Friday, January 8, 2010

Kalaulah?

Menjadi kewajipan untuk aku post entry hari ni coz sekarang aku free.
Esok cuti okay. So malam karang boleh tidur lambat. Yahoooo!
(ni ke bakal budak SPM? Isk.)

So, sekarang aku nak tanya,
pernah tak seumur hidup anda-anda sekalian,
merasakan kewujudan 'KALAULAH' ini?
Of course, bukan? Same goes to me.

Sepanjang aku jadi makhluk bumi ni,
dah banyak kali perkataan 'kalaulah' ni keluar,
sampai dah tertahan lalu terus mengupdate blog semata-mata, 'kalaulah' (?)

Kelakar rasanya kalau perkataan kalaulah ni terkeluar dari mulut aku ni.
Cubalah korang baca semua perkara yang aku telah kalaukan (kalaukan pulak dah?) dalam hidup aku.

--> Ketika pelajar cemerlang naik ke pentas.
(Kalaulah aku yang naik pentas tu, fuhh, mesti mak aku bangga. Aduh, hadiah dia boleh tahan doe. Rugi tak belajar!) (Payah ni!)

--> Ketika melihat segala macam gadjet di Pertama.
(Kalaulah aku ada duit bhai. Pergh, satu kedai ni aku beli. Aish camera tu, asal kau hot sangat posing macam tu? Isk. Sabar-sabar.)

--> Ketika melihat sebuah kereta mewah melintas depan kereta 'mewah' lain.
(Kalaulah aku ada kereta camni. Smart bhai. Tengoklah wei, aku join AF nanti. Aku suruh dorang undi aku kasi menang. Kompem dapat kereta lagi HOT dari kau!)

--> Ketika melihat abang-abang and kakak ku punya LAPTOP sendiri.
(Kalaulah aku pandai, bolehlah masuk U terus. Kompem ma beli laptop tuk aku. Huahua.)

--> Ketika mendengar seorang awek cina ber'speaking' with her bf.
(Kalaulah aku reti speaking baik punya macam dia. Alahai, bangga maknyah bhai!)

Dah dah. Kalaulah ni teruk betul. Mestilah macam-macam aku nak. Hmm, ok. Aku kasi last punya.

--> Ketika melihat result exam yang sangat teruk. Terus rasa nak balik then menangis bawah meja puas-puas. Ahh. Sadis.
(dalam nada yang sedang sebak)
(Kalaulah aku belajar lebih sikit, takdelah marks teruk macam ni. Isk3, malunya wei. Mesti mak marah tengok markah ni. Nak kena sorok ke ha paper ni? Selalu dalam Doraemon, Nobita sorok paper ni kat mana? (T_T)

Inilah antara contoh-contoh yang pernah terlintas kat fikiran aku. Rasa banyak lagi, tapi rasa macam tak payah kot tulis. Buat penat je baca sebab rasanya semua keinginan aku, sama je macam orang lain. Rasanya.

So, conclusionnya, keinginan aku memang banyak.
Naluri untuk memiliki sesuatu benda tu terlalu kuat.
Sampai kadang-kadang terbawak-bawak sampai ke mimpi.
Dalam mimpi itu, indah wei!
Aku ada laptop tiga! handphone lima bijik! camera tiga! Mp3! Mp4! Argh!
*Tidur jom!


6 comments:

Eagles said...

KALAULAH kau pergi setadi petang2 nie, tak ke Makbapak kau sejuk je mata memandang?

yours truly
YAYA

layla said...

ala kau ni, dh kate pun ptg. mstila wktu bermain. blaja time2 skrg, ngntok. HAHAHAHAHAH.

HonEyBuNNy said...

Kalaulah mmg xdpt d pisahkan kan...mst nak sebut jgk...hiihi

layla said...

emm, betul3! hahah. ;)

Shamz The Ordinary Person said...

owhh cik layla isabella...apa kata layla tuka 'kalaulah' jadi 'bayangkanlah'. kire paten len2 x guna ayat cm2..hehe

layla said...

hmmm, boleh jugak. HAHA. next time I try eh!