Wednesday, January 6, 2010

Sekolah sudah bermula.

Heyya guys! Sekolah sudahpun masuk hari yang ke-3. Aku macam dulu jugaklah. Kembali menjadi murid yang patuh and sayang akan sekolahnya. Bangun pagi, buat itu ini then pergi sekolah dengan gahnya. Kat otak pikir nak pergi sekolah, then masuk kelas and zzzzz. Tapi itu duluuuuu, ketika aku masih muda remaja (then sekarang apa? remaja tua kot! T_T) Semangat SPM la konon.

For the first day memang excited habis. Yelah, jumpa kengkawan kan. Siapa tak semangat. Tapi kan, semangat sekejap je coz pakai baju pengawas untuk kali pertamanya ke sekolah. Sanggup kau datang lambat coz taknak member ejek. Aish, malu tahap cipan dah ni.( 7.30pagi baru datang sekolah. Cikgu pandang semacam je tengok pengawas lambat. Adeh, masalah-masalah!) HAHA. But now, semua dah boleh control. Aku je yang lebih-lebih nak malu. Orang lain apa kisah.

This year budak-budak kelas makin kurang. Dulu 24 now 21 orang sahaja. Bila pikir balik, macam ni lah best sebabnya makin kurang orang, makin senang nak dapat attention cikgu. Bila panggil cikgu nak tanya soalan tak paham, tup tup depan mata je dah sampai. Kalau dulu, nak tanya cikgu kena tunggu rehat baru cikgu freee. Susah betul. Contoh cikgu akaun aku, last year kalau nak buat latihan mesti terjerit-jerit nama cikgu. Ha kau, tunggulah turn sampai cikgu habis ngajar budak lain. Letih. Nak rehat pun tak sempat. Cikgu akaun ada adat dia sendiri, selagi tak siap kerja sekolah dia bagi, jangan harap kau nak keluar rehat. Kadang-kadang sampai cikgu next period sampai pun dia still ada dalam kelas. (ok, cerita aku nak gempak je. Masa ni time rehat lagi. Heee. ^_^) Isk3, sayanggg cikgu!

Semalam ada sorang cikgu ni tanya apa yang aku rasa bila masuk je sekolah.? and aku jawab, 'Takut cikgu'. Then cikgu tanya lagi tapi tak sempat nak jawab coz kengkawan dah kantoikan pasal bab malu pakai baju pengawas. Aku dah kibut time tu. HAHA. Cikgu paham then ckgu suruh duduk. Siapa tak cuak betul masuk sekolah setelah bergelar form 5. Aku sampai sekarang rasa semua ni mimpi je. Rasa macam baru semalam ambil result UPSR. Then malam tu nangis coz mama paksa masuk asrama. Tapi aku tahu, semua tu untuk kebaikkan aku jugak. Kan kan? Masa berlalu begitu cepat. Now aku dah f5. Woooooo. Next year tak payah pakai baju sekolah sudah! Heee.
(kaw! SPM tak start lagilah gilaaaa!)

Next week aku busy. Prep class, latihan rumah sukan, and semualah. Semua start next week. Aku kena datang beb untuk penuhkan points for kokorikulum. Aku teruk dalam koko. Aku tak aktif macam anda-anda semua. So, I kena aktif this year. Last year aku macam penganggur kat sekolah. Nothing. HAHA.

So, kena berhenti sekarang. Rasa mengantuk pulak. Malam karang banyakkkkkk kerja sekolah kena buat. T_T Demimu SPM. :)

No comments: