Friday, May 7, 2010

masalah peribadi.

Salam guys. Malam-malam macam ni memang best sangat membebel, bukan? Hm, maybe aku je kot sebab saya pagi-pagi macam blur blur sikit. Eh, bukan 'macam', tapi memang. Jadi malam ni saya teringin nak cerita sikit about 'masalah peribadi' yang bukan aku saja alami, tapi semua orang. Kan kan? aku dapat ilham nak tulis pasal ni sebab pagi tadi, macam-macam masalah saya dengar. Tak seronok langsung.

Masalah peribadi ni sebenarnya memang tak best. Lagi-lagi kalau kita yang kena hadapi. Tapi, bila dah terlalu menyusahkan, nilah masalahnya, kita yang takde kena mengena akan terlibat sekali. Bagi saya ni kira okaylah kan, takkan lah sikit pun kita tak nak tolong, atleast bagi nasihat or whatever tapi masalah ni jadi makin rumit bila orang yang ada masalah tu tambah lagi masalah. Contoh dengan perangai dia yang endah tak endah tu. Sakit hati betul bila kita serius, tapi dia main main. Tak sedar yang sebenarnya masalah tu datang dari dia.

Then bila dah jadi macam ni, mulalah nak cakap belakang, tula inilah. Hish. Tak best doh! Aku paling tak suka orang tak hargai orang lain. Orang dah susah payah untuk dia, tapi dia buat bodah je. Hati ni perit je weh. Yela, atleast tunjuklah sikit appreciate dia dekat someone tu coz dah susah payah selesaikan masalah dia. Bukan senang kot nak tengok orang lain busykan diri sendiri semata mata nak tolong orang lain punya masalah. Kalau aku lah kan, Ish. Entahlah. Nak sabar tapi macam payah je, huh.

Niat nak tulis entry ni sebenarnya untuk luahkan perasaan. Tak tahan dah ni. Even sebenarnya kami dekat, tapi bila hal hal macam ni terjadi, terus tak boleh duduk diam. Kalau terus dengan jiwa macam tu ( jiwa kacau weh! ) , orang lain maybe tak boleh percaya dah. Atau paling scary nak cakap, tak nak kawan dah~ Eh, kes kes macam ni memang boleh hilang kawan okay. Trust me. So, sesiapa yang rasa macam banyak sangat bagi masalah dekat kawan sendiri, please be more consider about perasaan orang lain. Mungkin dari luar kita tengok kawan kita cool je layan kita, tapi dalam hati siapa tahu? kan? so, be more carefull next time. Bukan senang nak jumpa kawan yang sanggup susah payah untuk kita.

Hm, entry kali ni macam serius je kan? tulah. Rasa pelik jugak. Tapi okaylah, perasaan dah tenang sikit.

Selamat malam.

Nak tenangkan hati sekejap.

(Saya dah gila dengan Sunny (SNSD)! WOOT. She's cute oh! haha)

Nite nite all!

No comments: