Sunday, May 16, 2010

Kem PBSM.

Setelah berkurun lamanya, akhirnya terbuka juga hatiku nak update pasal kem PBSM yang aku join tak lama dahulu (alasan! tak ingat tarikh sebenarnya! haha). Kem ni 3 hari 2 malam. Lebih penting lagi, nilah kem pertama yang aku pergi lepas pindah dari SMK Raja Ali. First time okay! Selamat dekat sekolah je. (even sebenarnya aku tak setuju sangat coz kat sekolah tak best!)
Nak diceritakan, kem ni memang tak berapa best coz aku tak enjoy kat sana. Sebab apa? Biar aku je tahu. Masalah ni timbul dari diri sendiri or orang lain. Ni pun aku tak boleh bagitahu, dalam kata lain aku sendiri tak tahu.

Hari Jumaat kem bermula. Aku datang dengan beg yang macam nak balik kampung. MasyaAllah, aku tengok orang lain relax je bawak beg macam pergi sekolah. Sabar jelah. Tapi sebenarnya malu pun ada gak tapi cover. Haha. Then pergi daftar, borak-borak ngan Syu sampai kem rasmi dimulakan. Sangat excited coz I ajk. Boleh tengok budak-budak dari atas and buat muka bajet bagus. Wah! Hebat betul perasaan tu. :P


And then buat suai kenal antara peserta and AJK, main game untuk tentukan group. Haha. Game ni paling best coz budak-budak kena tutup mata and cari group diorang berdasarkan soalan yang kami bagi. Sorang pegang soalan, sorang pegang jawapan. Jumpa satu sama lain, itulah group diorang. Tapi kami as ajk bukan tengok jah, kami jadi 'tukang huru-hara'. Kacau budak-budak uh sampai diorang fed-up nak cari. hehe. Serius kelakar part ni coz I and the geng bagi diorang group yang salah and diorang punya happy coz ingat kitorang dah tolong diorang. Hampeh betul budak-budak ni. HAHA :P and then, makan.

Habis makan, masa untuk main next game. Game CINA BUTA & BURUNG HANTU.
Serius cakap budak-budak ni dah cuak semacam. Baru cakap nak main benda seram dah seram habis. Game start pukul 2am. Ajk ditugaskan untuk jaga group-group yang dah ditetapkan. Aku, Syu, Eija and Amer satu geng. Best gila time ni coz untuk pertama kalinya aku menyamar jadi hantu. Aku banyak pegang watak pontianak je. Lemah lembut tapi seram. Haha. Lepas pontianak tugas jadi nenek kebayan pulak. Konon nak cari cucu dia yang hilang. Huahua. Bila pikir balik part ni kelakar gila. Budak-budak ni pun layan macam aku ni betul-betul hantu. Hah! Lawak. Best. Tetiba teringin nak jadi hantu balik even orang-orang kawasan sekolah ni mengadu kitorang bising. Sangat hampeh. Adatlah tengah kem. Tak paham langsung den.
Malam pertama tamat. Aku tidur pukul 4 lebih. Borak-borak ngan Syu kat bawah and tertidur.

Sabtu pagi, aku bangun and tolong ajk lain masak. Adeh, part ni malas nk ceritalah. Next jela, okay?


Semua peserta siap-siap untuk senaman pagi yang dihandle oleh Akmal. Semua budak macam tak semangat je aku tengok. First diorang buat poco-poco. Mak aih! aku dah lupa kaw. Sumpah oh. Dulu kat Raja Ali selalu kot buat kalau ada aktiviti tapi sekarang dah lupa terus. Maaf semua. Langkah aku sangat sumbang sampai aku terus fed-up nak buat lagi. Haha.

Akmal perasan kot budak-budak ni macam tak semangat langsung and ada yang malas-malas nak buat, then dia terus suruh budak-budak tu round padang. berapa kali aku tak tahu. Aku tak join masa ni. Aku pergi tengok ajk lain masak. Tengok je? Ya. Kang tetiba budak-budak uh keracunan makanan pulak makan masakan aku. :D

And then main game dalam dewan sampai pukul berapa tah. Masa ni semua AJK ngah busy siapkan barang & tempat & and semua yang perlu untuk explorace. Aku punya group best. Kitorang buat game makan-makan. Menunya ;

* Tepung & Telur mentah & Kacang Panjang
*Air oren MASIN.

Huaa! Terliur bukan? Yeah. Kena kau. Haha. Budak-budak ni masa mula-mula semua cool je coz ingat lepas makan menu pertama uh, dorang akan dapat air oren MANIS. Tapi hampeh dik, MASIN adalah. Haha. Meraung budak-budak uh. Aku tengok jelah. Hah kaw, habiskan sampai licin, baru akak bagi next clue. Dorang pun terpaksalah licinkan pinggan and air masin uh sampai habis. Sampai termuntah-muntah. Redha jelah deq ya?
-> Muka tak tahan. Haha :P

And then explorace habis coz kitorang nak buat game paling best. Tapi malangnya, sekejap je kitorang main game ni coz hujan telah turun. So, games tu sampai situ saja. Sangat sedih coz game tu supposed to be the best game. Tapi tak kesampaian. Nak tahu games apa? Nilah..

-> Game masuk longkang. Parah. Tapi bebudak ni bertuah coz game terpaksa diberhentikan. Selamat.. :P

Tamat je games, aku and the geng terus lepak-lepak dalam surau. Penat weh! Aku tertidur. Tapi tak lelap sangat coz tetiba dengar orang menjerit. Adeh. Apa itu? Mengganggu betul. Rupa-rupanya...?? Jeng jeng jeng. Biarlah rahsia. :)

Lepas habis drama bersiri tadi, aku terus turun bawah siapkan makanan untuk BBQ. Part ni memang best coz dapat tengok dorang masak ayam, hotdog, and makanan lain yang berkaitan. AJK lelaki tukang masak and kami just readykan apa yang patut.



Again, aku bernasib malang ketika ini coz aku terlalu mengantuk sampaikan habis saja malam kebudayaan, aku terus naik surau and tidur tanpa sedar. Orang lain kenyang makan ayam. Argh! Tapi seriously, aku mengantuk gila babeng. Sampai tak sedar apa-apa dah. Paling kesian, masa budak-budak ni dok syok buat persembahan, kami AJK boleh tidur dekat belakang. Sangat gila. Huh. Penat. Maaf ya adik-adik. Kakak-kakak and abang-abang nak tidur dulu. :P
Hari terakhir. Bangun pagi and 'tengok' orang lain masak and pergi mandi. Masa ni bdak-budak tengah exercise pagi. Habis mandi budak-budak kena kemas sekolah. Biasalah tu, menumpangkan. Redha. Aku and the geng kemas surau. Habis kemas surau and lain-lain, main game. Habis game, upacara penutup. Time ni best sangat coz I dapat balik rumah semula youuuu! I kangen bangat deh sama family gue. Jadi udah enggak sabar mahu ketemu sama mereka :P Time acara penutup ni, pemenang untuk peserta lelaki and perempuan terbaik telah dipilih. Tahniah ya adik. for AJK, ada undian untuk AJK PALING CANTIK, HANDSOME, SPORTING, and lain-lain. Aku tak menang pun. Haha :P

Ahirnya, tamat sudah Kem PBSM 2010 ni. Even tak best mana tapi still memberi kesan dalam hidup aku. Next year dah tak sekolah. So, ini merupakan kali pertama & terakhir aku merasa pengalaman kem PBSM.


Ngantuk betul baca cerita ini? Dah-dah. Boleh tidur sekarang.
Cerita dah habis pun... :D


No comments: