lagi HOT dari kau!)

--> Ketika melihat abang-abang and kakak ku punya LAPTOP sendiri.
(Kalaulah aku pandai, bolehlah masuk U terus. Kompem ma beli laptop tuk aku. Huahua.)

--> Ketika mendengar seorang awek cina ber'speaking' with her bf.
(Kalaulah aku reti speaking baik punya macam dia. Alahai, bangga maknyah bhai!)

Dah dah. Kalaulah ni teruk betul. Mestilah macam-macam aku nak. Hmm, ok. Aku kasi last punya.

--> Ketika melihat result exam yang sangat teruk. Terus rasa nak balik then menangis bawah meja puas-puas. Ahh. Sadis.
(dalam nada yang sedang sebak)
(Kalaulah aku belajar lebih sikit, takdelah marks teruk macam ni. Isk3, malunya wei. Mesti mak marah tengok markah ni. Nak kena sorok ke ha paper ni? Selalu dalam Doraemon, Nobita sorok paper ni kat mana? (T_T)

Inilah antara contoh-contoh yang pernah terlintas kat fikiran aku. Rasa banyak lagi, tapi rasa macam tak payah kot tulis. Buat penat je baca sebab rasanya semua keinginan aku, sama je macam orang lain. Rasanya.

So, conclusionnya, keinginan aku memang banyak.
Naluri untuk memiliki sesuatu benda tu terlalu kuat.
Sampai kadang-kadang terbawak-bawak sampai ke mimpi.
Dalam mimpi itu, indah wei!
Aku ada laptop tiga! handphone lima bijik! camera tiga! Mp3! Mp4! Argh!
*Tidur jom!


Wednesday, January 6, 2010

Sekolah sudah bermula.

Heyya guys! Sekolah sudahpun masuk hari yang ke-3. Aku macam dulu jugaklah. Kembali menjadi murid yang patuh and sayang akan sekolahnya. Bangun pagi, buat itu ini then pergi sekolah dengan gahnya. Kat otak pikir nak pergi sekolah, then masuk kelas and zzzzz. Tapi itu duluuuuu, ketika aku masih muda remaja (then sekarang apa? remaja tua kot! T_T) Semangat SPM la konon.

For the first day memang excited habis. Yelah, jumpa kengkawan kan. Siapa tak semangat. Tapi kan, semangat sekejap je coz pakai baju pengawas untuk kali pertamanya ke sekolah. Sanggup kau datang lambat coz taknak member ejek. Aish, malu tahap cipan dah ni.( 7.30pagi baru datang sekolah. Cikgu pandang semacam je tengok pengawas lambat. Adeh, masalah-masalah!) HAHA. But now, semua dah boleh control. Aku je yang lebih-lebih nak malu. Orang lain apa kisah.

This year budak-budak kelas makin kurang. Dulu 24 now 21 orang sahaja. Bila pikir balik, macam ni lah best sebabnya makin kurang orang, makin senang nak dapat attention cikgu. Bila panggil cikgu nak tanya soalan tak paham, tup tup depan mata je dah sampai. Kalau dulu, nak tanya cikgu kena tunggu rehat baru cikgu freee. Susah betul. Contoh cikgu akaun aku, last year kalau nak buat latihan mesti terjerit-jerit nama cikgu. Ha kau, tunggulah turn sampai cikgu habis ngajar budak lain. Letih. Nak rehat pun tak sempat. Cikgu akaun ada adat dia sendiri, selagi tak siap kerja sekolah dia bagi, jangan harap kau nak keluar rehat. Kadang-kadang sampai cikgu next period sampai pun dia still ada dalam kelas. (ok, cerita aku nak gempak je. Masa ni time rehat lagi. Heee. ^_^) Isk3, sayanggg cikgu!

Semalam ada sorang cikgu ni tanya apa yang aku rasa bila masuk je sekolah.? and aku jawab, 'Takut cikgu'. Then cikgu tanya lagi tapi tak sempat nak jawab coz kengkawan dah kantoikan pasal bab malu pakai baju pengawas. Aku dah kibut time tu. HAHA. Cikgu paham then ckgu suruh duduk. Siapa tak cuak betul masuk sekolah setelah bergelar form 5. Aku sampai sekarang rasa semua ni mimpi je. Rasa macam baru semalam ambil result UPSR. Then malam tu nangis coz mama paksa masuk asrama. Tapi aku tahu, semua tu untuk kebaikkan aku jugak. Kan kan? Masa berlalu begitu cepat. Now aku dah f5. Woooooo. Next year tak payah pakai baju sekolah sudah! Heee.
(kaw! SPM tak start lagilah gilaaaa!)

Next week aku busy. Prep class, latihan rumah sukan, and semualah. Semua start next week. Aku kena datang beb untuk penuhkan points for kokorikulum. Aku teruk dalam koko. Aku tak aktif macam anda-anda semua. So, I kena aktif this year. Last year aku macam penganggur kat sekolah. Nothing. HAHA.

So, kena berhenti sekarang. Rasa mengantuk pulak. Malam karang banyakkkkkk kerja sekolah kena buat. T_T Demimu SPM. :)

Sunday, January 3, 2010

Apa itu SEKOLAH? HP ku?

Sengal. Sekolah tu tempat belajarlah. Ok, aku dah gila sekarang. Lagi berapa jam je sekolah akan kembali beroperasi. And aku akan memulakan persekolahan ni dengan banyak benda baru. Hampir semua aku beli baru ok. Even next year dah tak sekolah, but still gian nak guna benda baru. (tiba-tiba)


Tak lena nak tidurlah. Gi mana ni?


And btw, my phone is missing. Anyone ada nampak tak? Penat aku cari satu bilik tu. Tak jumpa-jumpa. Adakah ni petanda yang menyuruh aku berhenti memegang handphone? Oh tidak! Aku tak boleh. Nanti siapa nak kejut aku pergi sekolah, alarm takde! (alasan power siot!) Selama ni Ena yang kejut. Haiyaaaa. Where are you my dearest handphone? I need u nowwww. Tak boleh tidur kalau handphone takde kat sebelah. Rasa sunyi coz malam-malam mesti belek phone before tidur. Argh!


Nak tidur macam mana ni? :(


But still I have tooooo. Moga esok aku jumpa handphone tu. Fyi, handphone ni hilang dalam rumah je. Tapi tak jumpa-jumpa. Dahlah bateri habis. Oh god, banyak betul masalah!


Sekarang TERPAKSA TIDUR. (mengenang handphone) Innalillah. :'(

Wonderful life of MINE!

Assalamualaikum w.b.t kepada semua rakan-rakan blogger yang rasmi atau tidak rasmi. Now dah ada mood berblog? Ish. Susah nak cakap. Sekarang ni menaip pun hala tuju. Tak tahu nak cerita apa. Btw, sekarang aku tengah ushar DBSK blog. Banyak sangat benda jadi dekat group kesayangan aku ni. Aku harap DBSK always think positive and ready to make a comeback eventough this year merupakan tahun paling pedih pahit bagi mereka but please don't worry, we always support u'll no matter what. AKTF! (macam DBSK paham, kan? sesiapa, tolong translatekan dalam korean language please? TQ)

ok, macam dah upgrade sikit entry kali ni coz cerita pasal DBSK. Suka suka. HAHA.

DBSK, group yang berjaya menarik minat aku kepada mereka. Dengan lagu, 'KISS THE BABY SKY', aku mengenali group ni. Terima kasih juga diucapkan kepada sahabatku, Farhana coz memperkenalkan mereka kepada aku. Sumpah dulu tak layan band Korea, sejak support DBSK, baru ambil tahu serba sedikit pasal kpop band.




Farhana suruh aku tolong download lagu ni (Kiss The Baby Sky) and banyak lagi lagu Korea lain. Tapi entah kenapa, DBSK macam ada daya tarikan yang.. fuh! susah nak cakap. Choikang Changmin, ahli DBSK yang paling aku minat. Hey, dia handsome! Memang dalam group tu Hero paling handsome, tapi entah kenapa Changmin paling menarik hati and mata aku. Masa nampak dia, terus search group ni and cari nama dorang. Max, nama international Changmin. Waaa, nama pun dah macam POWER kan? Heee.

And then bermula segalanya. Aku dengar lagu, tengok video, and everything about them. Masa first time jadi fans diorang, aku memang gilaa. Aku duduk je depan komputer tengok diorang. Rasa puas gila. Aura diorang memang hebat. Tak sangka, aku tak pernah rasa macam ni. Kalau diorang sedih, aku sedih. Diorang gelak, aku gelak. Aku rasa macam aku ada dengan diorang je. Tapi diorang tak nampak aku. Lutsinar. HAHA.


Xiah Junsu, Micky Yoochun, Hero Jaejoong, Max Changmin, U know Yunho.

Their position. Tak kiralah kat mana-mana pun, memang macam ni la diorang akan stay. Macam pelik kalau tetiba dioarng ubah position coz dah sebati kat jiwa ni. Heee.

Tapi now mereka ada masalah. Macam-macam masalah. Aku yang tertekan. Rasa sedih gila tengok diorang macam orang asing bila jumpa. Masing-masing takut nak bersemuka. Hopefully, next year will be the best year for DBSK. Dah lama tak tengok diorang gelak. Rinduuuuu.

p/s ; aku akan tetap sokong DBSK sampai bila-bila. Disband? Hell no. Jangan buat aku sedih. AKTF guys!

The End.