Tuesday, August 3, 2010

Lawatan Sambil Belajar saya!

Kerana sibuk belajar, akhirnya cikgu lepaskan kami pergi tenangkan hati dengan mengadakan lawatan sambil belajar. Alhamdulillah! sebab saya terpilih ke sana pada saat-saat akhir. Masa nama budak-budak dipilih, saya tak dapat hadir kerana sakit, jadi saya sangat iri hati terhadap member saya yang lain kerana berjaya memasuki senarai akhir. Sehari kemudian, Aina (kawan saya) datang berjumpa sama saya dan bertanya sama ada saya mahu ke lawatan itu atau tidak, tahukah anda betapa gembiranya saya sampai rasa nak menjerit saja dalam library tersebut. Sekali lagi syukur, saya akhirnya terpilih. Percayalah, perasaan ini sama saja ketika saya menanti keputusan PLKN keluar.
Alhamdulillah, kedua-duanya berita gembira, :)

"Kenapa kau guna ayat skema, gilaaaaaaa?"


Oh, maaf guys. Tetiba rasa nak cakap Bahasa Malaysia tanpa sedikit short formed pun.
Anyway, kembali kepada tajuk kita.
(Panjang sangat mukadimah kau!)
I and kawan-kawan telah pun joined satu lawatan sambil belajar ke
Mahkamah Syariah dan Muzium kesenian Islam
.


Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP),
dekat sini kami dapat tengok macam-macam. Yang paling excited saya nak cerita is, saya dapat tengok hakim selesaikan kes. Bukan senang okay nak masuk court dengar orang lain punya case. Ini first time dapat tengok prosedur sesuatu case diselesaikan satu persatu. And of course, kami dibahagikan group untuk setiap court yang ada. I and the geng dapat court no.4. Kes yang ada, tuntut cerai, setahun 15hari saja bertahan. Kesian. Suami lagi muda dari isteri.
Let it be.
Then, kes tuntut harta arwah abang. Ini biasa-biasa je, biasalah orang sekarang, harta orang lain semua berebut-rebut, bukan nak kumpul harta sendiri. Haha.
Sorry, ter'emo' lebih, :P
Time ni tak boleh ambil gambar sebab nak jaga privacy court, so no pictures here.


Then, sebelum kami ke Muzium kesenian Islam, kami melepak-ing dahulu di depan masjid negara sambil makan-makan tanpa segan silu dan diperhatikan oleh setiap pelancong yang ada disana. Uish, malu betul. Masa kami makan-makan, adalah seorang pelancong China ni asyik usha je kami, mayba dia lapar and mahukan sedikit makanan tapi tidak, dia sebenarnya peminat kami. LOL. Dia minta izin nak bergambar dengan kami. Oh Tuhan, rasa macam diserbu peminat ketika itu. Selepas melihat aunty from China tu berposing bersama kami, pelancong yang lain pun sibuk-sibuk nak joined jugak. Penatlah jugak nak senyum. Berapa kamera entah menghala kearah kami. Then, ada brother handsome minta nak ambil gambar jugak, sebenarnya Syu dah sangkut dengan abang ni and berangan nak ambil gambar dengan dia, tup tup tak sangka, impian dia tercapai and paling tak tahan, brother handsome MADE IN CHINA ni, siap duduk sebelah Syu time nak ambil gambar. Syu, aku jealous gilaaa weh, :'( HAHA.

*Menangis sekejap tepi peti ais, :'(

Sambung cerita. Lepas kenyang, kitorang bergerak pulak ke Muzium Kesenian Islam. Masuk-masuk dah rasa aman semacam. Biasalah, muzium kan sunyi sepi. Hha. Then kami pun dibawa oleh seorang abang kecil molek ke seluruh pelusuk muzium ni. At first, abang ni story-story dulu pasai apa yang kitorang akan tengok and lepaskan kitorang dalam 5 minit jah. Sebab dah tak cukup masa. Macam-macamlah ada dekat sana. about tamaduns, barangan kemas, and sewaktu dengannya. Paling best, masa dapat tengok ukiran-ukiran masjid yang ada dekat seluruh dunia such as Taj Mahal, Masjid Quba' and lain-lain (ok, tak ingat sebenarnya) Sangat cantik sampai saya rasa nak panggil Doraemon and keluarkan Lampu mengecil tu. Haha. Dapat kecikkan diri and masuk dalam tu. Waaa. Seronok doh! :P



Penat berjalan, akhirnya tiba waktu kami pulang. Penat memang penat tapi seronok tak terhingga kata kau! Hopefully sekolah buat lagi lawatan macam ni. Dulu pergi penjara, now mahkamah. Fair. Cikgu, nanti kita pergi pusat pemulihan dadah la pulak ya. Saya teringin :')


Conclusionnya, SAYA SERONOK DAN SAYA RASA HEBAT.
LOL!

Bye!

No comments: