Friday, February 5, 2010

With All My Heart !

Disebabkan hari ni belajar bab kahwin, semangat nak update belog terus datang tanpa sebarang masalah atau tangguhan untuk hari esok atau lain hari. Semangat belog atau semangat kahwin? Itu saya tak dapat nak cakap. Maybe kahwin. HAHA. Jangan segan-segan nak mengaku. Tak baik. :P

Anyway, today topic bukan pasal kahwin coz saya tak ada pengalaman lagi dalam bidang itu. Mungkin next year atau 10 tahun akan datang, saya akan bincangkan hal itu. So, as student yang sayang akan sekolah dan buku-buku sekolahnya, saya akan setia as student sahaja. Nak kahwin? Huh, mummy, can I? HAHA :P

Selama saya tak mengupdate belog, macam-macam hal berlaku. Saya pergi sana sini. Penat tahu, jalan satu rumah. HAHA. Please alert guys, penat berjalan satu rumah. Saya duduk rumah layan adik-adik sahaja. Saya memang kakak yang paling terbaik. Kalau yang terbalik, itu Yaya and Ena. Saya masih maintain as 'the best sis'. Whoah! Saya dah melalut. Fahamkah? Please layla, next.

Yeah, masa cuti Raya Cina, saya tak bahagia macam pelajar lain. Sekolah saya cuti 2 hari sahaja. Dan disebabkan itu, masa hari Rabu, mood untuk saya belajar memang serta-serta hilang. Saya fikir nak balik saja even kelas baru period pertama. Teruk bukan? Tapi itu hanya angan-angan (nak balik awal) coz I have to attend PBSM meetings. Habis dalam pukul 4 lebih. Sampai rumah pukul 5. Heyya guys, rumah saya jauh tahu! (yelatuh!) Disebabkan ini jugak, saya jadi malas nak buat semua kerja sekolah. Betul, saya tak sentuh langsung kerja sekolah saya. Kira macam mogok dekat pihak sekolah coz bagi cuti sikit sangat. Marah ni. HAHA. Habis semua cikgu marah. Yeke? Takdelah marah sangat tapi yeah, mana tahu dalam hati mereka. Kita mana tahu, kan? hmm :(

Kerana minggu ini saya sekolah awal dari yang sepatutnya, saya jadi lambat datang sekolah. Dalam pukul 7.20am, baru sampai sekolah. Ok, maafkan saya. Saya pengawas tapi lambat. Cuak jugak tengok pengawas lain tengok, tapi nak buat macam mana, saya teman mama saya naik kereta. Walaupun rumah dari sekolah tak sampai 10minit dah sampai. HAHA.

And now saya dah tertarik dengan lagu With all my heart by DBSK.
Sehari tak dengar macam tak lengkap hidup.
I really miss you guys damn much! :'(

Tamat.
Currently listening,
-With all my heart, DBSK-


No comments: