Friday, January 15, 2010

Tinggal kenangan :)

Seperti biasa, bila birthday aku bakal tiba, satu perasaan rindu akan muncul. Ini semua gara-gara manusia yang terlalu hebat dalam hidup aku. Walau mereka tiada depan mata kini, tapi aku tahu, diorang ingat aku. Sepertimana otakku yang tak pernah berhenti memikirkan mereka.( See? Aku sayang gila mereka ni weh!)

And kenangan lama bakal muncul kembali. Suatu ketika dulu, ketika malam tiba and mata hampir layu, mereka datang dengan tanpa salam and wished my birthday. Argh kacau, sikit lagi nak sampai Paris, tetiba mereka datang dengan senyuman yang ikhlas bagaikan baru turun dari Syurga. Baru ingat nak marah kacau aku tidur, rupa-rupanya mereka nak raikan birthday aku. :')

Masa tu Tuhan jela tahu betapa SAYANGnya kepada mereka-mereka ini. Sumpah before this tak pernah ada orang wished macam korang buat. (Selamat cover tak marah) Aku dapat bayangkan betapa besarnya sayang korang kat aku. Sanggup tahan mata sampai pukul 12am semata-mata nak wished aku. Datang dorm senyap-senyap nak kejut aku. Actually aku dah prepared, tapi terkantoi tidur jugak. ^_^

Datang bagi kad, bagi biskut sekeping (even mereka tahu aku takkan makan terus and biskut ini akan dibuang macam tu je coz dah lembik keesokan paginya) bagi gula-gula, coklat. Hadiah ni even kecil tapi bermakna gila untuk aku weh. Aku simpan lagi kad-kad mereka bagi tau! Setiap kali birthday aku, aku akan baca semua kad tu balik and bayangkan yang mereka baru je bagi for this year. Ini semua rindu punya pasal. Hebat bukan penangan mereka? Isk.

Hadiah paling bermakna pernah aku terima ialah oranges bear. Mereka yang bagi inilah manusia yang paling paling hebat dalam hidup saya. At first mereka buat don't know je pasal birthday aku, sumpah terasa. Lagi-lagi Eifa, dia boleh tak tahu hari tu birthday aku. Dalam hati sumpah aku nak meraung. Sampainya hati dia lupa birthday aku. Tapi aku stay cool (dalam hati membara doh!) Biarlah dia nak ingat ke tak. Tiba-tiba, time balik mereka telah meng'suprised'kan aku dengan something yang agak comel. Si orange bear itu. Waaa! Eifa berlakon saja sebenarnya. Kali ni aku sayang mereka lebih lagi. Rasa macam terkejut gila. Tak pernah dapat bear before this, tapi tula, orang kata apa yang kita nak, susah sangat nak dapat, tapi yang kita taknak, sekejap je ada depan mata. Ini yang terjadi pada aku 2tahun lepas. It was the Sweet memories I ever had. :)

And now mereka-mereka ni sedang berada jauh dari saya untuk mengejar impian masing-masing. Saya di sini, mereka di sana. Walaupun semua ni hanya tinggal kenangan, tapi mereka tetap akan menjadi kenangan terindah pernah tercipta dalam hidupku :)

Guys, goodluck this year yep. :)
-Azam crew 06,07,08-

2 comments:

HonEyBuNNy said...

tol tu..setuju sgt2....kngn tu la ttp d egtan kita...

layla said...

yeah! :)